Wednesday, April 01, 2009

Pak Lah yang mengecewakan ?

Pak Lah PM yang mengecewakan. Banyak pihak yang dikecewakan olehnya. Jika dahulu Dr M, kini rakyat. Walaupun telah didesak dan diberi pandangan oleh banyak pihak merasakan proses peralihan kuasa daripada Pak Lah ke Najib tidak akan berlaku dalam masa terdekat ternyata meleset. Andaian kita, setidak-tidak harapan rakyat terbanyak ia ditangguhkan buat seketika. Namun tidak kesampaian. Kebimbangan banyak pihak ke atas Najib berserta dengan bebenan yang dibawa bersama sukar rakyat terima.

Kes wanita Monggolia yang belum selesai, isu kapal selam, isu Perak antara beberapa contoh bebanan Najib berada di kerusi PM. Selain itu, barisan MT UMNO yang rendah nilai moral terpilih jua adalah gambaran mega bakal barisan kabinet wawsan Najib. Mana mungkin orang yang ternyata mencabul ada dan dipilih dalam barisan MT UMNO. Bagaimana rasanya, kita yang bukan UMNO melihat orang sebaik Sharir Samad tidak terpilih dalam barisan MT UMNO.

Kerakusan menyentap institusi-institusi terpenting akan diperlihatkan selepas ini, inilah cara gaya kepimpinan Najib yang bermentorkan Dr M. Jelas kita akan menerima kediktatoran kepimpinan PM ke 7 nanti ????

Najib angkat sumpah PM Jumaat ini: KSN

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Sidek berkata Tuanku Mizan juga berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Najib bersama-sama menghadap Seri Paduka jam 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Mohd Sidek berkata Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan itu semasa majlis menghadap oleh Abdullah sebelum mesyuarat jemaah Menteri pagi ini.



"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April di Istana Negara," menurut kenyataan itu. - Bernama

No comments: