Monday, February 15, 2021

TMJ: SELEPAS POLITIK ROSAK, JANGAN ROSAKKAN SUKAN PULA

Rebutan kerusi antara sesama komponen PN dan PH dalam team pembangkang mewarni citra politik Malaysia. Dalam situasi pendemik Covid 19 semakin mengila. 

Memberi gambaran dan makna, sikap dan pendirian para politikus dalam waktu rakyat semakin tertekan dan sukar meneruskan hidup dan kehidupan. Mana dia dimensi , gagasan model atau modul mencontohi cara Nabi Yusof menjalankan urustadbir gagal diterapkan.

Mungkin, pelbagai berkas , guni dan kontena alasan tersedia. Yang terdengar keluar drp mulut seorang politikus. Kalau kami tak berpolitik dan main politik. Apa kerja kami ? Kan kerja politik itu adalah perkejaan kami. Inilah bentuk kesombongan diri, bilamana rakyat bertanya dan persoalkan serta koreksi diri pemain-pemain politik ini.....

Dah banyak keluhan rakyat, dah banyak rintihan rakyat, dah bermacam aduan rakyat... merekav (para pemain politik) tetap tegar dengan pendirian mereka..

Kita, rakyat sayang negara ini, rakyat sayangkan kedamaian, rakyat sayangkan perpaduan rakyat, rakyat sayang keharmonian, rakyat sayang negara...Betullah kata TMJ sesudah politik dirosakkan , jangan rosakkan pula sukan bolasepak ?

No comments: