Saturday, April 04, 2009

UMNO: Amal Politik Baru atau Politik Lama ?

Mengulas perubahan politik UMNO dan pendekatan politik baru UMNO , adalah sekadar retorik dan slogan. Istilah dan pengisian istilah tersebut gagal dihayati apatah lagi jika kita melihat sendiri penterjemahan gerakerja mereka khas di Bukit Gantang.

Mereka tidak lagi mahu mengamalkan politik lama malah mereka mahu mengamalkan politik baru.
Politik lama mereka adalah seperti membaling botol kepada pimpinan lawan, buktinya politik lama mereka terburai apabila masih ada lagi yang membaling bootol air ke kenderaan Karpal Singah di Bukit Gantang baru-baru ini.

Sepatutnya politik baru mereka bersikap terbuka, berhemah, tidak menipu, memberi ruang sama rata, tiada projek mee segera atau taauhu, tiada rasuah, tiada ugut pengundi, tiada janji palsu dan bermacam-macam lagi. Dan banyak lagi politik lama yang patut tidak diamalkan. Namun kita lihat mereka melakukan perkara-perkara yang sama.

Rampasan Harakah & SK: Bibit-bibit kebencian rakyat ?

Disebalik pengumuman penarikan kembali pergantungan atau pengharaman 3 bulan Harakah dan Suara Keadilan. Ironisnya menteri Dalam Negeri dengan bangga serta angkuh mengeluarkan arahan supaya diambil tindakan terhadap 2 akhbar ini.

Sebelum pengumuman 24 jam Najib menjadi PM ke 6. Pihak penguatkuasa khas dihantar ke serata pelusuk Malaysia, tidak terkecuali di tempat tinggal penulis iaitu di Temerloh. Para peniaga Harakah khasnya memaklumkan pegawai khas di utuskan meninjau ke kedai mereka disamping merampas bahan jualan haram Harakah & SK. Terbit juga dalam tindakan para pegawai ini dengan perlakuan kasar, termasuklah dengan mengeluarkan kata-kata yang sama sekali melanggari adab dan tatasusila orang Timur. Jauh dihati kita dimanakah pendidikan Sivik, Moral dan Kewarganegaraan yang tersemai sejak di bangku sekolah sehingga ke Universiti. Maknanya dari segi praktikal jauh tidak menggambarkan mereka ini orang yang terdidik atau bertamadun para anggota penguatkuasa ini jika dibandingkan tindakan mereka tadi, walaupun menjunjung arahan orang atasan dengan sesempurna mungkin. Langsung tiada menggunakan kuasa budibicara langsung.

Setidaknya mereka sedar, inilah menjadi punca-punca kebencian rakyat (walupun kesnya kecil) tertanam kepada semua agensi yang dimilki kerajaan. Maka lahirlah sifat bangkangan rakyat terbanyak. Bagi orang berniaga khasnya peniaga kecil-kecilan 'semangat kebencian' kepada UMNO BN, cukup meluap-luap. Inilah satu advantage kepada barsian pembangkang. Jangan terkejut PRU 13, Pahang tumbang ke tangan PR. ALLhauakbar....

Harapan kepada Najib ?

Apa alasan pun tidak kira PAS atau siapa-siapapun akan menerima 'pembebesan semula' akhbar suara rasminya Harakah. Oleh kerana kita terikat dengan peraturan-peraturan yang dibuat, maka kita juga terikat dengan apa-apa yang mahu diambil tindakan. PAS atau mana-mana parti yang berhaluan lain, cuma caranya adalah merayu, paling tinggi adalah membantah serta memprotes.

Apa pun dalam kita bersama menghadapi kegawatan ekonomi, tindakan menutup penerbitan 2 akhbar suara rasmi pembangkang itu sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan rakyat. Kerancakan ekonomi terencat, ekonomi negara juga terjejas kehidupan rakyat terhimpit. Kajilah ikut manapun teori ekonomi, tindakan menutup sementara akhbar ini akan menjejaskan negara.
Tindakan lunak Najib sebelum 24 jam dilantik sebagai PM janganlah hanya dijadikan sebagai political mailage sahaja, setidak-tidak kita mahu beliau menkonsistensisasi tindakan beliau. Harap ada, percaya jangan!!!!

PAS sambut baik tarik balik larangan penerbitan Harakah

KUALA LUMPUR:PAS menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menarik balik larangan penerbitan sementara dua akhbar, Harakah dan Suara Keadilan sebagai petanda yang mampu menyuburkan semangat demokrasi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat Sallahuddin Ayob berkata langkah menarik balik larangan itu dilihat mengembalikan kepada yang hak yang sememangnya diberikan sebelum ini serta ia sememangya sepatut dilakukan oleh Najib yang baru memegang jawatan itu.

"Adalah diharapkan jika Perdana Menteri ingin menyuburkan lagi semangat demokrasi yang mungkin menjadi perkara yang dilakukan hari ini, kita berharap supaya akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diberikan permit harian," katanya ketika dihubungi di sini,semalam.

Walaupun Najib tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri malam ini tetapi diketahui umum bahawa Harakah dan Suara Keadilan telah digantung sementara penerbitannya.

Harakah dan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac lepas.

Salahuddin berkata tindakan Najib itu juga mampu menaikkan rating negara sebagai sebuah negara yang tinggi indeks demokrasi di dunia.

Mengenai tindakan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kajian semula akta itu, Salahuddin berkata sekiranya ruang yang terbentang sekarang ini digunakan sepenuhnya, ia merupakan satu harapan baru untuk mendapatkan impak yang lebih baik dalam menghapuskan ISA.

"Pembebasan 13 orang tahanan itu juga adalah satu permulaan ke tahap ISA dihapuskan. Akta yang sedia ada sudah cukup untuk menjaga keselamatan negara," katanya.BERNAMA

Friday, April 03, 2009

Gempar: Awas Tindakan luarbiasa Najib

Proses pemurnian imej Najib Razak. Selepas perlantikan beliau sebagai PM. Beliau bergegas bersama ahli keluarga dan kaum kerabat ke makam pahlawan tempat persemadian ayahanda beliau Tun Razak. Dan tidak sampai 24 jam dilantik sebagai PM Najib bertindak dengan mengarahkan penerbitan 2 buah akhbar ditarik balik serta merta. Seterusnya, serentak dengan itu 13 tahanan ISA dibebaskan. Ini adalah langkah-langkah beliau bagi mengembalikan imej dan memberi imej beliau sanggup berbuat apa sahaja demi kesejahteraan rakyat. Syabas Najib tapi ada makna.

Dalam hal ini, kejutan Najib lakukan itu belum pernah pendekatan seumpama ini dilakukan oleh PM terdahulu hatta oleh mentornya Dr M. Apa pun kita ucapkan terima kasih, tetapi terima kasih ada makna. Kita minta selepas ini Najib kembalikan PPSMI kembali guna bahasa Melayu. Biasiswa diberikan kembali kepada rakyat yang mahu melanjutkan pelajaran. Auku dimansuhkan dan bermacam-macam lagi yang perjuangannya ini belum selesai.

Hari esok, semua akhbar arus perdana semua bahasa akan melonjak memuji dan menyanjungi tindakan Najib. Gambaran negarawan bapanya terpalit kepadanya, sememangnya Najib jika dia mahu buat dia akan buat bersungguh-sungguh, tetapi AWAS......!!!!

Episod muram: Najib sah sebagai PM

Bermula episod malang dan muram Malaysia. Kerana hari ini hari bersejarah negara Malaysia menerima PM baru Najib Razak sebagai PM ke 6. Episod malang dan muram kerana cengkaman UMNO BN terhadap rakyat makin kuat. Khususnya bagi kumpulan yang tidak sehaluan dengan PM baru Malaysia ini. PM baru Malaysia ini akan bermentorkan bekas PM sebelumnya iaitu Dr M yang kini rapat kembali dengan UMNO dan bersama-sama UMNO kembali.

Kejutan PM baru Malaysia yang pertama ini, akan kita saksikan nanti dalam masa terdekat. Pendekatan liberal beliau dan halatuju negara berkiblatkan ke mana sahaja.Apakah tindakan pertama beliau bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO BN.

Najib : Dicerca atau tercerca ?

Antara PM yang dicerca rakyat sebelum naik menjadi PM adalah Najib. PM-PM sebelum ini, jarang mendapat cercaan rakyat dahulu mendahului upacara angkat sumpah mereka. Lain daripada lain kali ini adalah Najib. Kenapa dan mengapa Najib dicerca, rakyat, ada banyak sebab musababnya.

Walaupun hari ini dan hari sebelumnya akhbar arus perdana memuji-muji, mengangkat-angkat, menjulang-julangnya, tetapi ampuan mereka itu adalah terlalu minima sebelum nya. Sebelum-sebelum ini bakal2 PM terdahului dijulang oleh media bakal kepimpinan negara ini akhirnya akan menjadi negarawan hebat juga. Sebagaimana Pak Lah selepas mengambilalih daripada Dr M. Beliau diimejkan dengan watak putih. Tiada cacat, pendekata Pak Lah sebelum diangkat ke kerusi PM adalah manusia yang sempurna di mata rakyat. Soal lemah kepimpinan itu adalah persoalan kedua selepas itu.




Thursday, April 02, 2009

Zahid Hamidi: Dua alam dua wajah?

Beginilah rupanya barisan gandingan mantap. Beginilah rupanya orang yang menjaga agama dalam UMNO BN


http://www.tranungkite.net/v8/data/zahid.jpg

Muhyiddin: Yakin BN kembali kuat ?

Keyakinan dan optimisme Muhyiddin Yassin bahawa BN akan meraih kemenangan di 3 tempat pilihanraya kecil serentak pada 7 April adalah berkemunginan belaka sahaja. Beliau bercakap bersandarkan fakta-fakta berikut. Pertama dia yakin dirinya boleh memenangkan BN., beliau kini adalah pengarah jentera pilihanraya BN dan Timb Presiden UMNO. Kedua , pada Jumaat ini Najib akan diangkat sebagai PM ke 6 Malaysia. Ini adalah faktor sokongan terkuat belaka. Malah menurutnya keyakinan rakyat sudah rakyat kembalikan dengan perginya Pak Lah. Ketiga kembali BN berkemampuan kerana mantan PM Dr M sudah melutut ke pangkuan UMNO kembali, UMNO sekaligus menjadi terkuat sokongan oleh rakyat.

Atas asas UMNO mula berubah dan sedang menuju perubahan, maka dijangkakan rakyat kembali menyokong UMNO BN. Jelaslah Muhyiddin memperbudak-budak rakyat yang menjadi pengundi dalam memilih pemimpin. Manipulasi memperbodohkan rakyat dengan semua sumber yang menyokong seolah-olah bantuan sokongan inilah yang menjamin kemenangan BN. Beliau lupa perancangan strategi menipu dan pelbagai cara bakal berkubur. Ini kerana rakyat sudah ditipu selama 50 tahun lebih.




Faktor Mahathir, kepimpinan baru memihak BN?

TAIPING: Ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berasingan pagi ini berhubung isu peralihan kuasa kerajaan pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mempengerusikan mesyuarat Umno dan Barisan Nasional (BN) Bukit Gantang di Kamalodge dekat ini.

Hasil mesyuarat dua jam itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muyhiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) yakin kepimpinan baru diterajui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keeenam esok, akan membantu BN mencapai kemenangan pilihan raya kecil serentak kali ini.

Pengundian tiga pilihan raya kecil serentak berlangsung 7 April.

Di peringkat Perak, Muhyiddin yang kini mengetuai BN menghadapi cabaran ketiga-tiga pilihan raya kecil ini berkata, masyarakat umum khususnya para pengundi sudah mula menerima perubahan kepimpinan negara.

Ia dijangka memainkan peranan penting di samping penjelasan-penjelasan yang diberikan untuk menerangkan krisis politik semasa di Perak.

Umno Perak tidak melihat perkembangan di Perak buat masa sekarang sebagai krisis politik, sebaliknya hanya disifatkan sebagai "krisis kefahaman tentang Perlembagaan Negeri dan krisis budaya taat setia kepada raja sudah terhakis."

Di sebalik perkembangan itu, perubahan politik di peringkat kebangsaan dijangka membawa kelebihan kepada BN dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil ini.

"Di samping itu, mungkin harapan baru di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak) iaitu amat berkesan sekali, mereka sudah lihat, insya-Allah kita akan mendapat seorang Perdana Menteri baru, satu harapan barisan saf Kabinet yang baru, satu harapan baru.

"Jadi ini dirasakan oleh semua... jadi bagi saya ini, satu petanda yang amat menggalakkan... sebab itu mereka melihat ada kewajaran untuk balik semula (memberikan sokongan), memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional," kata beliau yang juga Timbalan Presiden Umno ketika ditemui di sini.

Ketika ditanya sama ada perubahan barisan kepimpinan akan membawa aliran sokongan menguntungkan BN, Muhydiddin yakin dengan situasi tersebut.

"Ini kerana mereka melihat pemimpin kita, bakal Perdana Menteri kita yang berwibawa,


Najib: Sayang seribu kali sayang UMNO

Soalan apakah benda-benda yang pelik di Malaysia. jawapannya apa? Ada 4 pembangunan wilayah, Salah. Lagi ? apa ada pusat judi terbesar di Asia, jawapan salah juga. Perkara terpelik nya ialah para perwakilan boleh bersetuju, bersepakat diam apabila berpresidenkan seorang 'pembunuh', berketuakan orang yang merasuah, berkepalakan orang yang rosak akhlaknya. Mereka diam, tidak membantah. Adat Melayunya diam tanda bersetuju. Maka bersetuju itu sama dosa pahala dengan atas apa yang disetujuinya. Justeru, dalam kes ini perwakilan/ahli UMNO setuju lantik pemimpin/ketua serupa itu.

Tuan-tuan cuba bayangkan, negara kita agama rasmi nya agama Islam, pemimpinnya pula beragama Islam yang Melayunya cukup tersohor. Kita pengasas Pertubuhan Negara Negar Islam (OIC). Kita bangga dengan kelahiran Kesultanan Melayu Melaka, Melaka waktu itu sebagai pusat perdagangan dan pusat perkembangan Islam di Nusantara. Tetapi dalam memilih ketua sekaligus akan menjadi PM Malaysia yang yang sudah buruk akhlak, rosak segala-galanya. Watak beliau sebelum menjadi Presiden UMNO dan bakal PM sudah hitam.

Maka kesimpulan mudah, ahli/perwakilan UMNO berdiri atas prinsip apa khususnya dalam memilih pemimpin. Apa yang UMNO cuba bawa dan perjuangkan, maknanya cakapnya tidak serupa bikin. Tiba masa bercakap mereka mengusulkan mereka boleh kata kita (UMNO) kena dekat dengan ulama. Bukan ulam? Dalam ketika yang sama mereka bercakap berdegar-degar mahu membenteras politik wang walaupun yang sebenarnya itu adalah rasuah

Blog pro UMNO: Rosak lagi merosakkan ?

Penulis terkejut dengan terjumpanya blog-blog yang mencerca Anwar dan Ir Nizar. Blog ini hampas, blog yang tidak menunjukkan kematangan termasuk dengan diri penulis blog tersebut berserta juga dengan ideologi fahaman penulis blog yang dokonginya.

Sebenarnya itulah imej dan gambaran sebenar , hati budi fahaman assabiyyah UMNO BN yang hilang segala-galanya. Sehinggakan cara gaya pendokong dan penyokongnya macam bebudak Tadika. Fanatiknya penulis blog dengan UMNO sangat hodoh dan sangat memualkan, sehingga apa yang ingin dibawanya adalah hampas belaka.

Wednesday, April 01, 2009

Anwar dan ceramahnya !!!

Kempen sulung Anwar tidak sentuh kes Altantuya

PATUH... Anwar tidak menyentuh isu berkaitan wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.

SUNGAI PETANI: Ceramah pertama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Selambau di sini, malam tadi berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini serta tanpa menyentuh isu-isu yang dilarang polis iaitu mengenai wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.

Ceramah beliau yang diadakan di dua tempat berasingan bagi kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Anwar dalam ucapannya memfokuskan kepada isu-isu yang sering dilaung-laungkan sebelum ini iaitu yang menyentuh tentang kaum India termasuk insiden kematian tahanan lokap, A Kugan,lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta kesengsaraan penduduk akibat sikap rakus pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Semalam, polis dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran supaya isu Altantuya dan keputusan Sultan Azlan Shah dalam isu politik Perak tidak disentuh semasa berkempen oleh mana-mana parti politik di tiga pilihan raya kecil iaitu di DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira dari parti politik yang didapati mengapi-apikan atau mengeluarkan kata-kata yang dianggap sebagai menghasut.

Walaupun isu Altantuya yang sering disebut-sebut Anwar di dua pilian raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tidak disentuh semalam, namun ia tetap disentuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyampaikan ceramah sebelum beliau malam tadi iaitu N Gobalakhisnan, Wan Abdul Wahid Endut dan Saifuddin Nasution.

Ceramah yang bermula jam 10 dan berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam berlangsung dengan aman dan dalam kawalan pihak berkuasa.

Hal ini berbeza dengan ceramah beliau pada 24 Mac lalu yang terpaksa dibatalkan apabila pihak polis terpaksa menyuraikan penonton-penonton yang hadir dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana diadakan tanpa permit polis.

Anwar dalam ucapannya menjelaskan, walaupun pemilihan calon PKR, S Manikumar mendapat tentangan segelintir pihak termasuk dari dalam PKR sendiri, namun Manikumar dikatakan sebagai calon yang paling layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat di Bukit Selambau.

"Dia ni ada kebolehan, cerdik dan boleh diangkat sebagai pemimpin India yang akan menjadi Exco kerajaan negeri.

"Ya, memang dia tidak ada pengalaman, baru 35 tahun tetapi kita tahu dia bersih sebab kita sudah interview dia selama dua jam bagi memastikan dia bersih daripada rekod jenayah," katanya.

Pak Lah yang mengecewakan ?

Pak Lah PM yang mengecewakan. Banyak pihak yang dikecewakan olehnya. Jika dahulu Dr M, kini rakyat. Walaupun telah didesak dan diberi pandangan oleh banyak pihak merasakan proses peralihan kuasa daripada Pak Lah ke Najib tidak akan berlaku dalam masa terdekat ternyata meleset. Andaian kita, setidak-tidak harapan rakyat terbanyak ia ditangguhkan buat seketika. Namun tidak kesampaian. Kebimbangan banyak pihak ke atas Najib berserta dengan bebenan yang dibawa bersama sukar rakyat terima.

Kes wanita Monggolia yang belum selesai, isu kapal selam, isu Perak antara beberapa contoh bebanan Najib berada di kerusi PM. Selain itu, barisan MT UMNO yang rendah nilai moral terpilih jua adalah gambaran mega bakal barisan kabinet wawsan Najib. Mana mungkin orang yang ternyata mencabul ada dan dipilih dalam barisan MT UMNO. Bagaimana rasanya, kita yang bukan UMNO melihat orang sebaik Sharir Samad tidak terpilih dalam barisan MT UMNO.

Kerakusan menyentap institusi-institusi terpenting akan diperlihatkan selepas ini, inilah cara gaya kepimpinan Najib yang bermentorkan Dr M. Jelas kita akan menerima kediktatoran kepimpinan PM ke 7 nanti ????

Najib angkat sumpah PM Jumaat ini: KSN

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Sidek berkata Tuanku Mizan juga berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Najib bersama-sama menghadap Seri Paduka jam 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Mohd Sidek berkata Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan itu semasa majlis menghadap oleh Abdullah sebelum mesyuarat jemaah Menteri pagi ini.



"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April di Istana Negara," menurut kenyataan itu. - Bernama

Rasuah: Antara definisi sebenar dgn UMNO

Nilai dan penilaian rasuah daripada sudut kaca mata UMNO BN. Pada UMNO rasuah sebenar atau tulen jadi rasuah bila mana-mana orang bukan UMNO memberikan duit kepada orang lain. Amalan ini didefinisikan sebagai rasuah. Amalan rasuah tidak jadi rasuah atau gugur rasuahnya bilamana UMNO yang memberikan wang dan segala-gala, lalu rasuah ditukar menjadi 'politik wang'. Ini namanya bukan rasuah. Segala-galanya akan menjadi rasuah, jika UMNO kata rasuah. Selagi UMNO kata bukan rasuah, ia tidak jadi rasuah.

Sedarlah, sebenar-benarnya UMNOlah yang mempermainkan dan mempermudah-mudahkan rasuah dan nilaian rasuah. Sedangkan dalam Islam jelas ALlah SWT menyatakan, 'orang yang memberi dan menerima rasuah' maka api nerakalah jawabnya.' Lihatlah betapa Islam dipermainkan, islam dipermudah-mudahkan dan Islam diremeh temehkan. UMNO menyenda-nyendakan Islam. Meremehkan ajaran agama. Memperagung-agong dan memperhebatkan mereka. Sedangkan Islam mahukan umat islam pegang Islam secara bersungguh-sungguh. Islam sampai kepada kita. Bayangkan bagaimana Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyampaikan Islam. Dengan mengadai nyawa. Begitu juga dengan isterinya Khadijah yang kaya raya waktu itu, semasa akhir hayat licin hartanya, semua kerana Islam.


Tuduhan rasuah, Ngeh pertahan Nizar

IPOH - Pakatan Rakyat (PR) semalam menafikan kenyataan bahawa calon Pas untuk Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi rasuah sebanyak RM30,000 kepada pegawai khas Ahli Parlimen Bruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pada satu sidang media khas di Wisma DAP di sini, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, isu RM30,000 ditimbulkan dua hari lalu dalam satu ceramah Barisan Nasional (BN) di Taman Kaya.

“Penceramah itu, Hamzah Taha berkata, dia mempunyai bukti (surat) yang menyatakan Nizar telah mengeluarkan surat bahawa telah memberikan wang RM30,000 kepada pembantu khas saya Jason.

“Ingin saya jelaskan bahawa wang RM30,000 itu diberikan kepada Jawatankuasa Tanah Orang Asli untuk membolehkan Orang Asli membuat persiapan mengadakan satu konvensyen yang dijadualkan pada 1 Mac 2009.

“Bagaimanapun kerana jawatankuasa ini masih baru dan tidak mempunyai akaun, wang itu akan disalurkan melalui Jason yang merupakan orang yang sentiasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dikendalikan oleh Orang Asli dan paling rapat dengan mereka.

“Jason juga merupakan orang yang membantu jawatankuasa ini untuk mengadakan konvensyen yang telah dijadualkan untuk diadakan di Stadium Indera Mulia.

“Bagaimanapun wang itu belum diberikan kepada Jason. Segala persiapan permulaan untuk konvensyen yang mengumpulkan Orang Asli dari seluruh negeri telah dilakukan dan Jason telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak RM10,000,” katanya.

Koo Ham berkata, surat yang dikeluarkan kepada Jason ialah mengikut undang-undang dan Penasihat Undang-undang Negeri juga maklum mengenai tindakan berkenaan.

Menurutnya, jika wang itu diberikan kepada Jason seharusnya satu perjanjian telah dibuat iaitu jika wang RM30,000 itu disalah gunakan, pihak kerajaan negeri boleh mengambil wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jason sebagai ganti rugi.

“Tetapi situasi itu tidak wujud. Apa yang kami buat adalah untuk kepentingan Orang Asli agar konvensyen yang kami lakukan boleh memberi ruang dan membuka peluang perhubungan sesama Orang Asli di negeri ini.

“Seharusnya kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Dr Zambry yang memberikan jawapan kenapa pihaknya tidak membenarkan konvensyen itu berjalan seperti yang dirancang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Tanah Orang Asli, Tijah Yok Chopil yang turut hadir memberikan amaran kepada mana-mana parti politik di negeri ini agar tidak menggunakan sentimen Orang Asli untuk memancing undi.

“Selama 52 tahun merdeka, kebajikan kami telah diabaikan dan ini merupakan julung kalinya kami diberikan penghargaan dan peluang untuk menganjurkan konvensyen kami sendiri, tetapi itu pun telah dibatalkan.

“Kami bukan menyokong mana-mana parti politik di negara ini, tetapi saya harap jangan ada pihak yang menggunakan nama Orang Asli sebagai satu cara untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.

Tijah juga mengakui maklum dengan peruntukan RM30,000 yang diberikan oleh kerajaan PR kepada Orang Asli untuk tujuan konvensyen berkenaan.

“Wang itu diberikan sebagai perbelanjaan makan minum serta pengangkutan untuk membawa perwakilan Orang Asli dari 33 buah kampung. Kami juga maklum bahawa wang itu disalurkan melalui Jason,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah seorang lagi ahli jawatankuasa Tanah Orang Asli, Bahtony Hunt yang juga mengakui maklum dengan proses pemberian wang berkenaan.