Tuesday, April 13, 2010

Najib Obama : Siapa jumpa siapa


Antara kebanggaan dan kemegahan pimpinan dunia , bilamana dapat bertemu muka dan berbincang dengan Presiden AS. Berjumpa dan berbincang dengan Obama adalah menjadi agenda pimpinan dunia.

Samada perjumpaan itu diatur atau diagendakan secara diplomatik tanpa niat apa-apa menandakan kehebatan pimpinan itu.


Monday, April 12, 2010

Situasi di Thailand Malaysia bagaimana ?

Gambar di atas adalah kesan tindakan Kumpulan Baju Merah. Atau kumpulan Pembangkang di Thailand yang tidak berpuashati dengan kerajaan pimpinan Abashit. Ini adalah perkara biasa dan rakyat dan pemerintah sendiri sudah biasa. Di katakan menjadi aman selepasnya.

Bayangkan jika situasi ini berlaku di Malaysia lah. Apa ceritanya...bayangkan...bayangkan ?


Sunday, April 11, 2010

APCO atau UMNO yang bahaya ?

Hari sudah masuk 3 report kepada Polis oleh Pemuda Pakatan berhubung isu APCO dan 12 report berhubung Anwar terdahulunya oleh Pemuda UMNO kepada pihak polis berhubung rancangan 16 September Anwar.

Kedua-dua report itu dibuat oleh parti politik yang berbeda. Kini siasatan mana yang harus disegerakan atau didahulukan. kedua-duanya melibatkan kepetingan umum yang perlu disegerakan. memmenuhi belaka tuntutan yang mendesak serta melibatkan kepentingan umum atau awam.

Jika polis kita pro maka kedua-dua report akan disiasat. Jika polis tidak pro dan memihak. Maka kita boleh menjangkakan arah kerja menyiasatnya mereka.

Bagi kita isu APCO adalah isu yang cukup berat. Kita malu bernegara dan berpemimpin seperti pemimpin yang ada. Masuk Yahudi atau israel dalam hal ehwal negara adalah cukup bahaya. Kerana segala-gala maklumat negara tergadai. Negara kita akan terjajah kemudian lebih dahsyat bagi kali kedua oleh bangsa yang sekutu dan serupa dengan nya.



Saturday, April 10, 2010

Wajar atau tidak wajar tindakan ini ?

Kenapakah sampai jadi begitu ? Penduduk Telok Kemang PD di N9, marah kerana projek perumahan mereka terbengkalai. Dan betulah tindakan mereka, dan itu adalah hak mereka dan normallah mereka bersikap dan bertindak sedemikian. Kerananya yang merasai dan menanggungnya adalah mereka. Dan merekalah yang tahu dan laluinya semua ini.

Penduduk nekad bakar geran rumah, protes projek jalan terbengkalai. Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.

Kerja pelebaran jalan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan Pasir Panjang ke Linggi itu terbiar selepas kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek itu sehingga menyebabkan banjir lumpur sering terjadi selain keadaan jalan yang membahayakan.Wakil penduduk yang mengetuai protes itu, Rahimuddin Md Harun, berkata penduduk di situ pernah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil."Kita tidak menolak pembangunan tetapi jalan ini sudah terbiar terlalu lama. Bila hujan rumah kami dilanda banjir lumpur, bila kering, debu berterbangan dan permukaan jalan juga tidak selamat," katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak), berkata penduduk sudah mula hilang sabar apabila kerap diberitahu bahawa projek itu masih berjalan tetapi sudah enam tahun berlalu dan jalan masih tidak siap-siap.


Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu."Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Bila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi bila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu berikutan masalah dalaman.“Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap menjelang hujung tahun ini.“Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan,” katanya. -


Friday, April 09, 2010

PPMM: Mahu Islam kekal dalam Perlembagaan Negara

Pastikan Islam kekal agama Persekutuan

KUALA LUMPUR 8 April – Persatuan Peguam Muslim Malaysia mahu kerajaan memastikan peranan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan penubuhannya kelmarin mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, justeru pihak yang terlibat dalam jawatankuasa itu tidak boleh sesekali mahu menyamakan hak semua agama kerana Islam punya kedudukan istimewa di sisi Perlembagaan.

Kata beliau, ini supaya jawatankuasa tersebut tidak menjadi jalan keluar kepada kegagalan menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditolak kerajaan dan umat Islam sebelum ini.

‘‘Bagaimanapun umat Islam tidak menolak sebarang dialog bagi memupuk persefahaman dan keharmonian antara agama yang ada di negara ini.

‘‘Namun yang menjadi masalah ialah usaha dialog seumpama itu disalah guna bagi mencampuri urusan agama lain seperti IFC dan ini perlu dipastikan kerajaan tidak berlaku pada jawatankuasa tersebut,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul juga berharap jawatankuasa itu akan menjadi dialog yang mampu mengukuhkan perpaduan seluruh rakyat negara ini.

Justeru katanya, untuk mencapai hasrat tersebut, jawatankuasa berkenaan harus dipastikan bergerak dalam landasan menghormati kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan.

‘‘Kita tolak IFC sebab ia usaha untuk ubah dialog ‘inter agama’ kepada ‘intra agama’. Itu yang umat Islam tak boleh terima,’’ katanya.

Tambahnya, dialog antara agama bukanlah sesuatu yang baru kepada umat Islam sebaliknya ia telah lama wujud di negara yang berbilang kaum.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Datuk Muhamad Burok berkata, sekiranya jawatankuasa khas itu berjaya diadakan, ia mestilah bersifat bebas tanpa perlu wujud campur tangan pihak tertentu khususnya daripada parti politik.

Sehubungan itu katanya, jawatankuasa itu perlu dipimpin oleh mereka yang benar-benar pakar agar kredibiliti dan peranannya sebagai badan yang mewujudkan persefahaman di antara agama-agama diyakini dan diiktiraf oleh rakyat.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Muhamad Isa Abdul Ralip berkata, jawatankuasa itu wajar diwujudkan untuk menyelesaikan masalah berkaitan agama namun ia perlu dilarang sama sekali mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Justeru katanya, jawatankuasa itu perlu dipantau agar tujuan penubuhannya tidak lari daripada landasan yang ditetapkan.

“Sekadar dialog tiada masalah namun sekiranya ia dijadikan medan untuk memperjuangkan kesamarataan antara agama, ini yang perlu dihalang,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO bangang ?

Inilah ketua Penerangan UMNO paling bengong sekali diabad ini.Minta lah Ahmad Maslan ini belajar dengan Ibrahim Ali Kataki . Mana ada dalam sejarah UMNO cabar PKR letak calon bukan Melayu ditempat prk macam Hulu Selangor, setelah kerusi itu dimenangi oleh PKR yang berbangsa Melayu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bukan Melayu bagi mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) parti yang adil di mana pada pilihanraya lalu, empat Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor diagihkan kepada dua calon Umno, MIC dan MCA masing-masing diwakili seorang calon daripada parti berkenaan

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Mana etika kita pimpinan Melayu Islam

Syabas kepada ketua Wanita MCA yang mengambil pendirian dan memegang pendirian tegas soal dasar dan prinsip. Lebih-lebih yang menarik beliau adalah seorang wanita Cina generasi muda yang diangkat sebagai seorang pimpinan.

Beliau mengambil pendirian meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan serta merta mulai daripada tarikh penyerahan surat tersebut. Gara-gara daripada kemenangan Dr Chua Soi lek sebagai Presiden MCA yang baru. Dr Chua pula dikaitkan dan mengakui secara terbuka beliau terlibat dalam skandal dan kegiatan tidak bermoral dan telah mengakui mengadakan hubungan seks dengan wanita bukan isteri nya yang sah. Inilah punca mengapa Ketua Wanita MCA ini menolak kepimpinan Dr Chua.

Bagi negara kita kes seumpama ini jarang berlaku, dan bila jarang berlaku justeru itu masyarakat juga jarang menerima perlakuan sedemikian. Media-media berbahasa Melayu mengelap dan mendiamkan tentang hal ini, tetapi mengungkit-ungkit bilamana ada keuntungan politik bagi mereka.

Inilah wajah media berbahasa Melayu yang lebih mendokong dan mengampu tuannya daripada menyatakan etika medianya.

Malahan tindakan ketua Wanita MCA ini disenyapkan , tanpa reaksi oleh mana-mana Ketua wanita komponena mereka yang dulu sering berjuang hak dan persamaan gender. SIS yang liberal dan moderate senyap, mungkin enggan bercakap kerana ia melibatkan paigam hak asasi lelaki yang bernama Dr Chua dan rakan sekatilnya itu.


Peletakan jawatan Mei Fun tak jejaskan BN

HANOI 8 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peletakan jawatan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada semua jawatan dalam parti dan kerajaan tidak akan menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor akhir bulan ini. Sebaliknya Najib menyifatkan tindakan yang diambil Mei Fun itu sebagai masalah dalaman parti MCA.

''Mei Fun sudah membuat kenyataan umum sekiranya Presiden yang ini (Datuk Seri Chua Soi Lek) menang, beliau akan meletak jawatan. Beliau hanya mengotakan janji yang telah dibuat," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-16 di sini hari ini.

Najib mengulas tindakan Mei Fun melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan hari ini.

Ketua Wanita MCA itu mengumumkan beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mei Fun menegaskan peletakan jawatannya sebagai Sayap Wanita parti bagi mempertahankan keseimbangan gender serta hak dan maruah wanita di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, MCA akan menyusun semula sayap Wanitanya bagi memastikan sumbangan parti itu pada pilihan raya kecil tersebut tidak akan terjejas dengan tindakan Mei Fun itu.

''Dia dah buat kenyataan. Saya ingat dia tak boleh tarik balik," kata beliau.

Mengenai kenyataan Mei Fun bahawa pemimpin yang tidak boleh menjadi contoh yang baik tidak seharusnya dipilih, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata: '' Itu pendirian dia dan Mei Fun telah membuat pilihan dia sendiri."

Mei Fun turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Wanita MCA bahagian Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana MCA dan ia berkuat kuasa hari ini.

Surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Senator akan diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri esok

Wednesday, April 07, 2010

PRK Hulu Selangor: Cabaran dan Harapan BN ?

PRK Hulu Selangor: Adakah PKR ada harapan ?



Pilihan raya kecil datang lagi, kali ini kekosongan kerusi berlaku di parlimen Hulu Selangor. Pilihan raya umum lepas kerusi ini telah dimenangi oleh PKR dengan mengalahkan calon MIC BN. Kali ini kekosongan kerusi ini kerana kematian penyandangnya Dato Zainal MP daripada PKR.



Apa yang menariknya pilihan raya kecil kali ini jatuh dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Salah sebuah negeri Pakatan Rakyat selepas PRU12 yang lalu. Negeri ini juga berkebetulan adalah negeri ‘terkaya’ dari segi hasil pendapatan nya. Inilah fokus yang perlu diperhatikan untuk diperbahaskan.



Sebenarnya rekod belakangan ini adalah trend siri-siri pilihan raya kecil keputusannya tidak memihak kepada UMNO BN.

Bebetulan pula kekosongan kerusi semuanya melibatkan kematian ADUN Melayu Islam. Situasi ini juga turut menarik diperhatikan.



Secara olok-olokan kerana berlaku kerap pilihan raya kecil dicadangkan walaupun nampak kelakar untuk mensyaratkan bakal calon yang ingin menawarkan diri ke kerusi wakil rakyat mestilah juga memiliki sijil kesihatan yang sihat.



Walaupun cadangan itu ada benar dan wajarnya biarpun melucukan.Maknanya kebanyakan MP atau ADUN beragama Islam kerap mati waktu ini berbetulannya , maka ironisnya kesihatan kebanykan orang Islam adalah ‘tidak berapa baiklah.



Selain itu, kematian ADUN MP beragama Islam juga ada hubungan dengan KhaliDnya, merujuk semula semuanya ini adalah semacam penjadualan semula oleh Allah, selepas PRU12 semacam pengiliran PRK negeri-negeri tertentu yang terpilih dan teratur untuk dipilih bagi diadakan pilihan raya kecil. Maka kesannya memberi impak atau proses saringan, ujian, kejituaan semangat kerjasama setia kawan dalam Pakatan dan juga UMNO BN.



Catatan sejarahnya , dalam siri pilihan raya kecil selepas tsunami politik PRU12, kini sudah 8 siri pilihan raya kecil berlaku. Bermula dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Port Dickson bagi Parlimen, sementara Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti dan Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang bagi DUN di negeri-negeri yang berbeda. Di mana hasil keputusannya UMNO BN kecundang 7-1 yang kemenangannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Maknanya pertama kali dalam sejarah pilihan raya Malaysia keputusan sebegini dicipta.



Pendekata kekalahan-kekalahan UMNO BN yang terdahulu boleh diberikan dengan pelbagai rasional alasan. Antaranya soal kedudukan. Lokasi, jarak negeri yang jauh daripada pusat kawalan, pusat pentadbiran negara dan segala-gala pusat bagi UMNO BN untuk menghalalkan kekalahan mereka itu.



Justeru kali ini ‘pertarungan’ lebih kepada segala-galanya sama ada pertarungan pengaruhnya, imej, bentuk pengawalan dan kawalanya, jentera 3Mnya dan sebagainya.



Kesimpulannya keputusan PRK Hulu Selangor adalah sebagai indeks atau kayu ukur dengan memberi paparan bacaan, ataupun petunjuk sifir masa depan politik kepartian negara ini. Walhal ke arah 2 sistem parti BN dan Pakatan.



Maka tentulah UMNO BN, ingin buktikan ia lebih baik dan terbaik keputusan daripada ‘sesuatu’ kerana sememang kerja-kerja UMNO adalah untuk menang akan melakukan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu. Bezanya Cuma dari segi skala sahaja.




UMNO Mahu Menang



Strategi UMNO pertama, sememangnya UMNO mahu menang kerana UMNO mahukan pertambahan kerusi parlimen ke BN sebanyak 10 kerusi lagi, bagi mencapai kerjaya politik, khas dalam ‘event’ atau agenda terbaru iaitu pesempadanan kawasan pilihan raya. UMNO BN memerlukan sokongan padu dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan undi 2/3. Parlimen BN 140, PAS 23 kerusi, manakala DAP 28 dan PKR sebanyak 31 kerusi. Pendekata 140 BN dan Pakatan 82 kerusi daripada 224 kerusi parlimen.



Peranan SPR meletakkan hari pembuangan undi pada hari bekerja, sebagai contoh Permatang Pasir, Penanti, Manek Urai dibuat pada hari Selasa. Kesan memberi sedikit kemenangan. Namun kali ini pembuangan undi kekal pada hari ahad. Ini kerana BN yakin mereka akan menang.



Pemimpin Tertinggi UMNO kurang yakin, PM sendiri memberikan reaksi nanad berbeda dan tidak yakin. Bahawa menang atau kalah bagi BN adalah bukan ukuran sokongan rakyat sebenarnya kepada BN. Katanya PRU 13 adalah ukuran sebenar kepada bukti sokongan BN.



TPM dalam reaksi sama memberi reaksi berbeda dengan meminta semua pihak khasnya daripada UMNO dan MIC tidaklah berlumba-lumba mahu meletakkkan calon daripada parti yang diwakili mereka.

Friday, April 02, 2010

PKR Hulu Selangor : 17 dan 25 April


PRK Hulu Selangor, penamaan pada 17 April dan pembuangan undi pada 25 April. Sebab UMNO BN yakin dapat rampas kembali. Alasan 3 DUN bawah Hulu Selangor adalah milik BN. MIC kekal pertahankan mahu bertanding kerana secara tradisi adalah kerusi MIC walaupun jumlah komposisi penduduk spt maklumat di atas.

Inilah Melayu atau kerusi melayu ala UMNO dan Perkasa.

Bila lagi mahu dimerdekakan politik kita ?

Pembangkang Dicabar Bawa Usul Pinda Perlembagaan Buang Perkataan 'Melayu'

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar pembangkang membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membuang perkataan "Melayu".

Cabaran itu dilontarkan kepada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mempersoalkan keseriusan kerajaan melaksanakan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Kit Siang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak menyokong gagasan tersebut apabila sering mengeluarkan kenyataan yang mendahulukan bangsa Melayu.

"Gagasan 1Malaysia ini berpaksikan Perlembagaan dan kalau Yang Berhormat nak bangkitkan perkara-perkara yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri tadi, yang pertama sekali Yang Berhormat kena serang ialah Perlembagaan Malaysia.

"Dalam Perlembagaan Malaysia disebut Melayu...jadi bermakna apa juga yang kita buat dalam gagasan 1Malaysia tidak boleh membelakangkan apa yang telah dijaminkan dalam Perlembagaan.

"Tetapi kalau rakan-rakan Yang Berhormat Melayu yang lain sebelah pembangkang sana merasakan perlu kita pinda Perlembagaan, buang perkataan 'Melayu', buatlah, runding-runding bawalah usul, supaya kita boleh pinda Perlembagaan," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Parlimen.

Justeru itu, Mohamed Nazri berkata, gagasan 1Malaysia perlu dilaksanakan dengan mengambil kira batasan yang wujud dalam Perlembagaan khususnya berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu.

"Itu tidak boleh kita ketepikan kerana kalau tidak, ia akan merupakan anti perlembagaan atau menentang perlembangaan, jadi sebab itu Yang Berhormat, kalau ada 1Malaysia pun, kita tak boleh ketepikan jaminan yang sudah kita beri kepada warga Malaysia," katanya.

Beliau berkata, ini juga tidak bermakna dengan slogan 1Malaysia, kerajaan boleh mengambil tindakan menutup sekolah aliran China dan Tamil kerana perkara tersebut sudahpun dijamin dalam Perlembagaan.

"1Malaysia tidak boleh menjejaskan apa-apa juga hak yang telah kita ada, wujud dan diberikan kepada kita.

"Jadi, jika Yang Berhormat kata bila buat gagasan 1Malaysia maknanya semua kena menampakkan 1Malaysia, tak bolehlah Yang Berhormat sebab kita ada Perlembagaan," katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata, kerajaan masih boleh melaksanakan gagasan 1Malaysia di mana yang boleh asalkan tidak menyentuh hak dan keistimewaan yang disebut dalam Perlembagaan secara langsung. - BERNAMA

Thursday, April 01, 2010

TGHH: Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

MODEL EKONOMI BARU

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dibentangkan oleh kerajaan masih lagi tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang merupakan satu asas terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi.


Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit halatujunya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar – maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis – akhirnya ianya hanya bersifat membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh.

MEB juga menyebut bahawa objektif yang ingin dicapai ialah supaya rakyat dalam negara kita mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, hidup lebih aman, pengurusan yang baik dan pemuliharaan sumber alam. Objektif ini sangat murni – tetapi penekanan terhadap peranan syarikat swasta dalam memacu ekonomi liberal kapitalis ini secara drastik akan meninggalkan kesan ekonomi terhadap penduduk luar bandar dan memungkinkan jurang antara bandar dan luar bandar terus melebar.

MEB itu juga merupakan imbasan kembali kepada konsep pensyarikatan dan penswastaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri , di mana pihak kerajaan akan melepaskan kepentingannya sedikit demi sedikit dalam sektor perkhidmatan rakyat kepada pihak swasta. Walaupun pihak kerajaan memberikan jaminannya, akan tetapi rekod menunjukkan bahawa berlakunya pelepasan tangggungjawab kerajaan itu telah melahirkan satu monopoli baru sektor perkhidmatan yang akhirnya menekan ekonomi rakyat.

Apa yang diinginkan oleh rakyat bukannya peningkatan angka atau nilai peratusan pendapatan semata-mata, contohnya sasaran bagi meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun; tetapi yang diinginkan ialah kesan sebenar dari perubahan suasana masyarakat yang lebih kondusif dan selamat dari jenayah, sifar rasuah, akauntabiliti yang nyata serta struktur ekonomi yang lebih adil dan jauh dari tekanan politik sempit.

Selain dari itu juga, penerusan sikap kerajaan persekutuan yang tidak menghormati konsep federalisma dan demokrasi juga akan menjadi bom jangka yang akan menggagalkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri yang mungkin diperintah oleh parti yang berbeza dari parti di peringkat persekutuan akan menerima penindasan ekonomi dan dikekang pelaburan luar dengan semahunya oleh kerajaan persekutuan. Akibatnya objektif kesejahteraan yang ingin dicapai akan hanya menjadi retorik yang sedap didengar sahaja.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS


15 Rabiul Akhir 1431 / 31 Mac 2010

PIBG dan TPM

PAS Selar Muhyiddin Halang PIBG Bersuara
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.


Di Parlimen semalam, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.


PAS kesal dengan dasar dan pemikiran kecil beliau yang juga Timbalan Presiden Umno. PAS berpandangan bahawa PIBG juga adalah medium terbaik untuk para ibubapa dan guru menyampaikan pandangan mereka khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan. Malah mereka berhak untuk membincangkan atau memberikan pandangan terhadap dasar dan polisi pendidikan negara kerana itu semua akan memberikan kesan kepada anak-anak mereka.


Sepatutnya, pihak Kementerian Pelajaran menjadikan mereka rujukan utama sebelum sesuatu dasar itu diperkenalkan kerana mereka berhak dan lebih memahami keperluan pelajar dan anak-anak mereka.


Mesyuarat dan Konvesyen PIBG akan menjadi lebih matang dan dilihat berwibawa jika mereka mampu membincangkan soal-soal dasar dan polisi negara disamping tidak mengabaikan isu-isu dalaman sekolah mereka.


Jika mereka tidak diberikan ruang untuk bersuara, dimanakah mereka ingin membawa pandangan mereka. Tidak semua ahli PIBG terlibat dengan NGO atau parti Politik. Jadi, apa salahnya mereka mengunakan medium yang ada untuk menyampaikan pandangan.


Pandangan Muhyiddin ini jelas menunjukan Kerajaan BN tidak terbuka menerima teguran rakyat dan masih mengamalkan dasar pekak telinga. Mereka hanya melayan aduan atau pandangan yang selari dengan kehendak mereka, sedangkan pandangan yang tidak mengikut kehendak mereka diketepikan dan dianggap sebagai pandangan politik. Walhal isu yang disentuh jelas melibatkan isu pendidikan, bukannya politik. Kalau orang politik sekalipun, bila berbicara isu pendidikan, ia tetap isu pendidikan bukan isu politik dan tidak perlu dipolitikan. Ternyata beliaulah yang cuba mempolitikan isu ini, bukan PIBG.


PAS mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana membuktikan kebebalan dan keangkuhan Kerajaan BN pada rakyat.


PAS menawarkan kepada semua PIBG dinegara ini untuk menyampaikan pandangan mereka melalui wakil-wakil rakyat Pakatan jika BN sendiri sudah tidak mahu menerima pandangan mereka. PAS akan memastikan wakil-wakil rakyat Pakatan akan membawa isu mereka ke Parlimen dan sidang-sidang DUN. Pakatan tidak sesekali membiarkan rakyat terus menerus dinafikan hak dalam memberikan pandangan, dan perjuangan kita adalah suara rakyat.


PAS yakin rakyat akan memilih Kerajaan yang lebih baik dan lebih terbuka dalam pilihanraya akan datang dan Pakatan bersedia memberikan yang terbaik buat rakyat.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Lagi KPP Media

PAS Mahu Menteri Bertanggungjawab Terhadap Kerugian RM546 juta Pos Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan YB. Wee Choo Keong (Wangsa Maju) di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'. Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd). Pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?

PAS hanya melihat kes ini sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Pendedahan mantan pengerusi Pos Malaysia ini juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.

PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga niaga ini dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanal Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini. Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat