Thursday, April 02, 2009

Muhyiddin: Yakin BN kembali kuat ?

Keyakinan dan optimisme Muhyiddin Yassin bahawa BN akan meraih kemenangan di 3 tempat pilihanraya kecil serentak pada 7 April adalah berkemunginan belaka sahaja. Beliau bercakap bersandarkan fakta-fakta berikut. Pertama dia yakin dirinya boleh memenangkan BN., beliau kini adalah pengarah jentera pilihanraya BN dan Timb Presiden UMNO. Kedua , pada Jumaat ini Najib akan diangkat sebagai PM ke 6 Malaysia. Ini adalah faktor sokongan terkuat belaka. Malah menurutnya keyakinan rakyat sudah rakyat kembalikan dengan perginya Pak Lah. Ketiga kembali BN berkemampuan kerana mantan PM Dr M sudah melutut ke pangkuan UMNO kembali, UMNO sekaligus menjadi terkuat sokongan oleh rakyat.

Atas asas UMNO mula berubah dan sedang menuju perubahan, maka dijangkakan rakyat kembali menyokong UMNO BN. Jelaslah Muhyiddin memperbudak-budak rakyat yang menjadi pengundi dalam memilih pemimpin. Manipulasi memperbodohkan rakyat dengan semua sumber yang menyokong seolah-olah bantuan sokongan inilah yang menjamin kemenangan BN. Beliau lupa perancangan strategi menipu dan pelbagai cara bakal berkubur. Ini kerana rakyat sudah ditipu selama 50 tahun lebih.




Faktor Mahathir, kepimpinan baru memihak BN?

TAIPING: Ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berasingan pagi ini berhubung isu peralihan kuasa kerajaan pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mempengerusikan mesyuarat Umno dan Barisan Nasional (BN) Bukit Gantang di Kamalodge dekat ini.

Hasil mesyuarat dua jam itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muyhiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) yakin kepimpinan baru diterajui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keeenam esok, akan membantu BN mencapai kemenangan pilihan raya kecil serentak kali ini.

Pengundian tiga pilihan raya kecil serentak berlangsung 7 April.

Di peringkat Perak, Muhyiddin yang kini mengetuai BN menghadapi cabaran ketiga-tiga pilihan raya kecil ini berkata, masyarakat umum khususnya para pengundi sudah mula menerima perubahan kepimpinan negara.

Ia dijangka memainkan peranan penting di samping penjelasan-penjelasan yang diberikan untuk menerangkan krisis politik semasa di Perak.

Umno Perak tidak melihat perkembangan di Perak buat masa sekarang sebagai krisis politik, sebaliknya hanya disifatkan sebagai "krisis kefahaman tentang Perlembagaan Negeri dan krisis budaya taat setia kepada raja sudah terhakis."

Di sebalik perkembangan itu, perubahan politik di peringkat kebangsaan dijangka membawa kelebihan kepada BN dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil ini.

"Di samping itu, mungkin harapan baru di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak) iaitu amat berkesan sekali, mereka sudah lihat, insya-Allah kita akan mendapat seorang Perdana Menteri baru, satu harapan barisan saf Kabinet yang baru, satu harapan baru.

"Jadi ini dirasakan oleh semua... jadi bagi saya ini, satu petanda yang amat menggalakkan... sebab itu mereka melihat ada kewajaran untuk balik semula (memberikan sokongan), memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional," kata beliau yang juga Timbalan Presiden Umno ketika ditemui di sini.

Ketika ditanya sama ada perubahan barisan kepimpinan akan membawa aliran sokongan menguntungkan BN, Muhydiddin yakin dengan situasi tersebut.

"Ini kerana mereka melihat pemimpin kita, bakal Perdana Menteri kita yang berwibawa,


No comments: