Saturday, May 26, 2007

Ubah Jangan Tak Ubah

Bila membaca berita Pertronas, NIOC dan CNPC kini disenaraikan sebagai syarikat minyak utama dunia yang baru atau 'new seven sisiters' menurut akhbar perniagaan dari London iaitu The Financial Times aadalah sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia dan Malaysia itu sendiri.
Dilaporkan Petronas mencatatkan pendapatan RM166.9 billion naik 22% daripada RM137 billion pada tahun 2006. Keuntungan mencatatkan RM60 billion (2006), tahun ini bagaimana ..
Justeru dengan keuntungan besar Pertonas itu adakah sekadar kita cukup bangga, adakah rakyat terbanyak tidak wajar menikmati dengan apa yang diperoelhi setidak-tidak secara langsung atau tidak langsung. Bagi Husam Musa naib Presiden PAS mahukan kerajaan naikkan gaji kakitangan dan minta diturunkan harga minyak. Sementara Prof Diraja Ungku Aziz dengan pendidiran konsisten mahukan keuntugan Pertonas ini membiayai pelajar2 Melayu melalui biasiswa.
Namun jeritan demi jeritan, pandangan demi pandangan, resolusi dengan resolusi, desakan, memeorendum, dan pelbagai usaha dibuat, namun kerajaan sejak dari dulu terus membuta tulikan diri dan memekakkan telinga.
Oleh itu, kita mahu semua rakyat bangun membuat perubahan, rintihan keluhan, dengkian, sinisan terhadap kerajaan yang ada tidak memberi bekas. Maka dalam beberapa bulan ke depan ini mungkin akan diadakan PRU 12. Rakyat kena memilih wakil-wakil untuk wakili rakyat dan parti mana yang banyak kerusi akan membentuk kerajaan. Maka kita mahu rakyat ubah, ubah sekali untuk mengubah nasib. Kebobrokan demi kebobrokan hidup semakin tenat, kita sudah tidak ada dah benteng.... mahupun yang dikatakan sebagai benteng terkahir, sekarang dah runtuh belako.....
Ubah jangan tak ubah

Klip video cabul gadis- SETAN berusaha keras!!!!!!!!!

Dilaporkan dalam akhbar harian, perbuatan jijik golongan remaja dengan mengamalkan hobi yang durjana, mereka bertindak memperlakukan seorang remaja yang di'jebak' atau 'diperangkap' bagi mereka rakamkan video klip selari dengan kemajuan teknologi telekomunikasi global. Rupanya inilah bayaran hasil dari kemajuan, dan inikah erti kemajuan.
Tambahan pula pihak berwajib sekadar retorik mewujudkan pelan itu dan ini, yang disungguhi adalah memacu kemajuan materialis , jika perolehan skala atau indek ekonomi growth negara berada 5 % ke 6 % , pihak berwajib akan bergendang dan berdondang sayang.
Kita berbangga, kerana kerajaan banyak mewujudkan pelan ini dan itu, pelan ekonomi RMK, pelan penddiikan PPIP, pelan.. pelan akhirnya pembangunan rohani menjadi pelan dan sesak nafas.
Meletakkan semua tugas melakukan segala2 ke atas polis sebagai agensi penguatkuasa tidak cukup, jika political will peneraju negara tidak bersungguh2. Masalah sosial kini msemakin membarah lihat laporan ini.................

Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.

Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya.Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’.Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu.“Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki.“Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan. “Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,” katanya.Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa.“Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan.“Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,” katanya.Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan.“Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit.“Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,” katanya.Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan.“Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya.“Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,” katanya.Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian.Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri.Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar.“Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,” katanya.Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu.Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah.

Friday, May 25, 2007

Lihat Ni...Pemberitaan Berita UM

Sememangnya negara kita merdeka dan mahu menyambut merdeka bawah Program TMM 2007. Bagi pemimpin2 Malaysia mereka mahu mengurus negara hatta melibatkan pihak2 luar langsung tidak bersikap profesional. Mereka mahu buat macam yang mereka nak buat. Mereka sepatut nya terbuka mindanya.
Pokoknya, perjanjian yang mereka tandatangani mereka mahu langgari. adakah masa tandatngan mereka tak baca. Dalam hal AFC dan jemput kelab bolasepak EPL -MU ke Malaysia, sudah jelas status perjanjian yang mereka ikrarkan. Mana pelarasan kerja satu kementerian dengan kementerian lain. Betapa tidak cermat, beralah ke tarikh lain jauh sekali aibnya, sebab bagi Malaysia negara mereka, jika mahu dicari salah tentulah kita yang salah. Janji dan ikrar tidak betul, bukan masalah penghinaan bagai yang dilaporkan seperti tajuk akhbar di bawah...cuba saudara amati berita di bawah, dari sudut pemberitaannya adalah sekadar meraih simpati pembaca atau rakyat bagi menyokong mereka, yang salah adalah AFC, kerana tidak memberi laluan dan terlalu berpegang dengan perjanjian. bagi mereka perjanjian perlu dipersetankan, macam uruskan hal-hal kampungan bukan, di ambil uruskan negara. Mereka mahu semua orang ikut dia dalam semua situasi, walaupun dengan membelkangkan apa-apa yang dimaktub atau termaktub antaranya.
Keengganan Hammam penghinaan besar

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hammam membuat satu penghinaan yang besar terhadap kerajaan Malaysia sekiranya enggan membenarkan Manchester United beraksi pada 27 Julai ini.
Katanya, jutawan Qatar itu tidak wajar berbuat begitu dan menolak permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said serta ramai peminat Manchester United di Malaysia sedangkan negara ini yang menempatkan ibu pejabat AFC dan sentiasa menjadi penyokong kuatnya dan bola sepak Asia amnya.

‘‘Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) juga telah menegaskan pendirian kerajaan bahawa kedatangan Manchester United merupakan satu acara penting dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007. Jika Hammam enggan memenuhi permintaan ini, ia satu penghinaan besar terhadap kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan akhbar di sini, semalam, Khairy menambah: “Soalnya sekarang ialah bukan mengenai kesahihan perlawanan Manchester United dari segi undang-undang tetapi berkenaan kewajaran AFC dalam menolak permintaan Malaysia menganjurkan satu acara penting sempena TMM 2007.”

Tegasnya, tiada siapa pun yang mempertikaikan hak undang-undang AFC dalam menghalang Manchester United diadakan di Malaysia pada tarikh itu memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menandatangani kontrak dengan AFC sebagai salah sebuah negara tuan rumah Piala Asia dari 7 hingga 29 Julai ini.
Seni politik dan berpolitik , tidak ada dalam buku. Malah tidak boleh dipelajari melalui institusi. Begitu juga jika kita mahu ambil tahu dan campurtangan dalam hal ehwal parti politik. Terkini ulasan Malayasiakini dengan 'pergolakan kecil' dalam PKR yang kini dalam proses pemilihan sebagaimana biasa agenda rutin bagi sebuah institusi politik. Anatara ulasan sahabat kita .......
Apa nak jadi dengan PKR kita sibuk hadapi Pilihanraya, PKR sibuk bertelagah sesama sendiri nak rebut jawatan.
Ikuti laporan Malaysiakini di bawah :-Datuk Nalla keluar PKRKecewa dengan apa yang berlaku, Datuk S Nallakaruppan hari ini mengesahkan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat ini, bersama-sama sekumpulan pemimpin India dalam parti pembangkang itu. “Cukuplah…!” kata ahli perniagaan yang berusia 61 tahun itu kepada malaysiakini. “Sudah lama saya dipermainkan.” Menurutnya, beliau sudah dua kali dipermainkan oleh “kawan karibnya” Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR, selepas memberi jaminan bahawa beliau (Nalla) akan diberi peranan penting dalam parti itu. “Kali pertama Anwar memberitahu saya patut bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok. Tetapi pada saat-saat akhir, beliau meminta saya menarik diri dan memberi kerusi itu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. “Saya marah kerana sehingga saat-saat akhir pun, beliau masih lagi mahu saya bertanding tetapi saya (kemudiannya) bersetuju dengan keputusannya (supaya tidak bertanding) dan memberitahu akan melakukan apa sahaja untuk membantu Khalid memenangi kerusi tersebut,” katanya. Pada pilihanraya kecil Ijok pada 28 April lalu, Khalid tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, K Parthiban. Diminta tarik diri Nallakaruppan berkata beliau sekali lagi ‘dipermainkan” berhubung dengan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada 25 Mei depan. Beliau yang diajak oleh Anwar menyertai PKR Ogos lalu untuk menarik sokongan masyarakat India berkata, beliau kecewa apabila Anwar menelefonnya Jumaat lalu dan memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden. “Alasannya ialah penyandang bagi tiga jawatan naib presiden itu telahpun ditentukan dan beliau tidak mahu ianya terganggu,” kata Nallakarupan yang juga ketua PKR bahagian Kepong. Nallakaruppan berkata, dengan hati yang berat beliau menyetujui permintaan Anwar itu walaupun beliau memperolehi pencalonan kedua tertinggi bagi bertanding jawatan tersebut. “Saya memberitahunya yang saya kecwa. Malah, sebelum dicalonkan untuk bertanding jawatan tersebut, saya telah bertanya pendapatnya dan beliau berkata okay untuk saya bertanding, dan berkata beliau tiada halangan. “Sekarang beliau memutuskan saya tidak perlu bertanding kerana ia akan menjejaskan senarai penyandang yang sudah ditetapkan itu. Demokrasi apakah yang sering laungkan dalam parti itu?” soalnya. Nallakaruppan berkata, beliau telah menyatakan kekecewaannya itu kepada Anwar dan memberitahunya beliau merasa “dikhianati” oleh seorang kawan yang dikenali sejak 30 yang lalu. “Saya memberitahu yang beliau telah mempermainkan saya tetapi saya tidak menghentak telefon,” tambahnya. Beliau merujuk kepada laporan akhbar the Star hari ini yang mendakwa beliau menghentak telefon apabila bekas timbalan perdana menteri itu memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden. Nallakarupan juga mendedahkan yang beliau menolak tawaran Anwar untuk dilantik sebagai naib presiden selepas pemilihan parti hujung minggu ini. “Saya tidak lagi percaya beliau akan mengotai kata-katanya itu. Lagi pula, saya tidak mahu jawatan lantikan. Pokoknya, mengapa halang saya daripada bertanding?” soalnya. Langkah seterusnya? Nallakaruppan, yang pernah menjadi rakan permainan tenis Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri berkata, beliau akan memanggil sidang akhbar Jumaat ini untuk mengumumkan keputusannya keluar daripada PKR dan sebab-sebab beliau berbuat demikian. “Ia bukan reaksi tindak balas saya. Saya sepatutnya menumpukan kepada perniagaan saya tetapi telah dibawa masuk parti ini oleh Anwar. Ketika itu, beliau meminta saya memainkan peranan aktif dalam usaha menambah ahli daripada kalangan masyarakat India, dan saya telah lakukan. “Tetapi apabila saya mahu bertanding salah satu jawatan tinggi parti, saya tidak diterima,” tambahnya. Ditanya mengenai langkah beliau seterusnya, Nallakarupan berkata, beliau akan kekal aktif dalam politik tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. “Saya akan kekal aktif dalam politik. Saya mahu membantu masyarakat dan apa juga yang saya boleh sumbangkan, saya akan lakukannya. Tunggulah Jumaat ini dan saya akan dedahkan semuanya,” kata beliau. Beberapa pemimpin India dalam PKR di peringkat negeri telah menyuarat hasrat mereka untuk meninggalkan parti itu bersama dengan Nallakaruppan. Sesetengah daripada mereka, termasuk pemimpin utama akar umbi, telah menyertai parti itu sejak penubuhannya pada 1999. Satu lagi kumpulan pemimpin India dalam PKR mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menyatakan taat setia mereka kepada parti dan menafikan laporan berlaku perpecahan di kalangan ahli kaum India. 30 calon AMK tarik diri bantah campurtangan Anwar Lebih 30 calon menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jumaat ini kerana membantah campurtangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha AMK, SD Johari Yassin berkata, campurtangan Anwar adalah satu amalan yang tidak sihat dalam sistem demokrasi. “Saya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan ketua AMK walaupun mendapat pencalonan tertinggi (42),”katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini. Hadir sama ialah Ketua Penerangan AMK, Latheefa Koya dan Timbalan Ketua Penerangan AMK, Amirudin Shari. Sidang media tersebut diadakan bagi mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan AMK di Seremban, Jumaat ini. Selain Johari, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman yang mendapat 37 pencalonan dan tertinggi untuk jawatan naib ketua AMK, turut menarik diri. Johari berkata, beliau sudah menghantar mesej yang jelas kepada pihak atasan supaya jangan masuk campur dalam urusan pemilihan parti. ‘Sahabat Ezam’ Beliau juga berkata, Anwar bersikap prejudis terhadapnya walaupun beliau banyak berkorban untuk parti selama lebih dari lapan tahun. Johari mendakwa, Anwar tidak senang dengannya kerana beliau terlalu rapat dengan bekas ketua AMK, Ezam Mohd Noor dan tindakannya mengkritik bekas timbalan perdana menteri itu semasa kempen pilihanraya kecil Ijok baru-baru ini. Dalam pemilihan parti, katanya, para perwakilan harus diberikan kebebasan sepenuhnya tanpa campur tangan pihak atasan termasuk penasihat parti. "Saya kecewa dengan campurtangan Anwar dalam pemilihan AMK yang sepatutnya diputuskan oleh para pewakilan daripada 82 bahagian AMK di seluruh negara,” katanya. Bila ditanya mengenai penafian Anwar campurtangan dalam pemilihan parti, Johari berkata “sesiapa sahaja boleh mengatakan apa-apa dan kemudian menafikannya”. “Saya mempunyai bukti mengenai hal itu dan bukannya mengatakan sebarangan berdasarkan khabar angin,” katanya lagi. Sejumlah 828 perwakilan dari 92 bahagian dan 300 pemerhati dijangka menghadiri kongres nasional PKR di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa, Seremban.
Intipati atau kehendak isi penulisan penulis di atas, mahu PKR menfokuskan agenda mahu PKR tumpukan kepada pilihannraya. Penulisan di atas mestilah belajar daripada sejarah, bagaimana asas pembinaan bagi sesebuah parti politik di dunia.
Apa pun adalah tidak adil ulasan jika kita mahu sebagaimana yang ada dalam fikiran kita dipraktikkan oleh pihak PKR. Pandangan kita, adalah pandangan luaran, mana2 parti politik perlu dan wajib lalui prosrs jatuh bangun dan pendokongnya perlu kuat bagi membawa visi dan misi oragnisasi masing2. PKR teruskan .......

Thursday, May 24, 2007

Lazimnya atau lumrah alam, musuh biasanya tidak akan menganggapkan lawannya baik, atau sebaliknya. Begitu juga dalam kes ini, jika kita rujuk kepada apa yang BN sedang jalankan agenda adalah dengan melanyak' ke atas parti seterunya. Lanyakkan itu, sebenarnya tidak wajar kerana ibarat orang yang diikat tangan kebelakang lalu dupukul dan dilanyak. Sebagai contoh pihak dilanyak tidak dijalurlebarkan medannya bagi memaklumatkan masyarakat terbanyak, haknya dinafikan.

Justeru , bagi pihak yang disasarkan serangan, adalah menjadi hak dan kewajiban untuk mempertahankan atau membela apa yang perlu dibelai. Justeru ikuti penjelasan Kerajaan Kelantan. Di katakan kerajaan Kelantan menafikan penglibatan syarikat dari Singapura dalam isu pembalakan di Tanah Tinggi Lojing tetapi mengakui seorang individu dari negara itu menjadi rakan kongsi kepada Syarikat All Green Agritech Sdn Berhad yang dibenar menjalankan kerja-kerja di kawasan itu.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan, Anual Bakri Haron berkata syarikat terbabit bagaimanapun syarikat tempatan, tidak sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada syarikat dari Singapura menjalankan kerja-kerja penebangan balak di kawasan itu.

"Kerajaan negeri terkilan dengan pihak tertentu yang berterusan mengaitkan syarikat dari Singapura terlibat dengan pembalakan di kawasan itu kerana fakta tersebut tidak benar," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.Beliau membuat kenyataan itu bagi menafikan dakwaan Naib Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berhubung penglibatan tiga syarikat dari Singapura di kawasan Tanah Tinggi Lojing.

Khairy, Ahad lepas berkata kerajaan negeri telah menyerahkan kepada tiga syarikat dari Singapura menjalankan kerja-kerja di kawasan itu menyebabkan berlaku penggondolan teruk di kawasan tanah tinggi itu. Anual Bakri berkata perkara itu tidak berbangkit kerana penglibatan individu terbabit di dalam syarikat tempatan yang sememangnya dibenarkan memajukan tanah di kawasan itu.

Beliau berkata dua syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja di tanah tinggi itu ialah All Green Agritech Sdn Berhad dan Jasa Benar Timber yang telah didaftarkan pada 1993.
Katanya kerajaan negeri telah membekukan segala aktiviti penebangan hutan (kayu balak) di kawasan pembanguan Lojing sejak Mei tahun lepas.
Tiga lesen yang terlibat dengan pembalakan di kawasan tanah kerajaan dan sembilan lesen beroperasi di kawasan tanah hak milik juga telah dibekukan kerajaan.

"Kerajaan negeri telah menerima permohonan daripada syarikat All Green Agritech Sdn Berhad iaitu sebuah syarikat pemaju dalam bidang pertanian supaya dibenar melakukan aktiviti penebangan balak di kawasan tapak projek pertanian syarikat itu bagi membolehkan penyediakan tapak projek dilaksanakan," katanya.

Wednesday, May 23, 2007

Apa Ni.....Darul Arak Lagiiiiii

Amat menyayatkan hati, maju setapak lagi. dalam kita berbahas kenaikkan gaji, wajarkah syarikat arak ini 'merogol' kedaulatan negara kita yang merdeka. mana maruah kita sebagai kerajaan yang merdeka. Isu arak tak kesampaian diperjuangkan lagi
Dilaporkan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.
Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia. Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip agama Islam .

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. "
Kita tidak ada 'langsung' kekuatan....

Isu Gaji.... ada yang cemburu, ubah minda

Kemuncak kepada 'kegemparan' paling besar bulan ini, adalah berita kakitangan kerajaan 'dinaikkan gaji'. Perkataan 'naik' tersebut membawa satu konotasi baru dalam minda. Pada hal kalau difikir2kan, memang setiap tahun kakitangan kerajaan gajinya dinaikkan. Kenaikan gaji adalah proses biasa, hatta di mana2 sektor perkerjaan sekali pun. Kali ini cuma kaedah kenaikkan itu dikatogerikan dalam satu skala baru. Nah inilah baru dikira kerajaan yang bijak , kerana sentiasa bersifat sebagai sifat yang baharu. Maka kaedah menaikkan gaji adalah bukanlah sesuatu yang pelik.
Begitu juga dengan harga barang tidaklah 10 tahun , harga masih sama sehingga 2007. Maka ini dinamakan tiada perkembangan> Kalau berniaga tentulah diklasifikasikan sebagai peniaga yang tidak dapat untung, bidang ini tidak ada pontensi untuk maju, tidak ada jaminan masa depan. INilah yang mungkin kita labelkan. Dak ... gitu
Maka di mana wajarnya, sebagai lazim dan kebiasaan dalam mana-mana proses sejarah dalam semua disiplin hidup. Sejarah membuktikan akan lahir puak atau golongan oportunis atau golongan yang ambil kesempatan terhadapo atas sesuatu perkara. Cara mana dan banyak mana yang diambil kesempatan itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan. Dalam politik tanahair pejuang sebenar menentang penjajah adalah golongan agama, semua orang tahu sejarah. Maka golongan terkahir yang diberi kuasa memerintah, adalah golongan oportunis.
Justeru, semua orang selagi bersifat manusia mempunyai naluri kemanusiaan , antaranya mahu lebih daripada orang lain, mahu banyak daripada orang lain, mahukan kesenangan diri, daripada orang lain. Pendekata ...mahu..dan mahu semahu-mahunya.
Persoalan kedua pemberitaan dari berita kenaikan gaji, bagaimana mudah minda digandakan maksudnya menjadi besar terhadap perkara ini. Kajian mantan PM dulu memang wajar diakui kesahihahnya , iaitu memlalui slogan keramatnya yang popularkan iaitu Melayu Mudah Lupa. Jelas benar. Merujuk kepada berita di atas kemarahan dan gempa minda di Malaysia adalah selama 6 bulan sahaja paling kuat dan mampu bertahan. Jika kita mahu menjadi pembangkang yang relevan kita jangan membangkang kenaikkan gaji secara buta tuli, kita kena bangkang kenaikan minyak, kenaikan tol , kenaikan bahan bakar, naikkan kadar pinjaman, biasiswa kepada pinjaman, rasuah gila2, gejala sosial yang membarah, agama bersifat dagang. Yang tetap ini, kenaikkan gaji adalah bersifat semnetara dan tidak kekal. Maslaah sosial, murtad ini lebih besar dari naik gaji. Weh marilah kita menjuarai isu2 ini, sokong FORKAD, sokong peguam bela nasib saudara baru yang perlukan pembelaan.
Penulis menyorot isu di atas dengan membaca komen berbau kecaman terhadap tulisan berita Maslan Yusoh dalam Harakahdaily. Kita akui Maslan bersifat tulus , namun analogi beliau sekali dengan mengimbas 1 juta kakitangan terbela dan suka sementara kakitangan bukan kerajaan 24 juta terkapai2 Begitu jika dibaca sekali lalu. daripada 24 juta rakyat Malaysia. Mungkin selebih masih kecil dan disarai oleh emak ayah atau penjaga. Niat pemberitaan Harakahdaily itu bukan lah mutlak suara PAS membangkang kenaikan gaji , terkadang lebih kepada gaya penulisan pemberita itu sendiri, mereka yang jadi wartawan faham benar. Maslan bermaksud membandingkan bahawa jumlah banyak manusia, yang perlu kerajaan bela dan tidak mahu di sama abaikan. Beliau mahukan keadilan disamaratakan. Ini bukan bermakna PAS tidak mahu gaji naik, tak mahu rakyat atau kakitangan senang. Halusi tulisan beliau
Kita jangan lupa kenaikan gaji itu bersifat huluan, banyak lagi bersifat hiliran yang sering akan dinikmati faedah bersama. Mari kita paparkan sekarang penoreh getah menikmati RM270 sekilo sekerap (getah buku) hampir berjalan 2 tahun. (Kecuali yang tak bertanah atau malas). Peladang dan peneroka kelapa sawit dalam 3 bulan ini menerima RM470 setan. (Bagi peneroka Felda paling koman dan busuk-busuk 5 tan), kasarnya RM2400 sebulan. Nelayan sakit sikit dengan orang kampung. Pendek kata jika mereka rasa susuah dah lama kerajaan yang ada tumbang.
Justeru, Maslan walaupun berada dalam kumpulan pembangkang janganlah pemberitaan nya membangkang , mindanya diubah sikit sebab kita wartawan mesti bersifat kritis, Jadilah Rahim Kajai bapa wartawan yang pada masa sama pencetus kepada perubahan minda. Tulis nya dibuat banyak analisa dan rujukan, jangan ikut rasa. Sebab tulisanibarat tajam lagi daripada mata pedang.
Maka kita sebagai manusia kena akui, ada bidang pengkhususan kerja masing2. mana mungkin 24 juta jadi kakitangan kerajaan, 24 juta jadi guru, 24 juta jadi usztaz............... Kadar2 menulis dan mengecam. Halakan peluru anda ke tempat yang SEWAJARNYA. Polemik gaji naik tiada kesudahannya.

Monday, May 21, 2007

TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR

( تحديات الحكومة العلمانية )Pemerintahan sekular
Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama daripolitik .Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama . Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.

Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi .
وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ . يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ
وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah?
Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.( Al Maidah 49 - 51 )
Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yaang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.

Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah :

1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )

Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan.· Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.· Melontarkan istilah - istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau , ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati pemuda/i.· Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.· Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.

2) Mengekang Harakah Islamiyyah

Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagaai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.· Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah . Pelbagai tuduhan dan helah dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.

3) Undang-undang ciptaan manusia

Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam.· Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.· Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.· Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).
4) Sistem pendidikan sekular
Suatu sistem yang membuatkan pemuda/i tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah .Sistem yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.· Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama. Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yangn dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti .Sistem yang mendidik pergaulan bebas antarta lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.· Menghapuskan tulisan jawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.

Apakah Peranan Guru Yang Sebenarnya ?


Sebagaimana yang kita maklum bahawa pada 16 Mei setiap tahun, kaum guru seluruh negara menyambut perayaan hari guru sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap khidmat dan jasa bakti mereka.

Perayaan hari guru ini disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru.
Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.
Firman Allah taala di dalam Al-Quran :
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya:“Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:
1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
Sesungguhnya peranan pendidik bukanlah terhad kepada kaum guru sahaja tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka adalah pendidik. Ini bermakna kita semua adalah pendidik.
Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:
1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.
2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.
3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.
Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya:“Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)

Pada hari ini ada orang menganggap tugas mendidik tiada kaitan dengan peranan dan tanggungjawab kita. Jika tanggapan ini berterusan, kita bimbang penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini semakin parah.

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:
كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيت
Maksudnya:“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibubapa dan mereka yang bertanggungjawab di kampung atau di bandar khususnya Wakil Rakyat, Pemerintah dan Kerajaan sama-sama mengembeleng tenaga dengan memberi perhatian utama terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja. Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam, sejarah para Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.
Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع
Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:
علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم
Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik.Firman Allah taala:
لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا
Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan.

Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan. Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.

Wow Hebat......

Berita gembira kini, adalah berita kakitangan kerajaan sejumlah 1.02 juta menerima kenaikan gaji. Maka lega lah nafas mereka, pendeknya bernafaslah mereka sedikit. Sebaliknya bagi kakitangan swasta, mereka masih lagi bernafas dalam 'lumpur'. Nampaknya tidaka ada siapa yang mahu membela meraka. Cuma mereka sahaja lah yang bangun membela diri mereka, sehingga kini nampak pembelaan diri oleh mereka belum berjaya.
Harapan akhir mereka adalah, kepada kerajaan jika kerajaan pun tidak dapat berbuat apa-apa, ke manakah harapan mereka. Di kala kakitangan sebelah sini tersenyum lebar, mereka tersenyum hambar.
Sementara pekerja2 kampungan, petani, peladang dan nelayan belum boleh menarik nafas lega. Ini disebabkan harga komoditi getah tinggi sejak 2/3 tahun belakangan ini. Keadaan ini tidak akan kekal. Begitu juga dengan harga komoditi sawit yang kini mencecah RM470 setan. Harga paling tinggi sejak 50 tahun merdeka. Manakala bagi nelayan walaupun harga ikan melambung mereka tidak menjamin berpendapatan lumayan.
Realiti, ini adalah cabaran semua pihak perlukan daya fikir. Kerajaan , rakyat atau kerajaan rakyat tentulah hajatnya membina kesejahteraan rakyat teramai. Apa pun habuan dan pemberian yang berganda dan banyak ini adalah petanda. petanda atau petunjuk kepada banyak benda dan perkara...... fikir.. fikirkanlah

Sunday, May 20, 2007


Dimana badan pemantau ketika harga barang dihebohkan naik?
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hairan kemanakah perginya badan pemantau kenaikan harga barangan seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan setiap kali desas desus kenaikan harga barang menjadi hangat.

Katanya, adakah ia hanya retorik untuk mengabui mata rakyat yang sedang marah apabila harga barangan terus meningkat secara tiba-tiba. "Hairan sungguh sikap yang ditunjukan oleh kerajaan bila berhadapan dengan isu kenaikan harga barangan. Yang menerima keperitan semuanya rakyat," ujarnya.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang bertanggung jawab ia seharusnya memastikan badan pemantau tersebut aktif sepanjang masa kerana kenaikan harga sering berlaku terutamanya di pasar-pasar lambak. Keadaan ini katanya, menyebabkan rakyat menanggung padah ekoran terpaksa mengikut kehendak peniaga yang asyik mengaut keuntungan hasil pengisytiharan bonus atau kenaikan gaji kakitangan perkhidmatan awam. "Baru dengar cadangan Cuepec atau dalam kajian kerajaan, sudah ada peniaga naikkan harga," katanya.

Menteri yang berkaitan hal ehwal pengguna pula seolah-olah lepas tangan bila kemelut kenaikan harga barangan menjadi lebih serius, katanya. Tambahnya lagi, apabila isu minyak masak menjadi konflik baru-baru ini semua menjadi kelam kabut. "Contoh macam sekarang ini, belum pun kerajaan habis cakap, pihak pemborong dah buat stok minyak masak atau lain-lain barangan. Semua itu dengan hasrat nak naik hargalah tu," katanya. Beliau yang mengadakan lawatan ke beberapa tempat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya turut meninjau masalah di flat Jalan Tuna dan kanak-kanak cacat di kawasan yang sama.

Ini reaksi Orang Nombor 2

Seperti apa yang dijangkakan, kerana isu ini boleh dijangkakan. Maka hilanglah kredebaliti pemimpin kerana kesalahan itu dilakukan dari kalangan kami. Biarlah 'besar'nya kesalahan itu di mata awam dan masyarakat, Maka di kalngan para 'kami2' ia dah selesai. Nah betapa mudah dan bersahaja nya perkara ini diselesaikan. Sepatutnya pemimpin menjadi contoh, maka cara penyelesaiannya pun adalah cara yang patut dicontohi dan perlu di contohi.... ikuti kata TPM

Najib: Wakil rakyat BN tiada niat hina wanita.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan dua anggota Dewan Rakyat yang mengeluarkan perkataan "bocor" terhadap seorang anggota wanita di Dewan Rakyat, minggu lepas sebenarnya tidak berniat menghina kaum wanita di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebutan dan reaksi spontan yang dibuat oleh dua anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu adalah kerana mereka marah dengan cara berucap anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dari DAP.

Najib berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai permohonan maaf terbuka kepada semua wanita di negara ini oleh anggota parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof dan anggota parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berhubung penggunaan perkataan "bocor" kepada Fong.

Peristiwa yang berlaku di Dewan Rakyat pada 9 Mei lepas itu dianggap sebagai menghina kaum wanita dan menerima bantahan meluas.

Najib berkata: "Mereka tahu apa yang patut mereka lakukan. Sebenarnya apa yang mereka lakukan iaitu meminta maaf pada kaum wanita pada keseluruhannya adalah kerana perkara ini dah jadi besar.

"Mereka bukanlah bertujuan untuk hina kaum wanita dalam apa cara. Tetapi perbuatan mereka itu menyampuk dalam perbahasan kerana mereka marah kepada cara wakil rakyat berkenaan itu berucap."

"Jadi itu reaksi mereka pada wakil rakyat... bukan terhadap kaum wanita," kata Najib lagi.
Cara terbaik, bukan buat majlis minta maaf depan kamera dekat Shahrizat. Kita mahu jauh dari itu, ini ibarat lakonan hampa sahaja.

Saturday, May 19, 2007

Kikis sifat BOSAN dalam diri

Apabila orang menulis mulai bosan, penulis terbaca seorang blogger 'bosan' menulis kerana katanya wblog2 asyik2 pi mai pi mai cerita , kitar dan ulang benda2 yang sama. Tidak ada satu 'pergerakan' secara besar-besar ke arah berubah , malah jauh sekali untuk 'merubah' apa yang dipaparkan.
Ringkasnya, beliau mahukan satu kali lagi 'gelombang' reformasi terhadap apa yang mahu direfomasikan. Beliau sudah 'bosan' dan penat. Yang tersirat beliau rasa buang masa dan sia-sia. Saudara bloggers untuk dapatkan sagu perlukan usaha bagi memecahkan ruyungnya. JIka ruyungnya mudah maka mudah lah dapat sagunya, jika payah kenalah usaha dan usaha. Perjuangan dalam apa2 bidang tidak lah semudah sifir jawapannya ada dan tepat dan tersedia pulak, contohnya 2 x 2 bersamaan 4.
Hari ini, penulis secara tidak sengaja ke majlis sukaneka anjuran pejabat isteri. Tujuan penulis adalah mahu menjemput anak penulis yang kecil sekali kerana muntah2 dan demam katanya. Kebetulan penulis keluar awal daripada rumah kerana ada urusan yang perlu di selesaikan.
Dipendekkan cerita, penulis sampai , ahli2 yang terlibat bersungguh2 jalankan tugas dan tanggungjawab masing2. Ibubapa yang bawa anak, orang muda yang separuh sihat , dan tidak ketinggalan bapa2 yang sihat duduk2 sambil melihat gelagat manusia.
Maka penulis berjalan, mencari tempat yang sesuai kebetulan ada banyak kerusi kosong dan terpandang penulis dengan dua orang lelaki yang sebaya dengan penulis lagakknya. Maka penulis mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung di situ, selepas selesai bersalam, senyum bertanya khabar maka penulis dan dua lelaki tadi berbual2 kosong. Semasa kami sedang bebrual lari seorang budak minta kepada ayahnya mahukan roti canai.
Justeru, sepontan sahaja penulis terus beralih bertanya kepada dua lelaki asama ada roti canai sudah naik atau tidak. lelaki pertama kata dia tak tahu kerana alasannya dia tidak pernah makan roti canai dan tidak berminat langsung dengan apa yang penulis tanyakan. lelaki kedua pula terus memberi respon bertapa dalam satu kilo katanya peniaga roti canai dah untung . Laipun katanyanya kita banyak pilihan lagi nak makan, apa susah dengan roti canai.
Tambah beliau lagi dengan sinis, bebudak bandar atau orang bandar tak pelik langsung katanya walaupun rotio canai naik harga RM3.00 sekeping dia orang tentu makan. Penulis bertindak mendiamkan diri sahaja, maka penulis menjeling dia bangga memakai t shirt bertuliskan JKKK Kg... di Temerloh.
Maka dalam hati penulis padanlah dia bersikap begitu, rupanya dia ada pendokong yang cukup kuat. Kemudian beliau terus 'lari' tinggalkan poenulis dengan lelaki pertama tadi. terkebil2 penulis, justeru berbalik kepada sikap 'bosan' blogger tadi untuk menulis hendaklah diubah, kerana daripada kes yang berlaku kepada penulis selagi rakyat booelh makan selagi itulah jangan haraplah dia nak berubah jauh sekali mahu merubah