Tuesday, October 02, 2007


Perkhidmatan bas percuma di Seremban....Syabas Majlis Perbandaran Seremban (MPs) . Anda adalah organisasi yang perihatin dan proaktif , bila lagi MPKB, bila lagi DBKL, bila lagi DBI ? Soal kesesakan yang mengila dan gila ini amat memuncak menjelang 10 Ramdhan fasa 3 sampai. Persiapan umat Islam memperlengkapkan kelengkapan hari raya khususnya kepada anak-anak usahlah dikira. Justeru kita janganlah menyalahkan ibubapa yang saat-saat ini dan terakhir baru nak menyediakan kelengkapan, kerana manusia ini ada bermacam-macam alasan dan sebab, malah ada jenis suka tunggu saat-saat terkahir.
Semalam, dua anak beranak meninggal di Kota Kuala Muda bapanya beruisa 42 tahun dan anak lelaki 18 tahun, turun ke laut dalam keadaan cuaca tidak menentu kerana kita faham ' mahu menunaikan tuntutan' kepada anak-anak menjelang hari raya dan menjadi tanggungjawab bapa tersebut. Al Fatihah
Berbalik dengan MPs, diberitakan orang ramai yang ingin berurusan di bandar Seremban kini boleh menggunakan dua buah bas 'shuttle' secara percuma yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPs) mulai hari ini.Yang Dipertua MPS Datuk Abdul Halim Abdul Latif berkata selain memberi kemudahan kepada orang ramai, perkhidmatan itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan pusat bandar.

"Orang ramai boleh memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di mana-mana lokasi pengambilan penumpang dan menaiki bas 'shuttle' ke destinasi pilihan di sekitar bandar ini," katanya kepada pemberita hari ini.Perkhidmatan itu dikendalikan oleh Nadi Corp Sdn Bhd manakala kosnya ditanggung oleh MPS.Perkhidmatan itu beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 8 malam.

Perkhidmatan bas itu bermula di Terminal 1 dan melalui Jalan Sungai Ujong, Jalan Tuanku Munawir, Jalan Datuk Sheikh Ahmad, Jalan Datuk Bandar Tunggal, Jalan Kapitan Tam Yeong, Jalan Datuk Hamzah, Jalan Za'aba, Jalan Gan Tam, Jalan Tuanku Antah, Muzium Negeri, Taman Seni Budaya, Jalan Labu Lama, Jalan Lintang dan kembali semula ke Terminal 1. BERNAMA

Kelapa naik harga pulok !!!!

Bonus sempena Ramadhan kepada pengguna dan hari raya bakal menjelang. .....Harga kelapa pula melonjak melebihi paras siling. Apa nak buat kelapa kat Malaysia, nampak gaya kaya raya dan raya lah pemilik ladang serta pekebun kelapa khasnya , kerana mereka pun dapat bonus juga tu.. maknanya sama-sama bersyukur dan berterima kasih, boleh faedah juga.
Ikutilah laporan akhbar pada hari ini. Dalam UM dan BH tidak ada berita macam ni oi.

Baru-baru ini pengguna dikejutkan dengan harga ayam naik dengan mendadak, kini harga kelapa pula dinaikkan dengan tiba-tiba daripada tujuh sen hingga 15 sen sebiji atas alasan pembekal menaikkan harga.

Tinjauan Bernama di Pasar Chow Kit hari ini mendapati beberapa peniaga kelapa di situ telah menaikkan harga kelapa parut daripada RM3 sekilogram, harga siling yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kepada RM3.50 sekilogram.

Peniaga Mazlan Hanifiah, 35, berkata pembekal kelapa mula menaikkan harga kelapa daripada 60 sen sebiji kepada 75 sen sebiji, dan harga itu berkemungkinan dinaikkan lagi.

Walaupun masih menjual kelapa parut biasa pada RM3 sekilogram, beliau menjangka terpaksa menaikkan harga santan kepada RM4 sekilogram dan harga kelapa parut putih kepada RM3.50 sekilogram."Harga kelapa yang dinaikkan oleh pembekal menyebabkan kami terpaksa menaikkan harga," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Wasri Satwi, 36, yang berniaga santan dan kelapa di pasar itu sejak 15 tahun lepas berkata walaupun masih belum menaikkan harga barangannya, beliau yakin terpaksa menaikkan harga santan kepada RM3.80 sekilogram menjelang raya nanti berikutan kekurangan bekalan.

"Bekalan mungkin tak cukup, sekarang pun saya cuma dapat 1,500 biji sedangkan saya tempah 3,000 biji," katanya, yang memperolehi bekalan kelapa dari Bagan Datoh, Perak. Dilema yang sama turut dikongsi oleh Siti Zubaidah Rajab, 30, yang menyifatkan masalah itu berpunca daripada pembekal atau orang tengah yang ingin mengaut keuntungan lebih."Saya mungkin dapat harga yang lebih murah sebab saya mengangkut kelapa dengan lori saya sendiri, tapi harganya tetap naik dari 55 sen kepada 62 sen sebiji," katanya.

Mengenai bekalan untuk hari raya, Siti Zubaidah berkata bekalan agak kurang sekarang, tapi beliau telah bersiap sedia dengan meletakkan wang cagaran kepada pembekal bagi memastikan bekalan kelapa yang cukup diperoleh untuk hari raya nanti. BERNAMA

Dungu punya menteri BN ?

Soal bayar atau tidak bayar tidak berbangkit, begitulah alasan pengguna lebuhraya kenderaan lain terhadap penunggang motosikal kot. Ke ada yang tidak setuju !!! Jika mahu diikutkan mereka juga manusia, mereka juga perlukan jalanraya untuk bergerak, mereka juga membayar cukai (khususnya) yang berkuasa tinggi motosikalnya, malah cukai jalannya lebih besar daripada sesetengah pengguna kendraan yang lain.
Persoalan, yang salah adalah sikap, sikap pula lahiir daripada didikan, justeru untuk atau bagi mendapat didikan yang sempurna perlulah juga satu sistem pendidikan yang baik. Pancaran didikan baik atau tidak baik terjelma macam manakah sisitem pendidikan yang diterima oleh penunggang motosikal. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan lah yang perlu menyediakan sistem pendidikan.

Motosikal akan diharamkan dari lebuhraya jika berlumba...... Apalah punya menteri macam ni. Logiklah sikit masa naik guna lebuhraya kalau dah 110km speed tak berluma ka !!!!! Kalau dah berkonvoi ramai-ramai jadi lumbalah tu. Wei logik sikitlah... macann

Setelah melihat sendiri empat penunggang motosikal berkuasa besar berlumba di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu berkata kerajaan mungkin mengharamkan motosikal daripada menggunakan lebuh raya itu jika mereka ini mengancam nyawa pengguna lain. Beliau berkata langkah drastik itu terpaksa diambil jika penunggang motosikal terus mengabaikan undang-undang umpamanya dengan menggunakan lebuh raya untuk berlumba.

"Sekarang kita tidak hadkan motosikal guna lebuh raya tetapi kalau mereka tidak ikut peraturan, kita akan larang motosikal daripada lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas melawat projek menaik taraf Jalan Ipoh-Lumut di Bota dekat sini hari ini.

"Semalam saya lihat penunggang motosikal besar di PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan), bawa laju hingga 170 kilometer sejam. Mereka tidak ikut peraturan hingga ada empat orang (motosikal) bersaing dalam dua lorong. "Saya ingin beri amaran (lebuh raya) bukan tempat perlumbaan motosikal. Saya akan jumpa persatuan (pemilik) motosikal dan beri nasihat, kerana kalau mereka tidak mahu ikut, kita akan haramkan motosikal daripada PLUS," katanya.

Samy Vellu berkata kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dengan menguatkuasa pelbagai peraturan serta pendekatan dan penunggang motosikal perlu mematuhinya kerana ia bertujuan menjaga keselamatan mereka dan pengguna lain. Beliau berkata penunggang motosikal perlu menghormati pengguna lain di lebuh raya yang terpaksa membayar tol bagi melalui lebuh raya sedang mereka menggunakannya dengan percuma.

"Orang lain bayar, dia tak bayar...guna percuma, kena jaga sikit," katanya. BERNAMA
Lihat UMNO dan orang-orang yang mendukong UMNo sentiasa dan rasakan diri mereka besar di mana-mana. Dalam kes Kafa (Persatuan Bolasepak Kelantan ) yang muflis mereka masih berdegil dan berlagak , UMNO dan FAM buat keras diri saje. Kata-kata hadis keramat Melayu , jika bertemu dengan kes seumpam ini tentulah akan keluar hentaman dan cemuhan ini iaitu ' di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung' Malah dalam kes ini tidak terpakai pun, malah depa ni buat-buat bodoh sombong. Kalau orang lain lama dah kena hentam, kes ini agaknya jadi isu besar media.
Berbalik dalam kes ini, tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri bawah PAS , makna nya tiada sentimen parti bila dah jadi kerajaan. Menunjukkan kerajaan Kelantan ini adalah kerajaan pada semualah katanya ...Nik Aziz tetap minat jawatan presiden Kafa.

Kerajaan negeri Kelantan masih membuka tawaran kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menyerahkan jawatan presiden persatuan itu kepada Menteri Besar sebagai satu cara menangani masalah kewangan yang dihadapinya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Kelantan masih mengharap pimpinan Kafa menimbang sekali lagi tawaran itu demi kepentingan bola sepak.
"Walaupun pernah sekali ditolak, kami harap pimpinan Kafa dapat fikir masak-masak dan timbangkanlah semula cadangan ini. Kami tidak pernah tutup cadangan ini.

"Kerajaan negeri tidak ada maksud lain selain mahu membantu meningkatkan mutu bola sepak Kelantan," katanya kepada Bernama di sini.

Takiyuddin yang juga pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia dan Presiden PBSMM Kelantan berkata kerajaan negeri mempunyai kekuatan dari segi ekonomi untuk mengendalikan persatuan itu.
Beliau berkata cadangan itu dilihat mampu memulihkan masalah kekurangan sumber kewangan yang dihadapi Kafa sejak kebelakangan ini, masalah yang secara langsung telah menjejaskan prestasi bola sepak Kelantan.
"Kelantan pernah menjadi antara negeri yang terkuat dalam sukan bola sepak, kami rasa malu bila Kelantan kini berada di belakang kerana masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan," katanya.

Takiyuddin berkata bagi menunjukkan kesungguhan dalam hal itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah wang bagi membiayai pembangunan sukan bola sepak Kelantan dalam Bajet 2007.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan peruntukan lebih besar disalurkan kepada sukan itu sekiranya pengurusannya dikendalikan kerajaan negeri.

Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Presiden Kafa, Mohd Jazlan Yaakob dalam pertemuan yang diadakan sebelum ini.
"Kami mempunyai keupayaan untuk membayar gaji pemain dan pihak yang terlibat dengan pengurusan persatuan. Memang menjadi hasrat Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri untuk membangunkan bola sepak Kelantan.

"Saya sudah bincang dengan saudara Jazlan, kalau Kafa diserahkan kepada kerajaan negeri, setakat RM1 juta tu kita boleh bagi senangsenang. Bilabila masa pimpinan Kafa boleh jumpa dengan saya untuk bincang perkara ini," katanya. BERNAMA

Tol Naik Lagi awal Januari 2009

Tol naik lagi 10%, ayam naik juga selepas kawal..selia dan boikot pengguna. Kini minyak akan naik, diberitkan kepala udah pun naik
.Akhbar The Star melaporkan:Malaysians can expect a 10% increase in toll rates, with eight concessionaires raising their charges from Jan 1 next year, said Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu.Bermakna mulai 1 Januari ini iaitu kira-kira 3 bulan dari sekarang, sebanyak 8 pemegang konsesi lebuhraya akan menaikkan kadar tol masing-masing sebanyak 10%.
Maknanya sekarang ini , kerajaan 'gagal' mengawal dan memikirkan cara-cara untuk memihara kebajikan rakyat. Inilah satu kegagalan yang paling memuncak bawah kepimpinan Pak Lah sebagai PM Malaysia.
Rakyat, janganlah anggap kenaikan harga barang adalah sebagai fenomena biasa, sikap tak apa! sikap biarlah, sikap macam mana nak tahan barang dah nak naik, memaparkan mentaliti lemah khasnya orang Melayu, berserta dengan kemarahan cara 'hangat-hangat tahi ayam'. Kita menyeru dengan penuh sedar , bagi yang menyokong dulu supaya alihlah sokongan anda kepada pasukan yang lain dan kumpulan yang lain. Bagi yang berada atas pagar alihlah, kerana kita sama-sama tiada kepentingan atas sokongan tidak berbelah bagi tu. Yang kita dapat ni lah...
Bagi pendokong UMNO payah lah sikit, kerana mereka tetap dukong sehingga hari kiamat kot. Kalau tak kiamat lagi pun kiamat kecil bagi mereka (matilah) . Sikap acuh tak acuh khusunya orang kita )Melayu) menjadikan UMNo sebagai pemenang cukup sukar difikirkan , lahir juga 'keselesaan' mereka mengundi UMNo sehingga tidak terfikir dan mahu fikirkan bumi ini ada yang menjadikan. Bumi ini bukan milik UMno....Ubah lah tok-tok wan oi.

UMNO bohongi lagi untuk WPI ?

Bawah jaminan Umno iaitu (bukan kerajan) akan pastikan WPI tak hilang jati diri Melayu ? Adalah satu pembohongan besarlah tu!!! Inilah bermula satu penyerahan wilayah selatan tanahair kepada Singapura. Kini sebelum WPI pun 'berapa' banyak hartanah yang jatuh ketangan rakyat Singapura, tanya terus orang Johor Selatan dan duduk buat survey sendiri di Tambak Johor.
Ikutilah kenyataan dan episod pembohongan UMNO kepada rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Kita jangan dipatuk dua kali, dan jangan kubur kita dikencing oleh cucu dan cicit kita kelak. Sila baca maklumat di bawah dan laporan akhbar tentang WPI ini dan fikir-fikirkan lah sebelum kita terlambat , ubah lah kerajaan yang ada segera. Jangan kita untung sekarung(sejabil sahaja) rugi berguni-guni !!!!!

Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno akan memastikan pelaksanaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di kawasan seluas 2,200 kilometer persegi di Selatan Johor selaras dengan jiwa dan naluri ahli parti itu. Sehubungan itu, katanya, Umno berdepan cabaran bagaimana parti itu boleh mengolah WPI supaya selaras dengan falsafah perjuangan parti yang mahukan pembangunan dan pemodenan tanpa menghilangkan jati diri parti dan orang Melayu terutama di Johor. “Inilah cabaran semua ahli Umno, terutama di Johor,” katanya selepas Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Wanita Umno Johor di Saujana, kediaman Menteri Besar Johor di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Abdul Ghani, Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Mohamed Shadique, pemimpin Umno serta komponan Barisan Nasional (BN). Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, Timbalan Perdana Menteri menunai solat Isyak dan solat sunat tarawih sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli parti dan orang Melayu perlu mempunyai kemampuan menjaga kepentingan Bumiputera pada peringkat negeri dan negara supaya pembangunan di WPI tidak menghakis kepentingan mereka.

“Insya-Allah, kita semua akan pastikan, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor yang bertindak sebagai pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar serta saya sebagai pengerusi alternatif kepada Perdana Menteri akan membantu Perdana Menteri merealisasikan hasrat mengolah pembangunan itu selaras jiwa dan naluri kita sebagai ahli Umno,” katanya. Najib berkata, sejak dilancarkan November tahun lalu, WPI sudah mendapat perhatian pelabur terutama negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang baru-baru ini bersetuju melabur RM4.1 bilion membeli tanah dan kos membina infrastruktur projek bandar raya antarabangsa bersepadu di Nusajaya. “Dua malam lalu, saya bercakap dengan ketua Konsortium yang diterajui Mubadala Development Company bertindak sebagai Master Concessionaire and Land Developer (MCLD) bagi pembangunan kluster Gaya Hidup dan Santai bernilai RM1.8 bilion bahawa syarikat itu sudah melantik arkitek dan perancang pelan induk untuk memulakan kerja merealisasikan pelaburan mereka, “ katanya. Mubadala membangunkan kawasan seluas 502 hektar mengandungi Pusat Bandar Raya, Perkampungan Golf, Teluk Hiburan, Daerah Penduduk dan Perkampungan Perubatan dan Kesihatan. Al Nibras 2 Limited, iaitu dana yang dikendalikan anak syarikat Kuwait Finance House, Kuwait Finance House (Labuan) Berhad, pula bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan kluster Kebudayaan bernilai RM1.2 bilion. Kluster di kawasan seluas 250.9 hektar itu mengandungi Perkampungan Logistik, Taman Kreatif dan Daerah Warisan. Millenium Development International Company (MDI) - syarikat Kumpulan Saraya Holdings bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan Zon Wilayah Kewangan bernilai RM1.1 bilion di kawasan seluas 147.7 hektar.

Guna Duit Sendiri Lawatan Ke Luar Negara ?

Membaca kenyataan MB Selangor bawah tajuk ...Lawatan Adun guna duit sendiri. Adalah cukup melegakan , kalau betul inilah satu pengaakuan yang jujur dan 'ikhlas' MB Selangor, dan beliau memang benar-benar berkhdmat untuk rakyat. Tapi .... kita ingin bertanya pula 'rombongan' yang sedang mengiring Pak Lah ke PBB termasuk ahli Parlimen Bera ' sedang berkampung' di New York sehingga 28 Ramadhan ( jumlah hari 13 hari berada di sana) , guna duit sendiri ? Walluhalam bilsawab ... Harap-harap mereka gunakan duit sendirilah. Lama betul Pak Lah mengkaji , mendraf, menulis dan membuat ucapan. Maklumlah beliau adalah Panglima Islam Hadhari katakan ....


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan dakwaan kerajaan Selangor menanggung keseluruhan kos lawatan sambil belajar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu ke Silk Road di China. Sebaliknya, beliau berkata, lawatan itu ditanggung sendiri setiap Adun yang mengikuti lawatan berkenaan. “Ini adalah lawatan sambil belajar yang digalakkan kerajaan negeri untuk membolehkan Adun di Selangor mempelajari program kecantikan dan kebersihan di tempat yang dilawati.

"Saya tidak pasti ke mana mereka pergi setiap tahun, tetapi mereka digalakkan untuk mengikuti lawatan sambil belajar seperti itu. "Ia dianjurkan Barisan Nasional (BN) negeri, tetapi mereka (Adun) perlu menanggung kos sendiri," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan di sini, semalam. Dr Mohamad Khir berkata, Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang menimbulkan isu itu perlu mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang dakwaan.

Sebagai peguam, katanya, Teng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu tanpa menyemak fakta. Beliau berkata, dakwaan Teng itu sangat memalukan dan salah. Teng yang juga ketua pembangkang mendakwa Adun BN Selangor menggunakan dana kerajaan negeri untuk mengikuti lawatan ke Silk Road dan mereka membawa bersama isteri atau suami masing-masing untuk lawatan 11 hari itu. Beliau berkata, Adun BN dan pasangan masing-masing dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dua kumpulan pertama sudah berlepas ke China pada 21 Ogos dan 1 September manakala kumpulan kedua dijangka berlepas akhir bulan ini. Mengikut jadual perjalanan yang diperoleh Teng, lawatan itu diatur sebuah syarikat pengembaraan terkenal di Kuala Lumpur dan ia membabitkan kawasan tarikan pelancong seperti Beijing, Urumqi, Turpan, Kashi dan Guangzhou. Antara tempat pelancongan yang dilawati termasuk makam Fragrant Concubine di Kashi, Lembah Anggur dan Flaming Mountain di Turpan dan kawasan beli belah di Shangxiajiu, Guangzhou. Teng mendakwa, semua 54 Adun BN Selangor dipelawa mengikuti lawatan itu bersama isteri atau suami masing-masing, tetapi tidak pasti berapa ramai yang menyertainya. Beliau juga mendakwa, sumbernya memberitahu lawatan itu dibayar BN Selangor menggunakan dana yang diperuntukkan pejabat Menteri Besar dan agensi kerajaan negeri. "Ini menunjukkan lawatan itu sebagai hadiah kepada mereka dan ia penuh dengan acara beli-belah dan bersiar-siar," katanya.

Saturday, September 29, 2007

UMNo sebenarnya sudah terlalu lama berkuasa, para pendokong dan pengamal dasar-dasar UMNo sudah tidak dapat membedakan mana kerajaan dan mana parti . Maka sesiapa yang terlalu lama berkuasapun macam tu, terasa dialah yang kuat, dialah yang betul dan semua orang yang ada disekeliling adalah sampah. Tambahan pula di negara kita pendidikan politik lebih kepada sifat politik penjajah yang teruk daripada dasar penjajahan kuasa asing zaman datuk nenek moyang kita.
Gambar ulasan di atas, adalah rentetan penulis mahu kaitkan dengan apa yang berlaku tentang pilihanraya kampus khususnya di UIAM terkini. Di beritakan sesudah selesai penamaan calon dan sehingga kini 8 kerusi di menangi oleh kumpulan pro mahasiswa. Situasi ini mengundang campurtangan Reaktor UIAM minta dibuka kembali proses pencalonan dan sekaligus dirombak keputusan tersebut.
Sikap dan perubahan keputusan oleh UIAM amnya, kerana dikatakan arahan cuma datang daripada Rezal Merican , konco UMNO yang mungkin datang daripada Tingkat 4 kot. Cendiakiawan seperti Prof Syed Aidi boleh berkompromi dengan orang macam ni dan kumpulan macam tu, nah sekarang jelas kerana kuasa kerana wang dana peruntukan Reaktor UIAM sanggup menjadi juhalak penjilat kuasa UMNo. Beliau tidak mampu pertahankan tradisi kelimuan. Walaupun beliau dipihak sana ? Sepatutnya peraturan tetap peraturan walaupun yang buat tu manusia. Macamlah kita dengan lampu isyarat, kalau kita langgar juga nampaklah kita 'jenis manusia' macam mana.
Keputusan itu , mengundang kita adalah pusat segala ilmu, pusat pendidikan, pusat pula berteraskan Islam, meletakkan Islam dalam akronim nama UIAM menunjukkan nilai Islam itu tidak ada nilai. JIka fizikalnya kita tdak hormat bagaimana rohnya dapat dirasai. Layakkan akronim itu kekal pada UIAM lagi ?
Meneliti pilihanraya , umpama pra pilihanraya umum, proses warm up kerajaan diterapkan dalam pilihanraya kampus, jentera pemuda dan puteri UMno digerakkan mengatur strategi biasa merka dalam mencatantas memujuk dan mengumpan mana-mana yang boleh diumpam. Kemenagnagan bakal menjelma kerana pelbagai taktik yang 'luar adab' dan batas dilaksanakan, kerana menjadi 'teras' dalam kepala pendokong pemerintah , matlamat menghalalkan cara mereka.


Bagi mereka yang pernah berada di kampus tentulah sudah dapat gambaran dan dapat merasainya. dan dapat meihat secara jelas, kini kita tidak faham golongan yang pernah berada di kampus dan pernah terlibat dan merasai scara lagsung perlulah 'celik politik' dan janganlah mencanag atau menolak politik itu sebagai sesuatu yang kotor dan tidak usah diikut campur. Sebenarnya inilah saat masa kita perlu lakukan perubahan bagi merubah keadaan kerana perubahan yang mereka lakukan adalah sudahlah buruk , menuju pula kepada keadaan yang lebih buruk. Buruk itu bersifat subjektif, bagi mereka yang pernah terlibat janganlah 'bangga' dan rasa selesa dengan habuan yang sedikit tetapi kita penyumbang kepada 'kebusukan' masyarakat secara jangka panjang.


Kenaikan wang cagaran untuk calon dan yuran bantahan sebanyak 100% bagi pilihan raya kampus tahun ini dan kesibukan menghadapi peperiksaan dipercayai menyebabkan 18 daripada 48 kerusi dimenangi calon "pro-aspirasi" di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Untuk pilihan raya sesi lepas, kampus itu hanya mengenakan bayaran RM50 bagi wang cagaran dan bantahan.

"Di universiti lain wang cagaran hanya ditetapkan RM50, tetapi di UPM telah dinaikkan hingga RM100. Semua calon pro-mahasiswa menggunakan duit sendiri untuk bertanding. Ini membebankan mereka yang sememangnya tidak ada sumber pendapatan. Lainlah jika (siswa) dibiaya oleh kumpulan tertentu," kata seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM sesi 2006.

Menurutnya, calon-calon yang berslogankan "pro-mahasiswa" menyifatkan kadar RM100 itu membebankan, menyebabkan mereka memilih untuk bertanding merebut 16 kerusi bebas sahaja, sementara kerusi di peringkat fakulti dibiarkan tewas tanpa bertanding kecuali tujuh.

Dua kerusi diperuntukkan bagi setiap 15 fakulti di kampus Serdang, manakala dua kerusi lagi di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan di kampus Bintulu.

Seramai 40 calon bertanding merebut 16 kerusi bebas, medan persaingan sengit antara dua kumpulan mahasiswa di kampus yang sering menyaksikan kekecohan mahasiswa dengan pihak pentadbiran.

Tambahnya, empat daripada lima orang pelajar pro-mahasiswa kali ini dibatalkan pencalonan bagi kerusi fakulti masing-masing "atas sebab-sebab remeh." Jelasnya, calon-calon pro-aspirasi telah membantah tiga orang lagi calon mereka "kerana faktor-faktor seperti alamat tidak lengkap."

Pelajar tahun akhir di Fakulti Perhutanan itu mendakwa lagi, dua calon telah dibatalkan kerana masalah komunikasi di antara ejen-ejen calon berkenaan dengan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP kampus itu.

"Mereka hanya telefon dua orang ejen calon ini untuk pengesahan pada hari penamaan calon. Mereka tidak dapat dengar dengan jelas soalan-soalan yang dikemukakan itu, dan tidak dapat beri jawapan yang sepatutnya. Hanya disebabkan itu, pencalonan dibatalkan," katanya, yang enggan dikenali, kepada mStar Online hari ini.

Pencalonan di UPM berlangsung pada 26 Sept seperti di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain dan hanya selesai selepas tengah malam semalam. Hari pengundian pula dijadualkan Selasa depan di seluruh IPTA.

Menurut pelajar itu lagi, pilihanraya kali ini agak hambar kerana tempoh berkempen dijalankan ketika peperiksaan akhir semester yang berlangsung selama tiga minggu bermula minggu lalu.

"Ramai di kalangan kawan-kawan kami tidak boleh bertanding kerana terpaksa membuat persediaan untuk menduduki kertas-kertas ujian," katanya.

Bagaimanapun beliau berpuas hati dengan tempoh berkempen yang lebih panjang, bermula 26 September hingga 1 Oktober, berbanding hanya dua hari pada sesi lalu.

Menurut laman web Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM, calon-calon yang bertanding "dilarang mengeluarkan perkataan yang menegur atau mencerca dasar dan perjalanan kerajaan, sebarang parti politik, pentadbiran universiti dan peribadi sebarang menteri, pegawai kerajaan dan badan berkanun atau menyinggung peribadi calon."


Raya makin dekat, beli-belah masih lembab

Pemerintahan BN boleh diibaratkan memasuki fasa jublee emas, selepas sesuatu benda daripada emas tentulah yang cuma tinggal 'intan' sahaja kot. Lepas ini wajarlah kita bersiap-siap untuk mengebumikan atau mentalkinkan UMNO. Kelembaban dan daya tahan BN UMNo pun juga semakin lanjut. Terlalu banyak dan tidak tersenarai kesalahan-kesalahan UMNo BN, bermula dari segala bentuk penyelewengan, rasuahnya, salah urus, melakukan kegiatan 'merompak duit rakyat', mengenakan tol itu dan ini serta rompakan secara terhormat, menjadikan biasiswa kepada pinjaman walaupun duit banyak dan kerajaan makin kaya, duit kerajaan digunakan untuk billout syarikat kroni, tender runding terus dan segala macam yang tak tersenarai lagi.

Paparan dibawah ini adalah tentang gambaran ekonomi negara , fikirkanlah 'tenat' atau tidak rakyat. Nak tunggu sampai bila lagi weh !!!!!!!!!!!!

Sungguhpun ibadat puasa sudah masuk setengah bulan, kegiatan membeli-belah untuk persiapan raya masih tidak kelihatan rancak seperti pada tempoh sama tahun-tahun lepas.

Tinjauan di bazaar Ramadan sekitar Chow Kit dari pagi hingga awal petang hari ini mendapati sungguhpun pengunjung bersesak-sesak, namun peniaga mengeluh kerana hasil jualan berkurangan dari tahun lalu.

Pengguna kini mengambil pendekatan bijak dengan membuat tinjauan terlebih dulu dan hanya membeli daripada peniaga yang menawarkan harga terendah.

Kebanyakan pengguna menyebut ketiadaan bonus bagi kakitangan kerajaan pada tahun ini, di samping kenaikan melambung harga sesetengah barang, sebagai alasan mereka perlu berhemah dan berjimat berbelanja.

Suri rumah Emy Amri, 45, berkata beliau meninjau harga barangan terlebih dahulu bagi mendapatkan pilihan terbaik."Kalau nak beli kuih raya, biasanya saya beli pada saat-saat akhir, masa penjual melelong kuih boleh dapat empat jenis kuih dengan RM10, tapi kalau beli sekarang dapat tiga jenis saja," katanya.Naida Mad Noh, 25, dari Gombak berkata baginya persiapan raya tahun ini sederhana, dan beliau memperuntukkan RM300 untuk tujuan itu.

"Mungkin sebab tahun ini tak dapat bonus menyebabkan pengguna kurang membeli-belah ditambah pula kebanyakan harga barang naik dan saya kini berbelanja dengan berhemah," katanya.

Rakannya Noor Azah Ahmad, 25, dari Kampung Baru pula memperuntukkan RM1,000 bagi persiapan raya tahun ini, berbanding RM1,500 tahun lepas.

"Baju untuk anak-anak saya dah beli sepasang untuk sorang bagi raya tahun ini, biasanya tahun lepas saya beli baju untuk anak setiap sorang dua pasang," katanya yang mempunyai empat orang anak.

Bagi peniaga, kesan kenaikan harga barang dan kurangnya pembeli berbanding tahun lepas mula dirasai.


Peniaga pakaian Salima Abu Bakar, 42, berkata Ramadan kali ini adalah paling teruk bagi jualan baju Melayu dan baju kurungnya."Saya jual dengan harga murah, tapi orang tak beli juga nak kata barang tak cantik, semua baju yang saya jual cantik dan kain yang digunakan berkualiti, tapi orang tetap tak beli," katanya yang sudah 10 tahun berniaga.


"Kebetulan tahun ni tak ada bonus, harga barang naik jadi pengguna kena berjimat. Kalau tahun lepas, masuk bulan Ramadan dah ramai orang membeli.

"Jualan pula setakat ini baru mencecah RM1,000 berbanding RM3,000 dalam tempoh sama tahun lepas. Agaknya selagi baju raya tahun lepas masih boleh dipakai mereka takkan beli baju baru," katanya.

Bagi Mohd Ridzuan Mohd Yusuf, 23, yang berniaga kuih warisan keluarga sejak 25 tahun berkata jualan kuih raya agak berkurangan berbanding tahun lepas.

"Jika tahun lepas saya menerima banyak tempahan, tapi tahun ini pembeli yang membuat tempahan berkurangan. Dulu mereka membeli kuih dua minggu sebelum raya, tapi sekarang mereka hanya meninjau ...tanpa membeli," katanya. BERNAMA

Majukah Kita ?

Ramdhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya.. itulah ungkapan seni kata yang dialunkan oleh Man Bai bersama kumpulan Nasyid Raihan. Jika disoroti peranan media elektronik di Malaysia bebranding media elektronik Indonesia. Cara berfikir dan cara menyambut Ramadhan di kedua negara berbeda. Orang Malaysia tentulah menganggap cara berfikir dan cara menyambut Ramadhan mereka lebih maju dan terkedepan daripada negara tetangga itu.


Justeru, marilah kita buat perbandingan antara kedua. Bagi di dunia pendidikan sahaja, seorang Pegawai Kementerian Pelajaran memaklumkan beliau berkesempatan ke Indonesia pada bulan sebelum Ramadhan dan fokus tugas ke sana tentulah meninjau pendidikan atau pelajaran di Indonesia. Kata beliau dengan mengambil satu contoh sahaja. Di negara tetangga kita, katanya sebeulan sebelum tiba Ramadhan sekeliling pagar pintu masuk setiap sekolah direntangkan atau terbentang kain rentang dengan banner besar , tertulis kata-kata aluan selamat datangnya Ramadhan. Nah, secara tersendiri mereka amalkan apa yang mereka belajar, mereka terlalu gembira dengan kedatangan BUlan Ramadhan. Nah barulah bulan rahmat, bulan yang terbesar itu dibedakan dengan bulan-bulan sebelum dan proses pedidikan berjalan dan pelajarn terdidik dididikkan kepada anak-anak didik berserta konsep nilai itu diterapkan dalam minda dan cara berfikir mereka. Sebaliknya di negara kita bagaimaana dan apa rasa pelajar kita bila datang Ramadhan, siapkan slogan semarakkan ibadah dalam bulan ini dengan konsep lipatganda ibadah ada tak seruan ke arah itu. Sepi terlalu sepi... maka kita wajar buat sesuatu.



Sekarang kita , beralih kepada dunia hiburan khsususnya di negara jiran. Kahs, dalam bidang drama atau sinetron. Jika kita lihat sahaja siaran-siaran astro , sinetron daraipada negara tetangga kita cukup simplistik dan menarik terlalu banyak siri-siri pendidikan yang mencakupi bidang keagamaan khsusunya dalam menanam nilai serta mengagamakan atau islamiknya drama-drama pendek mereka dan cukup berkesan. Umapamanya disebut bebrapa judul seperti Padamu Ya Rabbi, dan lain-lain nama yang sewaktu dengannya. Berbanding dengan drama-drama kita berserta dengan pengusaha-pengusaha drama atau film, walaupun kebanyakakan mereka beragama Islam, namun roh dan idea Islamik tidak masuk dalam pemikiran mereka.


Bagaimana dengan dua aspek bandingan tadi, majukah kita cara berfikir kita. Kita walaupn maju daripada zahhir , tetapi sebenarnya mundur. kerana maju yang dituntut Allah , semakin maju dan kaya negara semakin dekat dengan Allah. Sebaliknya, kita semakin jauh dengan Allah !!!!
Meneliti teks ucapan dan isi ucapan Pak Lah di PBB atas sifat sebagai PM Malaysia dan pengerusi OIC berserta liputan media massa Malaysia secara 'lesu' , menggambarkan 'form' Pak Lah jatuh merundum berbanding dengan Tun Mahathir di pentas antarabangsa. Inilah satu tugas Abdullah A Badawi yang kerap ke luar negara. berbanding dengan PM sebelumnya yang penuh dengan visi dan wawasan.


Bagi orang yang biasa bekerja di JPM khasnya , amnya pejabat PM tentulah penguasaan dan pusat kerja adalah di tingkat 'itu' bukannya Tingkat 4. Belenggu dan 'bahang' penguasaan Tingkat 4 sendiri untuk menyediakan teks serta visi PM yang berwawsan selepas Mahathir ' gagal' terlaksana. Biarpun terlalu awal baru 4 tahun sebagai PM, namun kerancakkan bekerja beliau selepas berbini dari sebelumnya pun juga merundum.


Jika disoroti, dunia Islam khasnya tercari-cari pemimpin yang lantang bukan sekadar Ahmedejijad sahaja, Ini kerana Presiden Iran itu, dipencilkan oleh dunia dan beliau 'sukar' melolos diri sebagai 'juara'. Satu ketika dulu , jika kita bertanya ahli-ahli jemaah tabligh yang meantau ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang Islam serata dunia, bila bertemau dan mengetahui yang ahli jemaah tabligh itu daripada Malaysia , mereka tertunggu-tunggu 'cerita' daripada rakyat negara kita. Ini kerana 'itulah' sahaja pemimpin Asia yang berani sedikit menyanggah AS. Biarpun kekadang sekadar lakonan sebalik tadbir pemimpin dunia 'yang hipokrit'. Jika di Pakistan , rakyat terlalu bencikan Musharaff yang berfahaman 'begitu' serta menjadi talibarut AS. Justeru dunia terlalu maat lama rindu dan menunggu-nunggu mana satu pemimpin negara umat Islam yang 'bakal muncul ' dan bangun menentang kafir kuffar laknutullah AS. Oleh itu, mana-mana sahaja ada pimpina dunia yang bernai bercakap islam dan membawa Islam sedikit sudah tentulah ia akan disanjungi oleh semua umat Islam dunia yang lain.


Maka, Pak Lah yang berkesemapatn berada di tempatnya , gagal meraih dan menggunakan peluang tersebut. Ini kerana Pak Lah sendiri lemah dan lembik serta tidak sangat berwawasan, itulah antara sebab Mahathir pilih beliau berbanding dengan Anwar Ibrahim. Oleh kerana politik lembik dan tidak berwawasan Pak Lah jugalah beliau dapat kekal dalam kabinet Mahathir , kerana Pak Lah sendiri tidak mengugat Mahathir dan Mahathir juga merasakan dengan adanya Pak Lah langsung terasa tidak tergugat. Maka PM Malaysia yang ditunjukkan oleh Mahathir itulah yang kini mencorakkan negara dan pimpinan negara kita. Jadi tidak usahlah marah kepada Pak Lah, maka marahlah juga kita kepada Mahathir. Sesal dahulu.... sesal kemudian tiada guna!!!!

Thursday, September 27, 2007

Hari ini penulis berkesempatan dengan dua orang sahabat berkunjung ke salah sebuah pejabat wakil rakyat parlimen UMNo. Tujuan penulis adalah bagi menagih janji YB berkenaan tentang 'budget' yang diperuntukan bagi organisasi penulis.


Kunjungan ini adalah kunjungan kali ke 3. Kami dilayan baik oleh petugas, jauh disudut hati kami mahu menatap wajah yang berhormat berkenaan, apabila diajukan soalan kepada petugas pejabat YB berkenaan tentang YB dijelaskan bahawa YB hanya balik seminggu sekali kerana di sibuk di KL. Untuk makluman kunjungan pertama YB berada di luar negeri , penulis dan rakan tidak bertanya lanjut, kali kedua YB berada di London pula. Nah bagi kali ke 3 YB bersama-sama Pak Lah ke PBB , hari ini sehingga 28 Ramdhan bermakna YB berkenaan dengan rombongan Pak Lah seramai 250 orang berada di PBB , USA selama 15 hari puasa di luar negara dan sekaligus menghabiskan duit rakyat dengan senang dan tidak langsung berasa salah. Bagi diri penulis menagih budget YB kali ke 3 yang cukup liat berjumlah RM1000 , cukup terseksa dan malu rasanya yang tidak terhingga, namun melihat dan memikirkan YB berkenaan bersama PM yang tiada kaitan langsung dengan portfolio beliau sebagai YB cabuk sahaja membuatkan penulis geram dan sakit hati.



Aduhai, pemimpin bangsaku memunahkan kepercayaan rakyat, memunah dan memalukan bangsa, tidak bertanggungjawab langsung dengan pengundi yang menaikkan beliau di kawasan beliau. Cukup malang jika dicalonkan lagi beliau akan menang besar lagi pada PRU 12 nanti, tengoklah. Melayu bangsaku memang bodoh....bodoh lah yang layak bagi bangsaku ?