Dalam dunia politik moden apalah yang dimustahilkan. Media arus perdana menketengahkan bahawa Dewan Ulama PAS 'cadangkan' supaya Presiden PAS menjadi PM Malaysia.
Menampakkan PAS 'terlalu laparkan' jawatan PM. Apalah salahnya ? Itulah hakikat dalam hidup. Adakah bilamana 'disebut golongan agama sahaja' mereka tidak ada cita-cita dan kemahuan.
Selalunya Utusan Umno dan sekutunya selalu tohmah bahawa ;diperkudalah, menjadi kuda tunggangan lah dan bermacam-macam label. Sampai ke peringkat ini, jadi macam tulah pulak.
Memang kita payah nak faham dengan kehendak orang dan mahu mengikut kehendak orang. Jadi ikutlah kehendak sendiri.
Umno apa peduli. Itu adalah hak kami....
Dewan Ulama PAS syor Hadi jadi PM
MUKTAMAR PAS Wakil Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain hari ini menegaskan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.
"Siapa orang paling terbaik, (kalau) bukan Tok Guru Presiden (Abdul Hadi)?
"Sepatutnya Datuk Seri Abdul Hadi jadi kepala (ketua) kerana beliau orang paling mengetahui hukum Allah dalam membentuk kerajaan orang Islam," katanya.
Sebelum itu, Asri melahirkan rasa bimbang apabila PAS mahu mendapat kuasa politik tetapi akhirnya menggadaikan peranan dakwah.
Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam, bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.
"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.
"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," katanya.
No comments:
Post a Comment