Kemuncak kepada 'kegemparan' paling besar bulan ini, adalah berita kakitangan kerajaan 'dinaikkan gaji'. Perkataan 'naik' tersebut membawa satu konotasi baru dalam minda. Pada hal kalau difikir2kan, memang setiap tahun kakitangan kerajaan gajinya dinaikkan. Kenaikan gaji adalah proses biasa, hatta di mana2 sektor perkerjaan sekali pun. Kali ini cuma kaedah kenaikkan itu dikatogerikan dalam satu skala baru. Nah inilah baru dikira kerajaan yang bijak , kerana sentiasa bersifat sebagai sifat yang baharu. Maka kaedah menaikkan gaji adalah bukanlah sesuatu yang pelik.
Begitu juga dengan harga barang tidaklah 10 tahun , harga masih sama sehingga 2007. Maka ini dinamakan tiada perkembangan> Kalau berniaga tentulah diklasifikasikan sebagai peniaga yang tidak dapat untung, bidang ini tidak ada pontensi untuk maju, tidak ada jaminan masa depan. INilah yang mungkin kita labelkan. Dak ... gitu
Maka di mana wajarnya, sebagai lazim dan kebiasaan dalam mana-mana proses sejarah dalam semua disiplin hidup. Sejarah membuktikan akan lahir puak atau golongan oportunis atau golongan yang ambil kesempatan terhadapo atas sesuatu perkara. Cara mana dan banyak mana yang diambil kesempatan itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan. Dalam politik tanahair pejuang sebenar menentang penjajah adalah golongan agama, semua orang tahu sejarah. Maka golongan terkahir yang diberi kuasa memerintah, adalah golongan oportunis.
Justeru, semua orang selagi bersifat manusia mempunyai naluri kemanusiaan , antaranya mahu lebih daripada orang lain, mahu banyak daripada orang lain, mahukan kesenangan diri, daripada orang lain. Pendekata ...mahu..dan mahu semahu-mahunya.
Persoalan kedua pemberitaan dari berita kenaikan gaji, bagaimana mudah minda digandakan maksudnya menjadi besar terhadap perkara ini. Kajian mantan PM dulu memang wajar diakui kesahihahnya , iaitu memlalui slogan keramatnya yang popularkan iaitu Melayu Mudah Lupa. Jelas benar. Merujuk kepada berita di atas kemarahan dan gempa minda di Malaysia adalah selama 6 bulan sahaja paling kuat dan mampu bertahan. Jika kita mahu menjadi pembangkang yang relevan kita jangan membangkang kenaikkan gaji secara buta tuli, kita kena bangkang kenaikan minyak, kenaikan tol , kenaikan bahan bakar, naikkan kadar pinjaman, biasiswa kepada pinjaman, rasuah gila2, gejala sosial yang membarah, agama bersifat dagang. Yang tetap ini, kenaikkan gaji adalah bersifat semnetara dan tidak kekal. Maslaah sosial, murtad ini lebih besar dari naik gaji. Weh marilah kita menjuarai isu2 ini, sokong FORKAD, sokong peguam bela nasib saudara baru yang perlukan pembelaan.
Penulis menyorot isu di atas dengan membaca komen berbau kecaman terhadap tulisan berita Maslan Yusoh dalam Harakahdaily. Kita akui Maslan bersifat tulus , namun analogi beliau sekali dengan mengimbas 1 juta kakitangan terbela dan suka sementara kakitangan bukan kerajaan 24 juta terkapai2 Begitu jika dibaca sekali lalu. daripada 24 juta rakyat Malaysia. Mungkin selebih masih kecil dan disarai oleh emak ayah atau penjaga. Niat pemberitaan Harakahdaily itu bukan lah mutlak suara PAS membangkang kenaikan gaji , terkadang lebih kepada gaya penulisan pemberita itu sendiri, mereka yang jadi wartawan faham benar. Maslan bermaksud membandingkan bahawa jumlah banyak manusia, yang perlu kerajaan bela dan tidak mahu di sama abaikan. Beliau mahukan keadilan disamaratakan. Ini bukan bermakna PAS tidak mahu gaji naik, tak mahu rakyat atau kakitangan senang. Halusi tulisan beliau
Kita jangan lupa kenaikan gaji itu bersifat huluan, banyak lagi bersifat hiliran yang sering akan dinikmati faedah bersama. Mari kita paparkan sekarang penoreh getah menikmati RM270 sekilo sekerap (getah buku) hampir berjalan 2 tahun. (Kecuali yang tak bertanah atau malas). Peladang dan peneroka kelapa sawit dalam 3 bulan ini menerima RM470 setan. (Bagi peneroka Felda paling koman dan busuk-busuk 5 tan), kasarnya RM2400 sebulan. Nelayan sakit sikit dengan orang kampung. Pendek kata jika mereka rasa susuah dah lama kerajaan yang ada tumbang.
Justeru, Maslan walaupun berada dalam kumpulan pembangkang janganlah pemberitaan nya membangkang , mindanya diubah sikit sebab kita wartawan mesti bersifat kritis, Jadilah Rahim Kajai bapa wartawan yang pada masa sama pencetus kepada perubahan minda. Tulis nya dibuat banyak analisa dan rujukan, jangan ikut rasa. Sebab tulisanibarat tajam lagi daripada mata pedang.
Maka kita sebagai manusia kena akui, ada bidang pengkhususan kerja masing2. mana mungkin 24 juta jadi kakitangan kerajaan, 24 juta jadi guru, 24 juta jadi usztaz............... Kadar2 menulis dan mengecam. Halakan peluru anda ke tempat yang SEWAJARNYA. Polemik gaji naik tiada kesudahannya.
No comments:
Post a Comment