Wednesday, March 20, 2013

Macam mana negara bangsa itu diasas dan dibina , jika ia langgari moral dan etika sosial yang dibaut sendiri ?

Rakyat teramai dan orang kampung mana faham dengan kerajaan atau kerajaan sementara. Kita bukan mahu menidakkan tentang tahap  intelektual mereka tetapi, dari segi persepsinya orang kampung dan orang ramai tidak faham dan difahamkan dengan kerajaan semnetara. dan sejauhmana tanggungjawab dan selama mana tanggungjawab dan bidangkuasa kerajaan sementara ini.

Namun, dari segi tindakan selama ini, kerajaan daan kerajaan sementara nampak punyai tanggungjawab dan bidang tanggungjawab macam hampir sama sahaja. ini yang rakyat keliru. Justeru kenapa mereka dipayahkan tentangnya.

Kita hairan, kenapa kerajaan yang 'tamat' mandat masih lagi menjalankan kerja-kerja yang sudah ditamatkan. Ini adalah soal prinsip, dan etika dalam pengurusan, pematuhaan dan taati mandat adalah sebahagian integriti sesebuah negara dan bangsa.

Jika kita mahu orang hormati kita, maka kita patutlah juga hormati diri kita sendiri. Justeru barulah negara dunia, bangsa di dunia yang lain sanjungi dan hormati kita.

Tak ada apa-apa makna jika negara dan bangsa kita diperlekeh oleh negara dunia dan bangsa-bangsa di dunia yang lain.





Pentadbiran Negeri Sembilan Berjalan Seperti Biasa Selepas DUN Bubar - MB

SEREMBAN: Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik Selasa ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembubaran DUN itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.
"Kerajaan sementara mesti ada (walaupun DUN terbubar) untuk menjaga kepentingan rakyat, sehingga satu pilihan raya diadakan dan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.
"Tetapi dalam tempoh DUN dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementaralah yang akan menjaga negeri. Orang mesti faham ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas DUN bubar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Katanya amalan di negara ini apabila DUN atau Parlimen bubar, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan yang sama akan mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan sementara.
Katanya kerajaan sementara adalah kerajaan yang sah dan masih boleh membuat keputusan berkaitan dasar termasuk memperkenalkan dasar baharu jika perkara itu dilihat amat diperlukan.
"Tapi dalam kerajaan sementara ini kita cuba mengelak daripada membuat keputusan-keputusan dasar. Sebab kita kerajaan sementara sahaja jadi kita sepatutnya cuma mengurus hal-hal pentadbiran sahaja.
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, merupakan yang pertama akan terbubar secara automatik iaitu pada 26 Mac ini jika tiada pembubaran awal dibuat.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala selebihnya dimenangi DAP (10), PKR (4) dan PAS (1). BERNAMA

Tuesday, March 19, 2013

PR Perak diuji dan teruji lagi kali ini ?

Penulis kali ini amat berminat dengan perkembangan dan perjalanan politik PR Perak. Harapannya agar PR Perak untuk menawan semula negeri yang kaya bijih timah satu waktu dulu menjadi kenyataan.

Dirasakan tanggungjawab PAS adalah amat besar kali ini, kerana semasa PRU 12 PAS hanya menang 6 kerusi sahaja berbanding rakan PR DAP. Dan wakil rakyat PAS terpilih dan dipilih menjadi MB Perak sebelum krisis perlembaagan berlaku.





Bukit Gantang 18 Mac-- Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian  pada  malam  tadi telah mengistiharkan bahawa DUN N14 Changkat Jering akan ditandingi oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) pada pilihanraya umum ke-13.

“Dengan mandat yang diberikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak yang bermesyuarat semalam dan dengan diperkenankan oleh Datuk Setiausaha Agung. Dengan ini saya mengistiharkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia PAS akan bertanding di DUN N14 Changkat Jering pada PRU yang akan datang. Calon yang telah disenaraikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak ialah  Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin “ – Sebahagian ucapan pengistiharan dari Ustaz Abu Bakar Hussian.
Ust Abu Bakar (Tengah) bersama Dr Muhaimin dan Tn Haji Razman semasa ditemubual  wartawan
Dalam sidang media pada akhir majlis mengisytiharkan ini juga Ustaz Abu Bakar Hussian  menyatakan DUN bagi negeri Perak,PAS akan meletakan  calon bertanding di  22 kerusi, PKR 19 kerusi dan DAP 18 kerusi. - Orangni blogspot

Monday, March 18, 2013

Harga Bawang Indonesia turun, kita bagaimana ?

Apa kata rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia tentang 'hal ini', harga bawang di Inonesia turun dalam sehari dua. Jumlah penduduk Indonesia jauh lebih besar daripada rakyat Malaysia. Nampaknya kerajaan republik Indonesia tidak lah berbangga sangat dengan 'subsidi' yang telah diberikan kepada rakyat.

Dan yang paling kita terkejut kerajaan depa sendiri dan pemimpin Indonesia sendiri, tidaklah takut negara akan bangkrap gara-gara turunkan harga barang. Jumlah orang makan dan guna bawang di Indonseia jauhlah lebih ramai daripada penduduk di Malaysia dak gitu ?


Di Malaysia bagaimana, bila mahu turunkan sesuatu harga barang, yang difikirkan adalah negara akan bangkrap, itulah minda kelas pertama atau ketiga pemimpin negara ini ? Yang peliknya rakyat yang pandai pun setuju tu ?








Sunday, March 17, 2013

SPR sebab hati rakyat menanah

Kita kesian ke SPR tetapi SPR langsung tidak kesian kepada rakyat. Bercakap pasal SPR. Orang ramai paling meluat dengan SPR dan institusi ini dan sama benci dengan beberapa agensi kerajaan lain yang kuat mengampu dan menjadi ata telinga UmnoBn yang ampuh setakat ini

Sehari ke sehari peranan SPR diperhatikan. Kini rakyat bangkit menegur SPR melalui BERSIH 1.0. BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 antara signal yang SPR kena sedar.

Namun. SPR masih tidak sedar-sedar. Apa yang perlu rakyat buat ? Jawapannya Jom Ubah sekarang sebelum menanah hati rakyat .




SPR tetap tarikh PRU dalam 7 hari selepas bubar
G MANIMARAN
16 Mac 2013
Wan Ahmad
Wan Ahmad (kanan) dan anggota panel SPR, Datuk Christopher Wan Soo Kee menunjukkan kemeja-T yang akan dikenakan oleh anggota pasukan pemantau ketika PRU13.
PRU13
PRU13
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa seminggu selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"SPR akan adakan mesyuarat dalam masa seminggu selepas pembubaran (Parlimen dan Dun)," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada Majlis Taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 di sini pagi ini.

Ada yang meramalkan Parlimen dan Dun akan dibubarkan minggu depan.
Mandat Dun dan Parlimen akan berakhir secara automatik secara berperingkat-peringkat mulai akhir bulan ini dan awal Mei jika tidak dibubarkan lebih awal.
Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), SPR hendaklah menyiarkan suatu notis mengenainya dalam warta dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh atau tarikh-tarikh yang calon untuk pilihan raya hendaklah dinamakan, yang dalam peraturan-peraturan ini disebut "hari penamaan", yang tidak kurang daripada empat hari selepas tarikh disiarkan notis itu, dan tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian akan dijalankan sekiranya pilihan raua itu dipertandingkan.
Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR diperuntukkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Tempoh minimum berkempen kali ini 11 hari berbanding sebelum ini tidak kurang tujuh hari.
"Berapa lama tempoh kempen, SPR akan tetapkan kemudian... tunggu, nanti SPR akan tetapkan.
"Berapa lama tempoh, SPR akan ambil kira pelbagai faktor, termasuk yang utama kertas undi luar negara, berapa lama diperlukan untuk dihantar balik," kata Wan Ahmad.


Mesyuarat itu juga akan menetapkan tarikh writ dan notis pilihan raya dikeluarkan.
Spekulasi menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Tuesday, March 12, 2013

Mandat Rakyat Tamat , Parlimen Tidak Dibubar: Apa nak jadi dengan negara ini ?

Mandat kerajaaan UmnoBn sudahpun tamat pada 8 Mac 2013 yang lalu. Genap lima tahun pemerintahan kerajaan UmnoBn. Keenganan beserta dengan ketakutan Najib 1Malaysia membubarkan parlimen adalah memberi satu impak besar dalam landskap politik negara. Tindakan mundur bawah tranformasi yang dizikirkan gagal beliau laksanakan atau praktikkan. Walaupun beliau amalkan konsep wasatiyyah dalam tindakan politiknya.

Tindakan beliau itu sudah boleh dikatogerikan sebagai 'satu bentuk jenayah politik, atau jenayah perundangan, beliau langgar semua dasar dan prinsip perundangaan yang dijadikan amalan  dalam dunia moden kini.

Najib bakal mencipta satu lagi krisis perlembagaan dalam negara. Apa jua alasan yang diberikan dari segi prinsip dan moral adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima sama sekali. Melanggar mandat rakyat kerana enggan adakan pilihanraya lagi. Demokrasi jenis apakah itu ?

Tindakan beliau tidak membubarkan Dewan Rakyat adalah satu tindakan tidak bertamadun dalam sejarah negara ini.

Kerajaannya masih lagi bermimpi dengan pelbagai impian ?



BN Sasar Menang 160 Kerusi Parlimen
JOHOR BAHARU: Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini.
"Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen PAS, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP."
"Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pada pemberita selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.
Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.
"Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan B Nakan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan," katanya.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia.
"Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12)," katanya.
Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan "cah keting" atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN.
Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang.
Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan.
Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik.
Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik.
"Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini," katanya. BERNAMA

Sunday, March 10, 2013

Parlimen : Bubar atau tangguh lagi ?

Strategik kecemasan UmnoBn adalah menangguhkan pilihanraya ke 13 ini.  Kerajaan Najib 1Malaysia bakal mengisytiharkan 'darurat' kerana kes Lahad Datu. Kini, semua pimpinan kanan Pakatan Rakyat (PR) melihat inilah agenda terbesar dan alasan kukuh Najib bagi menangguhkan pilihanraya ke 13.

Najib terpaksa menangguhkan pilihanraya ke tarikh yang tidak diketahui kelak. Dan menjalankan 'mandat' kecemasa, keselamatan negara sebagai sandaran untuk beliau terus berkuasa. Dan dalam masa yang sama berusaha memperteguhkan dan memulihkan Umno Bn sesegera yang mungkin. Serta mengharapkan PR akan 'membuat satu kesilapan besar' yang boleh dijadikan isu atau modal besar dalam PRU 13 ini.

SPR sendiri 'melakonkan' wataknya dan dihidu ramai dengan menyatakan pilihanraya boleh dijalankan kecuali ditangguhkan kawasan Lahad Datu serta Semporna sahaja.

Dan kita boleh menafsirkan 'niat' SPR itu dengan pelbagai tafsiran. Kini, keperluan untuk mengadakan pilihanraya nampak semakin tidak relevan. Ramai yang menyerang serta mengasak bahawa isu 'Lahad Datu' disandiwarakan.

Maka, benarlah UmnoBn akan 'berbuat' apa sahaja bagi mempertahankan Putrajaya. Soal perkara - perkara yang serius dikesampingkan dan diremehkan.

Itulah wajah sebenar UmnoBn ?






Adakah Najib bubar Parlimen 11 Mac, 11.11 pagi?

Harakahdaily,10 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang memberitahu, dua hari lalu beliau telah ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada 11 Mac, jam 11.11 pagi.

“Ini mengingatkan saya kepada ramalan ‘Enam Satu’ dua tahun lalu, bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 Nov, 2011 yang mempunyai ‘6 angka 1’, memandangkan ‘11’ merupakan nombor kegemaran dan nombor ajaib Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam..

Penasihati DAP Kebangsaan itu berkata, akan tetapi ‘Enam Satu’ iaitu ‘11.11.11’ telah datang dan pergi, tahun 2011 dan 2012 telah berakhir, dan bermula semalam, Parlimen ke-12 telah melangkaui lima tahun jangka hayat kebiasaan.

Ini, ujarnya menjadikan Najib di mata kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ‘Perdana Menteri tidak sah’, terutamanya apabila Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun.

Menurutnya, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan masuk di dalamGuinness Book of Records sebagai negara yang telah berada di dalam keadaan kempen pilihan raya umum untuk hampir empat tahun sejak Najib menggantikan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia pada 3 April 2009.

Lim menambah, tetapi Najib masih takut untuk membubarkan Parlimen untuk berdepan dengan pilihan raya walaupun beliau memperoleh ruang bernafas hanya 48 hari lagi sebelum Parlimen sekarang terbubar secara automatik pada 27 April mengikut Perlembagaan, tanpa perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan secara rasmi.

“Najib hanya ada dirinya untuk dipersalahkan sekiranya beliau dianggap sebagai Perdana Menteri ‘tidak sah’ yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Sementara mengetuai Kabinet Sementara yang tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan besar atau substantif baik melibatkan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau menyalahgunakan perkhidmatan awam baik pegawai, simber dan dana awam tanpa berunding dengan oposisi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
PERINGATAN: Komentar yang diutar

Saturday, March 09, 2013

TPM: Minta rakyat pertahankan kerajaan ini ?

Alangkah baik dan bagusnya ajakan TPM kita, beliau seru atas segala seruannya minta rakyat bersama kerajaan. Dari segi konotasi bahasa tiada lah masalah langsung. Namun,jika diteliti, ayatnya TPM mahu rakyat bersama KERAJAAN pertahan negara.

Sebenarnya, rakyat Malaysia 'sudah bersama kerajaan hampir 60 tahun' dah. Dan beliau kali ini minta lagi supaya rakyat bersama kerajaan.

Bagi kita, rakyat kena berfikiran kritis, bersama kerajaan yang macam mana mahu pertahankan negara. Adakah kita mahu bersama kerajaan yang Allah murka, kerana kedegilan kerajaan yang kita mahu pertahankan itu 'melawan' hukum Allah, secara terang dan secara senyap.

Mahukah kita pertahankan kerajaan yang korupsi, mengamalkan rasuah yang cukup melampau, mengenakan cukai berganda-ganda. kerajaan yang sentiasa menaikkan harga minyak, kerajaan yang sentiasa mendabik dada merekalah yang memberi , membuat dan menjadikan negara ini makmur. 

Kerajaan begitukah yang kita mahu pertahankan ...








Muhyiddin mahu rakyat bersama kerajaan pertahan negara

9 Mac 2013
Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
GEORGETOWN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat bersama-sama kerajaan untuk mempertahankan negara agar peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat asing di Lahad Datu, Sabah tidak berulang.
   
Beliau berkata walaupun negara dalam keadaan aman dan selamat selama ini, tetapi rakyat tidak boleh ambil mudah kerana musuh mencari peluang menceroboh dan mahu lihat negara kucar kacir.
  
"Dalam kejadian itu (Lahad Datu) ada wira kita terbunuh dan ada harga yang perlu dibayar untuk mendapat keamanan, ini memang kita tidak duga tapi ia berlaku.
   
"Jadi saya mahu rakyat bersama-sama dengan kerajaan untuk mempertahankan negara, supaya negara kita tidak diceroboh oleh musuh," katanya semasa berucap pada program santai dan ramah mesra bersama penduduk di Kampung Nelayan Teluk Kumbar, dekat sini hari ini.
   
Pada program yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk itu, Muhyiddin turut bersarapan pagi bersama-sama penduduk.
  
Beliau berkata situasi di Lahad Datu adalah terkawal kerana anggota pasukan keselamatan negara berjaya mengawalnya.
   
"Apa yang penting ialah perpaduan, kita tidak serupa, muka lain-lain, tetapi hasrat kita hanya satu iaitu mahukan perpaduan kerana hanya perpaduan dapat menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
   
"Kita harus kekalkan perpaduan seiring dengan konsep 1Malaysia supaya peristiwa di Lahad Datu tidak berulang lagi kerana musuh negara memang mahu melihat rakyat menjadi kucar kacir supaya senang mereka (musuh) masuk," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata 1Malaysia bukan hanya sekadar slogan tapi ia satu jaminan untuk rakyat hidup lebih selesa, makmur dan sejahtera.
   
Beliau berkata pemimpin negara sentiasa berusaha membantu rakyat bagi memastikan kehidupan di masa hadapan lebih baik berbanding sekarang.
   
"Mungkin apa yang kita lihat hari ini lebih baik berbanding 10 hingga 20 tahun dahulu, pemimpin negara sentiasa berusaha bagi memastikan rakyat hidup lebih baik dari masa ke semasa," katanya.
   
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk menaik taraf jeti nelayan di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar dekat sini. - Bernama

Friday, March 08, 2013

Sodomi 2 Anwar adalah palsu dan lakonan semata-mata ?

Kebenaran berpihak kepada Anwar. Sodomi 2 atau Liwat 2 adalah Konspirasi Peringkat Tertinggi bagi menyekat LALUAN Anwar ke Putrajaya.

Marilah kita lihat dan tunggu apa kata Tok Tok Peti terhadap hal dan masalah ini ?





Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar
JAMILAH HAMZAH
8 Mac 2013
Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar
Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. - Foto ihsan The Malaysian Insider
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.

Thursday, March 07, 2013

Isu Lahad Datu : Kini, masuki episod baru ?

Dah mula dah ? Orang yang paling sayang kan negara kini siapa ? Cuba jawab pertanyaan ini. Nampak macam beliau sahaja yang cinta dan sayangkan negara ini. Macamlah negara ini milik UmnoBn sahaja.

Itulah apa yang cuba dipaparkan dengan laporan dan berita di bawah. Nampak sangat PM kita teramatlah patriotik kepada negara ini.

Jika arwah mantan Presiden PAS masih ada, beliau akan ulangi ini adalah satu lagi SANDIWARA. Kini perkataan sandiwara, amat dibenci oleh UmnoBn. Kenapa dan mengapa yang depa ni marah sangat  tentangnya?

Kini, lakonan hidup (sandiwara) Lahad Datu mulai dirungkai satu persatu. Banyak keraguan dan ketidaksahihah. Cuma yang tinggal benar adalah tentang kematian beberapa anggota. Kita amat bersimpati terhadap hal yang demikian.

Isu, Lahad Datu semakin mulai dilupakan kini, agenda terbaru adalah rentetan satu demi satu demo, laporan polis, kecaman, himpunan aman, tindakan membantah yang rakyat buat di seluruh pelusuk Malaya ini mengecam Tian Chua MP Batu yang dikatakan menghina dan memperlekehkan perjuangan polis negara ini.

Semalam sahaja, abang kepada salah seorang mangsa bersama masyarakat setempatnya telah membuat laporan polis di IPD Shah Alam membantah, membakar gambar YB Tian Chua berdekatan dengan ibupejabat polis berkenaan.







Tidak biarkan bumi kita digugat


Najib Tun Razak kelihatan sebak ketika menyentuh insiden pencerobohan di Sabah yang mengorbankan lapan anggota keselamatan semasa berucap dalam Majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar bahawa beliau tidak sesekali akan membiarkan seinci pun bumi Malaysia digugat atau dinodai oleh sesiapa.

Perdana Menteri menegaskan, sebagai ketua kerajaan, beliau perlu memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terjamin dan atas faktor itu, satu operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan telah digerakkan bagi menumpaskan kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu, pagi ini.

Katanya, memang pada mulanya niat kerajaan ketika isu pencerobohan itu mula timbul tidak lain tidak bukan untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah sama ada di pihak Malaysia mahupun kumpulan penceroboh.

''Namun saya merasa amat dukacita bahawa niat yang baik dan murni ini telah dibalas dengan tindakan menembak dan membunuh dengan cara sangat kejam yang dilakukan terhadap pasukan polis kita.

''Oleh itu, sebagai ketua kerajaan saya mengambil keputusan bahawa masa untuk kita memberikan apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita perlu bertindak dengan segala kekuatan yang ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 16,000 hadirin ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Jaffar.

Najib dalam pada itu berkata, operasi besar-besaran tersebut telah dimulakan dengan serangan udara oleh pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira pukul 10 pagi.

''Pada saat saya sedang berucap ini pasukan tentera darat dan anggota polis dalam kereta perisai dengan anggota-anggota yang mengikuti di belakangnya sedang melakukan tindakan untuk memberkas dan menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,'' ujarnya

Menyentuh isu sama Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur bahawa rakyat Malaysia pada umumnya menyokong penuh pendirian dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menyelar seorang pemimpin pembangkang yang tergamak menuduh pencerobohan tersebut sebagai sandiwara UMNO.

''Paling sedih dan menyayat hati apabila saya terpaksa pergi ke lapangan terbang untuk menerima jenazah-jenazah wira-wira negara dan saya cukup sedih apabila berdepan dengan balu-balu dan anak-anak mereka.

''Ada anak lima ke enam tahun tidak tahu apa-apa. Mereka beritahu saya bapa kena bom. Inilah kisah-kisah yang menyedihkan saya tetapi ada juga orang yang tergamak menuduh ini adalah satu sandiwara kerajaan. Saya tidak tahu apa yang hendak saya kata kepada manusia seperti ini,'' ujarnya dengan penuh sebak.

Beliau berkata, pemimpin tersebut langsung tidak ada hati perut dan sebab itu dia sanggup mengeluarkan kata-kata keji.

''Atas sebab ini jugalah rakyat perlu menolak orang seperti ini,'' katanya.


Wednesday, March 06, 2013

Veteran PDRM berdemo

Macam mana boleh jadi macam ni. Apabila bekas-bekas pegawai kanan dan senior PDRM  berpolitik. Lebih memeranjatkan lagi mereka turun ke jalan raya, tempatnya bukan calang-calang tempat, tempat yang dimaksudkan adalah di Dataran Pahlawan Negara iaitu dekat Tugu Negara.

Semuanya gara-gara terhasut dan makan dengan 'face book' , atau kenyataan putarbalik MP Batu Tian Chua.

Mereka yang berkumpul ini, adalah sebahagian yang tahu undang-undang negara dan mereka dulunya adalah sebagai pengamal dan pelaksana utama undang-undang negara.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan jadi begini ....


300 bekas polis berhimpun sokong kerajaan, selar Tian Chua


Ahli Yayasan Pengaman Malaysia mengadakan demonstrasi aman bagi membantah tindakan Tian Chua mempersendakan insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara kerajaan di Tugu Negara, Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Mac - Kira-kira 300 pesara polis berhimpun di hadapan Tugu Negara bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan menangani pencerobohan bersenjata di Sabah selain menyelar kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mendakwa kejadian itu adalah sandiwara kerajaan.

Demonstrasi aman itu diketuai bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (YPM).

Peserta terdiri daripada pesara komando polis VAT 69, pesara Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), pesara Cawangan Khas, pesara Pasukan Polis Hutan (PPH), YPM dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa).

Tuesday, March 05, 2013

Dana khas RM10 juta Selangor untuk mangsa Di Sabah

Tahniah Tan Sri Khalid MB Selangor, bertindak sebagai MB semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Dengan pengumuman Dana RM10 juta bagi membantu ahli keluarga pasukan VAT 69 

Tindakan luarbiasa dan julung-julung kali bertindak seumpama ini bagi kes seumpama ini, kita rasakan bahawa ahli keluarga mereka yang berjasa kepada negara itu akan terbela. Dana keikhlasan daripada kerajaan Selangor ini diharap dapat membantu anak-anak anggota ini mendapat jaminan pembelaan sebenar-benarnya.




Kerajaan Selangor tubuh dana RM10 juta bantu wira gugur di Sabah

5 Mac 2013
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.

"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas. - Bernama

Kes Lahat Datu Selesai

Syabas dan tahniah kepada pasukan keselamatan kita khasnya pasukan ATM yang berjaya menyelesaikan kemelut Tentera Sulu mencerobohi tanah air dan kedaulatan negara Malaysia merdeka. Ini kerana Sabah adalah sebahagian dari Malaysia merdeka.

Tuntutan dan dakwaan sejarah tentang Sabah sebagai sebahagian 'hak' mereka bukan persoalan. Ini kerana dunia sendiri mempunyai undang-undang. 

Prinsip pertama dalam bernegara, kedaulatan setiap inci tanahair kita wajib dipertahankan oleh rakyat berkenaan ,seumpama bagaimana kita mempertahankan diri dalam kes yang kecil

Pandangan sisi tentang itu dan ini harus diketepikan dan kita kena rasional dalam kehidupan dunia moden dan bertamadun, kaedah mendapatkan negara 'cara begitu' bukanlah jalan terbaik.

semua yang berlaku adalah harga kepada mereka yang mahu mengejar hak yang bukan hak mereka lagi.

Kumpulan Bersenjata Sulu Ditumpaskan Sepenuhnya, Kata Sumber Polis
KPN: Tiada kecederaan atau kemalangan di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) dan Panglima Angkata Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) pada sidang media di Lahad Datu.
KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.
Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.
Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

Sunday, March 03, 2013

Kesulatan Sulu: Tahap Negara Selamat Diuji !

Bercakap soal keselamatan negara ia adalah soal paling sensitif. Kerajaan memaklumkan kepada kita tahap keselamatan negara adalah ke 19 terbaik di dunia. Dan ada 6 peringkat perbandingan kedudukan keselamatan terbaik Malaysia di dunia, peringkat Asia Tenggara, peringkat Asia Pasifik, peringkat Asia dan peringkat dunia. (Slide kursus BTN bertajuk 1Malaysia: Gagasan....)

Jika begitu kenapa perairan negara mudah diceroboh dan dibolosi, macam mana dengan peranan Kapal Selam canggih kita / Bagaimana dengan radar satelit kita tempoh hari.Orang keselamatan tahulah ..

Oleh itu, inilah ujian dan takdir ALlah kepada negara kita, mahu menguji tentang apa yang kita ucap dan uar-uarkan kepada rakyat. Adakah ia benar atau sebaliknya ?

Adakah, kita mahu salahkan atau letakkan semua kepada takdir, bagaimana dengan usaha-usaha kita pulak ?

Kita tidaklah boleh mengulas panjang kerana harus hormati pasukan keselamatan kita yang tidak berpolitik dan mahu dipolitikkan ...



Pengganas Sultan Sulu tidak sayang nyawa


SULTAN SULU, Jamalul Kiram III menghubungi adiknya, Raja Muda Agbimudin yang mengetuai 200 pengikutnya untuk menceroboh Sabah pada satu sidang akhbar di Alabang, Manila.


MANILA - Jurucakap Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa 'tentera diraja' yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.
"Kami telah membuat keputusan bahawa maruah lebih utama daripada nyawa," kata jurucakap berkenaan, Abraham Idjirani di sini semalam.
Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan menolak kenyataan sebaliknya oleh pemerintah Filipina sebelum ini.
Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.
Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga Filipina dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis dengan sekitar 200 anggota kumpulan itu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram

SEORANG anggota komando polis berkawal di kawasan sekitar 3 kilometer dari lokasi kumpulan bersenjata Filipina berkubu di luar Lahad Datu, Sabah.


Mengulas mengenai nasib Agbimuddin, Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk menuntut hak ke atas negeri Sabah.
Dalam pada itu, anak perempuan Kiram III, Jacel Kiram semalam turut menggesa saudara lelakinya itu supaya terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
"Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak akan pulang kerana maruah lebih tinggi nilainya daripada nyawa," kata Jacel dalam satu kenyataan semalam.
"Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di Sabah memutuskan untuk mati di Lahad Datu bagi mengejar impian dan aspirasi mereka," tegasnya.
Menurut wanita tersebut, selepas sembilan pengikut lelaki dan seorang wanita dikebumikan, semua 224 anggota kumpulan mereka yang masih tinggal memutuskan untuk menyerahkan nasib kepada takdir. - Agensi