Sunday, December 09, 2012

Pilih PR :Rakyat Pahang Daapat 6 + 3 PRU13 Nanti


6+3 tawaran Pakatan untuk rakyat Pahang

Harakahdaily,09 Dis 2012
(Orang ramai yang memenuhi Dataran Kerdau dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang)

TEMERLOH: Dengan mood perubahan yang memuncak di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang, Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran negeri bersama tiga tawaran pusat untuk menyelamatkan negeri terbesar di Semenanjung daripada kezaliman Umno-BN.

Dalam tawaran peringkat negeri PR Pahang yang ditandatangani Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, PR berjanji akan menyelesaikan masalah tanah di negeri Pahang.

Mereka berjanji akan menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

Selain itu, PR Pahang juga berjanji untuk menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

Untuk kebajikan Orang Asli, PR Pahang turut menawarkan untuk mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat juga berita baik untuk para pemilik tanah pertanian di mana PR Pahang berjanji akan memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

Sekiranya BN ditumbangkan, rakyat Pahang turut bakal menikmati penurunan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil  hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

PR Pahang turut berjanji untuk melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua hasil utama negeri.

Tawaran PR Pusat pula berkisar kepada nasib generasi kedua dan ketiga Felda, royalti minyak kepada Pahang dan perhatian khusus kepada pembangunan prasarana kemudahan asas di kawasan pedalaman Pahang.

Sekiranya menjadi kerajaan selepas PRU13, PR bakal menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

PR juga berjanji akan memberikan royalti minyak sebanyak 20% setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi nanti berbanding dengan tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya memulangkan sejumlah wang ehsan kepada negeri.

PR juga berjanji untuk memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai.

Antara jalan yang disebut dalam tawaran yang ditandatangani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS ialah Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub - Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun.

Jalan-jalan tersebut akan dibangunkan dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.


Berikut adalah tawaran Pakatan


TAWARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI PAHANG


Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negeri Pahang pada PRU 13 nanti maka kami akan :

PERTAMA

Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA

Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA

Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT

Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA

Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil  hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM

Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang.
Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang
Yb Leong Ngah Ngah, Pengerusi DAP Pahang

9 Disember 2012




TAWARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (PAKATAN RAKYAT ) UNTUK NEGERI PAHANG



Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Malaysia pada PRU 13 nanti maka :


PERTAMA

Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.


KEDUA

Memberikan Royalti minyak sebanyak 20% setahun (bukannya 5%) kepada Kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi nanti.


KETIGA

Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub - Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR     
Yb. Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP Kebangsaan
Tuan Hj. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS

Saturday, December 08, 2012

Gempar : PKR bakal berkubur di Penang ?

Pembangkang bakal berkubur di P Pinang amnya dan khasnya PKR.  Kini seorang 'pelacur politik (dengan izin)' kembali menyertai Umno. Atas apa alasan dan prinsip sekalipun bagi orang yang berprinsip macam Tan Sri Musa Hitam (seorang politikus yang boleh dicontohi) tidak dapat diterima oleh rakyat.

Rakyat yang celik politik lazim macam di Barat akan membakul sampahkan 'orang-orang' semacam ini. Kerana kesannya jika dia diletakkan dalam barisan pentadbiran negara akan merosakkan oraganisasi berkenaan.

Tambahan pula dalam negara kita rata-rata rakyat adalah orang Islam, pengundi Islam yang terkenal taat dan patuh dengan agama anutan mereka.





Zahrain Sertai Umno Semula Bersama 347 Ahli PKR
Najib menerima 347 borang keahlian Umno yang diserahkan oleh Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (dua, kiri) pada majlis makan tengah hari bersama penduduk Bayan Baru, P.Pinang, Sabtu. -fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada Sabtu menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Surat permohonan Zahrain bersama 347 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di sini.
Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.
"Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja.
"PKR dan Pas yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di sini.
Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai Umno pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.
"Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno)dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau)," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menyokong Umno jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.
Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah berkata beliau yang keluar daripada parti itu pada tahun 2007 juga turut menghantar surat permohonan untuk menyertai Umno hari ini.
"Saya kembali menyokong BN kerana yakin hanya BN dapat membantu semua kaum di negara ini," katanya. - BERNAMA

Friday, December 07, 2012

Analisa PAU 66 di PWTC


Ramai penganalisa politik meramalkan Perhimpunan Agung Umno ke 66 kelmarin adalah perhimpunan agung terakhir bagi Najib sebagai PM. Jika Umno kekal pun ia akan berketuakan TPM yang sedang resah gelisah tidak sabar - sabar menantikan gilirannya itu.

Ucapan Najib R selaku Presiden parti Bn terbesar itu, adalah agaknya ucapan terakhir dan tutur ayatnya paling tersentuh dan menyentuh hatinurani perwakilan (ramai yg menitis airmata sayu) rakyat dan cukup beremosi sekali. Berucapan penggulungan bersemangat dan amat bersungguh-sungguh nampaknya. Himpunan kumpulan pejuang pelbagai sayap Umno itu kali ke 66 lebih menggagaskan kepada mempertahankan kemenangan mereka sahaja. Putarjaya dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Maknanya gugatan PR disambut dan dipaksa jawab. Kini, amat tergugat dan terganggu sungguh Umno.

Selain itu, perhimpunan ini sekadar menghimpun ahli dan pimpinan pertengahan secara langsung dipaksa mendegar ikrar Umno oleh presiden yg semakin layu kemelayuaannya, himpunan ini tiada menjanjikan apa-apa kemajuan dan kesungguhan ikrar mereka sekadar mahu kekal terajui Putrajaya dan kekal berkuasa menerajui negara ini.

Tiada janji ditepati diikrarkan atau diperbaharui ikrar olehnya. Slogan baiki taraf hidup Melayu dari segi kebaikan taraf hidup rakyat. Tidak menampakkan apa-apa janji dan ikrar.

Berhujah kepada rakyat dengan hujah kuasa adakah segala-galanya bagi mereka dan perlu berhati-hati dengannya, memiliki kuasa adalah hak legasi mereka , dan berkuasa bukanlah satu bahan untuk diujikaji. Najib berhujah sebelah pihak rakyat , rakyat mesti tahu apa yang mereka mahu dan perlu dibuktikan kesahihan hala tuju negara.

Samada Najib sedar atau bawah sedar sudah menempelak PAS, sekaligus memperlekeh usaha Islam yang dibawa PAS. bagi mereka islam ada dua, satu Islam ala PAS dan satu lagi Islam sebenar. ia tidak dimilki siapa-siapa. islam ini suci dan tidak boleh tersentuh dan disentuh oleh siapa-siapa. keadaan nya begitu. 


Mereka akan berhujah atau dakwa itu adalah perlekehkan Islam PAS  bukan Islam sebenar


Dalam kaedah bertahan lazimnya strategi ini adalah strategi yang tidak dapat kekal lama. Strategi yang sering diambil oleh pasukan bolasepak Malaysia, Iaitu bertahan sahaja. Lazimnya dulu pasukan nasional England sering gunakan taktik dan strategi ini.

Kemaaafan ucapan Najib boleh didengari oleh seluruh pelusuk negara, Rendah hati Najib dan sekaligus menjadi rendah hati Umno, Najib bijak mencuri hati perasaan dan emosi orang Melayu.

Kejahatan Umno  cuba ditenggelami dengan 'keterancaman' kedudukan orang Melayu dan kuasa Melayu cuba diresapi pemikiran sebegitu oleh Najib.

Ketakutan luarbiasa kuasa dan kedudukan orang Melayu terancam dan terlepas ke tanagan bangsa asing walaupun mereka rakyat negara negara ini tidak boleh diterima. Hanya Melayu sahaja berhak memegang kuasa, kerana bumi ini adalah bumi bangsa Melayu. Maka dengan janji keamanan kesejahteraan 'peliharaan' Umno menjadikan hadiah tidak terharga nilai kepada rakyat seluruhnya. Ini adalah sebagai gadaian rakyat yang sukar diambilbalik oleh sesiapa pun. Umo dan rakyat Umno tidak akan mengizinkan. Biar apa pun sekalipun yang jadi dan menimpa negara ini.

Dizahirkan dan ditanam supaya sayangkan kepada Umno adalah lebih sayangkan daripada segala-galanya, entiti Islam tidak lah mereka sesayang sampai begitu. kerana islam dipisahkan dan disucikan oleh persepsi mereka yang tidak boleh dicampurkan dengan politik dunia (macam kristian dan gereja)

Persepsi beragama itu adalah islam, berpolitik itu adalah bukan kerja-kerja agama. pemikiran ini dipakai sehingga sekarang. Ilmu pemahaman ini bukan sahaja digunakan oleh orang di Hulu Tembeling tetapi juga oleh bapak-bapak profesor di universiti pun brfikir serupa dan semacam itu


Justeru, rasa terhutang budi, orang Melayu bakal memenangkan kerusi-kerusi Umno pada PRU 13 yang akan datang. Bab ini Umno bijak dan berstrategi memenangi hatibudi orang melayu.


Umno jahat,kecamukkan fahaman politik demokrasi

Kebejatan politik Umno adalah politik samseng, politik adu domba. yang mana Umno kini semakin hampir kepada pelarian politik baru. Umno yang 'terlalu lapar kuasa'. Tiada kamus politki demokrasi yang dislogan serta yang dijunjungi mereka selama ini terus dipersetankan.

Wajah kejahatan diserlahkan, bilamana kumpulan pembangkang kini semakin kuat dan mampu memberi ancaman dan saingan sengit dalam citrawarna landskap politik negara.

Amukan serta tindakan ganas terbaru di Gombak adalah manifestasi politik terdesak Umno. Tindakan provokatif ini dilakukan semata-mata mahu mengheret Pakatan Pembangkang dengan mewajahkan buruknya politik ini, tanpa memalitkan kesalahan ke atas pihak mereka.

Media arus perdana cepat mewarnakan watak pembangkang dengan watak hitam. Inilah satu cara bagi membeli persepsi cepat dan murah agar rakyat makan dan termakan dengan permainan hasutan halus mereka. Inilah didikan terbaru Umno dalam politik Malaysia

Semuanya bagi mengiakan kata-kata pimpinan besar Umnopro bahawa negara akan berada diambang kehancuran dan kucar kacir jika pembangkang diberikan kuasa.Politik demokrasi pilihan ramai ini dimatikan di negara ini.

Rakyat diugut ditakut-takutkan, sentimen politik itu untuk kedamaian, politik menyelesaikan masalah, politik musyawarah dan politik itu adalah medan atau cara untuk bawa kebaikan dipadamkan pada pandangan rakyat. Politik sebaliknya menjadi kabur dan politik Malaysia kini menjadi semakin jahat. Semua pelaku politik akan bertindak dan menjadi jahat. Itulah gambaran Umno tentang politik Malaysia kini kepada rakyat. Tidak ada kebaikan yang boleh memayungi rakyat dalam politik Malaysia kini.

Walhal politik memberikan kebebasan kepada kumpulan dan sesiapa sahaja mencampakkan idea, Umno kian menutup setiap ruang. ebaliknya ugutan demi ugutan dengan amaran terbaru kata mereka mandat kuasa kepada kerajaan bukan lah satu bentuk ujikaji, minda rakyat diasak dan dipasak untuk menidakkan politik demokrasi atau politik baharu yang kini mendominasi dunia global

Kerana jika sesebuah kerajaan yang diberi mandat rakyat memerintah terlalu lama, akan mengundang dan menjerumus kepada salahguna kuasa, salah urus negara dan sebagainya. Tiada negara-negara maju dan membangun di dunia kini terus mengekalkan kuasa kepada satu kelompok parti buat selama-lama.

Dunia semakin berubah..

Monday, December 03, 2012

Apa makna Maal Hijrah 1434 bagi kita ?

Sejauhmana minda Melayu dapat dikawal dan ditunjukarah, hanya bakal terjawab pada PRU13 nanti. Ketakutan untuk berubah dan merubah kepada sesuatu yang baik kepada yang lebih baik dapatkah rakyat Melayu islam realisasikan.

Sambutan Maal Hijrah atau awal Muharram telah berlalu, para pendakwah sentuasa gunakan hujah ini dalam setiap kuliah atau seruan mereka. Tiada hijrah selepas hijrah nabi Muhammad saw, kecuali hijrah bentuk diatas iaitu daripada gelap ke terang, daripada jahat (tidak baik kepada lebih baik atau yang terbaik. 

Ini, apa cerita ? rakyat dilarang daripada berubah kepada yang lebih baik. Entahlah, ikut kaca mata mana kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang terbaik, walaupun negara dah nak bankrap, harga barang naik..kos hidup melonjak, prestasi sukan merudum dan macam-macam lagi, semua baik entahlah ....



Tindakan cuba tukar kerajaan eksperimen berbahaya


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, tindakan itu yang dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang juga akan mengakibatkan kerugian dalam jangka masa amat panjang.

"Fikirkan, apakah bentuk transformasi dan kemajuan yang telah dibuat pembangkang dalam empat tahun memerintah selain daripada apa yang telah sedia ada dilakukan kerajaan terdahulu? Namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa selama tempoh pemerintahan mereka?

"Antara perkara 'hebat' yang telah dibawa mereka sejak memerintah beberapa negeri hanyalah demonstrasi haram yang berakhir dengan keganasan, membakar sentimen rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara, membenarkan campur tangan negara luar dan politik kebencian selain sering mengambil pujian terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menegaskan, adalah berbahaya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa membuat pertimbangan adil dan teliti.

Menurut Tunku Abdul Aziz, sehingga kini, pembangkang bukan sahaja belum sepakat dalam memilih Perdana Menteri untuk mentadbir negara malah masih bertelingkah siapakah yang harus berkuasa jika memenangi pilihan raya umum.

"Bagaimana kita boleh bersedia menerima mereka yang hanya berminat dengan kuasa semata-mata? Sehingga hari ini masih bergaduh siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan jawatan-jawatan penting yang lain.

"Malaysia adalah sebuah negara kompleks yang sukar untuk ditadbir kerana dihuni oleh pelbagai kaum dan latar belakang, pengalaman apa yang mereka ada selain daripada mengkritik kerajaan selama 50 tahun," katanya.

Dalam masa sama, beliau menggesa rakyat Malaysia tidak sesekali memberi undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana tindakan sedemikian akan membawa kehancuran kepada negara.
"Jika benar-benar cintakan keamanan dan perpaduan negara kita, usah tersilap langkah memberi mandat kepada golongan yang hanya dahagakan kuasa dan kepentingan politik.
"Jangan sesekali membiarkan pembangkang memporak-perandakan negara ini," tegasnya.


Saturday, December 01, 2012

Umno nampak Islam dah Najib laung takbir tadi ?

PM yang semakin terdesak Najib Razak, telah bersungguh-sungguh mahu melakukan tranformasi itu dan ini . Gagasan tranformasinya masih belum cukup dan gagal difaham dalam raunglingkup Umno dan ahli-ahli sekutunya. 

Ikrarnya yang diarahkan tangan diletakkan didada, antaranya ramai ahli-ahli MT enggan berbuat demikian dan malu-malu untuk berikrar, sehingga Pengerusi Tetap pun gagal mengajuk dan mengikut lafaz Najib yang laju itu. Satu Malaysia dapat ikuti siaran secara langsung peristiwa detik bersejah itu dirakamkan.

Kini, wawasan Najib nampak hambar dan kaku lesu cuma semasa sesi penggulungan antara keluarbiasaan nya adalah Najib membaca doa, ikrar serta bersumpah dan melaungkan takbir sebanyak 3 kali (masuk waktu maghrib bagi WP dan kawasan sewaktunya) buat julung-julung kali oleh Presiden Umno selama 66 tahun. Tahniah Najib


Friday, November 30, 2012

Antara Saham FGVH dan Pasukan Bolasepak Kebangsaan sama ko ?

Alasan mudah kekalahan pasukan bolasepak kebangsaan semasa terikat seri dengan Bangla kerana mau ketiak pemaain Bangla cukup kuat, demikian ulasan akhbar memetik kata-kata jurulatih pasukan negara. itu bolasepak ?

Bagi saham atau harga saham FGVH jatuh kata menterinya adalah tuduhan fitnah pembangkang. tu dia zaman ni cukup hebatlah saham boleh jatuh kerana tuduh dan fitnah pembangkang ?




Tuduhan Fitnah Pembangkang Antara Punca Saham FGVH Tidak Menentu
KUALA LUMPUR: Tuduhan fitnah dari pihak pembangkang, antara penyebab saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) tidak menentu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata tuduhan melampau yang dilempar oleh pihak pembangkang terhadap FGVH telah menyebabkan saham itu tidak menentu.
"Selain punca pasaran minyak sawit dunia, fitnah yang dikeluarkan oleh pembangkang adalah antara punca saham FGVH tidak menentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agong UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Jumaat.
Terkini, katanya Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman, yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat, menuduh bahawa Felda telah menjual minyak kepada sebuah syarikat Israel.
"Pembangkang adalah kumpulan pembohong dan pemfitnah kerana Felda tidak pernah dan tidak akan pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan Israel," katanya.
Katanya beliau tidak percaya akhbar milik orang kumpulan ulama boleh menyebarkan fitnah.
"Kami sedang berbincang dengan peguam Felda untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan dan Harakah yang menyiarkan kenyataan fitnah Mazlan baru-baru ini," katanya.
Katanya, dalam tuduhan tersebut, Mazlan menuduh Felda melalui kaedah kontrak rangkaian telah berurus niaga dengan sebuah syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited.
Ahmad berkata Bunge Agribusiness Singapore Private Limited adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam Amerika Syarikat, iaitu negara di mana Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan.
"Kumpulan syarikat Bunge Limited bukan milik Isreal dan syarikat ini tidak ada cawangan di Israel," katanya.
Beliau berkata kumpulan Felda, selain mengeluar dan menjual minyak sawit, juga pada masa yang sama membeli minyak sawit bagi memenuhi keperluan pada masa tertentu, daripada pelbagai pihak menerusi Felda Iffco Oil Products (FIOP) melalui kaedah kontrak rangkaian. - BERNAMA

Thursday, November 29, 2012

Umno ancam huru harakan negara, persitiwa 13 Mei bakal diulangi

Dengan keberanian luarbiasa, Ketua Wanita Umno 'bakal' menjanjikan huru hara jika negara ini bawah pembangkang.

Kenyataan terbuka ini mengundang pelbagai reaksi dan persepsi. Namun ucapan itu mengundang pelbagai niat. Maka niat yang boleh dibaca terus, negara akan dihuru harakan 'ala 13 Mei. Sindrom 'ketakutan, ugutan, was-was' kini ditanam oleh pimpinan Umno terhadap rakyat.

Kekalutan, dan kecacamarbaan bahawa khurafat Umno sahaja mampu dan dapat menjamin keamanan kesejahteraan negara cuba ditanam dengan sesungguh-sungguh kepada orang Melayu khasnya dan rakyat negara ini amnya.

Justeru, parti-parti pembangkang sila segara buat laporan POLIS tentang hal ini ?


Sayap UMNO sedia gempur

Shahrizat Abdul Jalil
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tiga sayap UMNO hari ini dengan penuh bersemangat melaungkan keazaman untuk bertarung habis-habisan bagi memastikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Tekad berkenaan dilafazkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung sayap masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Shahrizat ketika menyampaikan ucapan bertemakan, “Masa Depan UMNO: Beranjak Untuk Melonjak Ke Arah Kemenangan" berkata, beliau amat yakin seramai 230,000 jentera pergerakan itu bersiap sedia sepenuhnya untuk mempertahankan kemenangan BN.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, November 24, 2012

Jangan Gelabah dengan Ramalan MPN negara ?

Sememangnya Pakatan Rakyat kena menerima cabaran, dengan apa yang diramalkan oleh majlis Profesor negara (MPN).

Dalam sisitem bebas, demokrasi kita dan siapa sahaja bebas meramalkan tentang apa yang akan berlaku. MPN adalah satu institusi yang hebat dan 'ada cukup tenaga' dan kepakaran dalam membuat ramalan, itu tidaklah boleh kita nafikan.

Dalam sitausi ini, macam kita dengan pasukan bolasepak Malaysia lah. Bertemu dengan Filipina atau Bangladesah satu masa dulu. Dua negara berkenaan akan menjadi negara 'belasahan' malaysia sahaja. Kini, keadaan tidak begitu.

Pemberitaan dan kajian yang 'memenangkan UBN' adalah ada strategi dan tujuan yang boleh kita jangka dan ramalkan.

Namun, MPN juga masih memberi alasan bahawa 'susutan' kerusi kepada UBN tetap berlaku. Dengan 'olahan' beberapa isu kita nampak kerusi-kerusi Umno nampak macam selamat. Sementelahan pula PAS yang bakal memberi saingan kepada Umno, sedikit tidak bertenaga sejak akhir-akhir ini.

Rakyat sentiasa memerhati, golongan 'tegar' penyokong kedua-dua belah pihak tetap bersama pilihan mereka. Yang kita mahu menangkan 'kini' adalah strategi bagaimana kita menguruskan emosi dan persepsi kepada para pengundi 'yang bersimpati' dan 'teruja atau terbeli' dengan emosi saat-saat akhir.

Inilah sitausi di Malaysia, acuan negara kita bukan macam 'arab Spring' dia tak jadi. Rakyat Malaysia unik sangat.

Biarpun pendedahan demi pendedahan , penyelewengan demi penyelewengan, ketirisan demi ketirisaan . Semua gagal membeli hati mereka.

Alasan, siapa-siapa memerintah sama sahaja. Kerana datang daripada kumpulan sama-sama makan belacan dan makan dengan tangan.

Inilah senjata ampuh tertanam sejak 60 tahun. Sebelum merdeka rakyat kita dihidangkan macam aman hndak merdeka, nak buat jarum pun tak boleh.




PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
G MANIMARAN
24 November 2012
Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
Dr Shamsul mengakui walaupun kemungkinan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih memihak BN untuk kekal berkuasa.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'”, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.

Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.

Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.

“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,” katanya.

PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yakin akan memperoleh kerusi Parlimen tambahan dengan memperkukuhkan kedudukan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang menawarkan 56 kerusi Parlimen dilihat sebagai ‘simpanan tetap’ BN.

Minggu lalu, Pas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk memanggil PRU13.

Spekulasi sebelum ini menyebut Najib akan memanggil PRU13 pada bulan Jun lalu, sebelum Ramadan. Bagaimanapun, spekulasi itu meleset dan spekulasi seterusnya  meramalkan September dan ia meleset lagi.

Mengambil kira kedudukan semasa, Shamsul tidak menolak kemungkinan Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari, manakala pilihan raya akan berlangsung awal Mac.

Dalam satu temu bual Ogos lalu, beliau berkata, Najib seharusnya menggunakan tempoh mandat semasa sepenuhnya dan hanya memanggil PRU13 tahun depan.

Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, pertemuan tahunan kali ini sangat penting untuk Najib, bukannya untuk Umno.

“Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Justeru menurut beliau, Najib yang juga Presiden Umno akan membawa partinya ke depan untuk menghadapi PRU13.

Perhimpunan Agung Tahunan 2012 akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini

Saman Utusan Biarlah Menyeluruh - MSO

Biar buat kerja banyak sikit. Betullah seperti mana kata MSO, jika mahu saman Utusan makan saman secara menyeluruh.


Saman ke atas Utusan perlu menyeluruh - Sayuti

Harakahdaily,23 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.


Demikian pandangan penulis politik, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya Merah Tinta http://msomelayu.blogspot.com.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini yang telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Ishak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.
Sebelum ini, kata Sayuti sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan.

Katanya, kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.
“Bagaimana pun akhbar berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Mengenai hal ini sukacita dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu,” katanya.

Baginya, saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.
“Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan,” ulasnya lagi.

Menurutnya, sudah pasti kalau agen-agen kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.
“Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko,” katanya.

Monday, November 19, 2012

Ke mana cerdikpandai agama dalam Umno, jangan berikan cerdik bebal agama dalam Utusan menafsir agamanya ?

Selepas empat dan lima hari menunggu, ibarat menanti buah yang gugur. Hari inilah baru Utusan mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Macam biasa, apa yang mahu dipromokan keopada rakyat adalah sekitar apa sahaja ungkapan yang datang daripada TGNA dan TGHH pasti kedua-dua kenyataan akan diisukan 

Ibarat anak kecil yang suka mengadu ke sana ke mari itulah gelagat kebudak-budakan Utusan. Walhal  dalam apa keadaan sekalipun, bagi orang Islam dan Melayu Islam faham, apakah kedudukan manusia sisi Allah jika 'ada perasaan was-was' terhadap agama Islam yang dianutinya.

Jangan ingatkan semua tindak ikut dalam kehidupan kita terlepas daripada garis-garis agama. ketelitian dan kehalusan dalam agama adalah perlu dicermatkan. Perjuangan hidup dan tatacara kehidupan kita adalah terpandu dan dipandu.

bahaslah secara ilmiah, ke mana cerdik pandai agama. janganlah dibiarkan cerdik bebal dalam utusan menilai agama bagi diri kita.

Nik Aziz dakwa UMNO murtad

Nik Abdul Aziz Nik Mat bercakap kepada pemberita pada Muktamar Tahunan Pas di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 18 Nov. - Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.


Sunday, November 18, 2012

Antara Doa PAS dan Doa Umno ?

Selepas lebih 50 tahun mereka (Umno) memperbodoh-bodoh, menindas, menfitnah dengan sepuas-puas. PAS sudah banyak buat aduan ke situ sini, lepas laporan polis  satu laporan polis, ke SPRM, ke SUHAKAM dan ke tok-tok gawa , pegawai-pegawai di pejabat kalangan penjawat awam. 

Maka Allah mengajar umatnya, supaya adukan terus aduan kepadanya. Orang yang di'zalimi' tidak akan dihijab doa atau munajat mereka.

Tentulah orang Umno di Malaysia, kata kezaliman kerajaan tidak seberapa, apalah sangat. Tetapi Allah SWT telah ingatkan adab dan akhlak manusia dalam hidup mereka. Allah akan persoalkan daripada sekecil ke sebesar-besar kerja buat mereka.

Jadi apalah mereka nak takutkan. Antara perkara zalim mereka terbesar adalah. Bila kita mahu sahaja hendak laksana Hukum Hudud ALlah. Mereka kata Hudud ini adalah Hudud PAS.

Oleh itu salahkah kita berdoa ? Nanti depa kata itulah Doa PAS, lain dengan Doa Umno. Chua Soi Lek nanti minta penjelasan dengan najib 1Malaysia tentang Doa Umno pulak....

PAS doa UMNO hancur

 Oleh Norakmah Mat Youb dan Fariza RamlanCetak

Solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam kelmarin diimamkan adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang berkenaan. 
Antara kandungan doa yang dipimpin oleh Nik Razi ialah meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati. 


Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tindakan itu dikritik pelbagai pihak yang disifatkan tidak wajar, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mereka berpendapat ia jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam.

Harussani berkata, perbuatan memohon doa keburukan kepada orang Islam lain ditegah oleh agama. 
Beliau berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya dihapuskan musuh agama dan bukan meminta supaya dihancurkan sesama Islam.

Perbuatan itu tidak bagus kerana ahli UMNO adalah Islam. Sepatutnya kita mendoakan yang baik untuk sesama Islam, katanya.

Dr Mohd Asri pula berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya menghancurkan orang yang zalim tanpa mengira parti.

Janganlah berdoa menghancurkan UMNO kerana mereka juga umat Islam. Mungkin mereka ada kesilapan tetapi ahli PAS juga ada melakukan kesilapan, katanya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata berdoa untuk menjahanamkan sesama Islam tidak dibenarkan.

Kita semua ada kekurangan masing-masing tetapi tindakan PAS itu agak keterlaluan. Parti itu sering melaungkan perpaduan ummah tetapi pada masa sama mereka yang sebenarnya menghancurkannya, katanya.

Saturday, November 17, 2012

Umno apa peduli ini Pakatan Rakyat. Hak Kami

Dalam dunia politik moden apalah yang dimustahilkan. Media arus perdana menketengahkan bahawa Dewan Ulama PAS 'cadangkan' supaya Presiden PAS menjadi PM Malaysia.

Menampakkan PAS 'terlalu laparkan' jawatan PM. Apalah salahnya ? Itulah hakikat dalam hidup. Adakah bilamana 'disebut golongan agama sahaja' mereka tidak ada cita-cita dan kemahuan.

Selalunya Utusan Umno dan sekutunya selalu tohmah bahawa ;diperkudalah, menjadi kuda tunggangan lah dan bermacam-macam label. Sampai ke peringkat ini, jadi macam tulah pulak.

Memang kita payah nak faham dengan kehendak orang dan mahu mengikut kehendak orang. Jadi ikutlah kehendak sendiri. 

Umno apa peduli. Itu adalah hak kami....

Dewan Ulama PAS syor Hadi jadi PM
  • Nigel Aw
  • 5:01PM Nov 17 2012
 
MUKTAMAR PAS Wakil Dewan Ulama PAS Pusat,  Hairun Nizam Mat Hussain hari ini menegaskan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.

"Siapa orang paling terbaik, (kalau) bukan Tok Guru Presiden (Abdul Hadi)?

"Sepatutnya Datuk Seri Abdul Hadi jadi kepala (ketua) kerana beliau orang paling mengetahui hukum Allah dalam membentuk kerajaan orang Islam," katanya.

Sebelum itu, Asri melahirkan rasa bimbang apabila PAS mahu mendapat kuasa politik tetapi akhirnya menggadaikan peranan dakwah.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam, bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.

"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.

"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," katanya.