Bagi lah apa alasan PM dan kabinet letak jawatan
Bagilah apa juga sebab...
Berilah apa jua alasan
Tunjukkan ape-ape hujah
Depa tak akan letak jawatan
MAKA MARILAH KITA SEMUA PAKAT2 LETAK JAWATAN
HAA..HAA..HAA
Bagi lah apa alasan PM dan kabinet letak jawatan
Bagilah apa juga sebab...
Berilah apa jua alasan
Tunjukkan ape-ape hujah
Depa tak akan letak jawatan
MAKA MARILAH KITA SEMUA PAKAT2 LETAK JAWATAN
HAA..HAA..HAA
Kita terpanggil dengan isu muktahir ini. Seramai 23,000 orang doktor kontrak ugut letak jawatan. Malah sudah ramai meletakkan jawatan serta merta. Isunya tiada prospek masa depan meneruskan tugasan dalam profession ini.
Kita pun sukar faham bagimana pola fikir kerajaan, para pembuat dasar dalam memberi keadilan khususnya kepada golongan ini.
Ungkapan kata-kaata dan tulisan tidak akan dapat kita tejemah bagi wakili pihak mereka. Dalam erti kata lain tugas dan tanggungjawab murni kerja buat mereka dalam menjaga 'nyawa' rakyat sukar masyarakat awam fahami. Lebih-lebih lagi untuk memahamkan para pembuat dasar bagi displin sektor perkhidmatan yg berkenaan.
SUKAR, KITA MAHU TAFSIR POLA PANDANG PARA PEMBUAT DASAR
Begitu juga, kita lihat bagaimana nasib anggota ATM dan PDRM. Layanan , jaminan kesinambungan hidup dan kehiduan mereka 'GAGAL' mendapat pembelaan, perhatian dan pertimbangan yang BAIK.
Kita, sebagai orang awam gagal juga faham, kecuali mereka yg berada ditempat dan kedudukan siempunya diri. Sebagai satu contoh seorang pesara tentera yg meneroka tanah haram dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun serta denda RM20k.
Nasib seorang pesara tentera Misi MALBAT ke Bosnia, jadi geladangan bawah jambatan selama 2 tahun bersama keluarga. Walaupun ada yg anggap sebagai kes terpencil.
Negara kita kaya , mewah dan banyak hasil-hasilannya, kenapa gagal urus rakyat dengan BAIK
Tu la...dah Tok Guru marah, hampa PH amalkan politik kotor, asyik 'wirid' nk jadi PM je..Tipu rakyat, rakyat ramai yg jahil dan bodoh. Kena tipu jee...
Hangpa mcm org jual ubat..penipu. Tu dia ..habih semua penjual ubat, memang penipu..Siap hangpa pejual ubat..x marah ka..demo lah wahai semua penjual ubat..depa ni ada persatuan ke dak..para penjual ubat
Habih dah semua puak PH..adalah musuh Islam..Hangpa musuh Islam oi...musuh Islam katogeri macam mana tak tau...tapi jangan sama dgn level Abu Lahab dah kot....atau Abu Jahal
JANJI MANIFESTO GAGAL DITUNAIKAN, JANJI PULA
SELESAIKAN COVID-19
Demikianlah terdapat amalan politiking murahan semata-mata untuk menipu rakyat yang lemah akalnya dan mudah lupa atau jahil berkenaan segala-galanya. Mereka lupa betapa janji Pilihan Raya Umum-14 yang lalu tenggelam dalam perbalahan siapakah yang patut menjadi Perdana Menteri, bukannya mereka berusaha memenuhi kewajipan bagi menunaikan janji manifesto. Setelah kerajaannya hilang, pihak lain pula yang dipersalahkan.
Berfikirlah dengan matang dan sejahtera. Adakah mereka yang tidak mampu menunaikan janji PRU-14 yang sedikit, tiba-tiba hari ini mendakwa mampu menyelesaikan masalah Covid-19 yang sedang merebak ke seluruh alam di muka bumi. Walhal sehingga sekarang belum ada mana-mana negara yang berjaya menanganinya.
Adakah mereka yang sebegitu rupa masih boleh dipercayai, apabila secara tiba-tiba bertempik dengan berdemonstrasi dan mengangkat slogan gagah perkasa kononnya mampu menghadapi wabak yang melanda seluruh dunia hari ini. Sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan?
Berpolitik tidak seharusnya menjadi seperti penjual
ubat yang menipu pelanggan, dengan menggunakan cara kotor yang diharamkan.
Mungkin politik yang diamalkannya berpisah daripada sempadan agama dan moral
yang luhur, suatu sifat yang tidak boleh diterima oleh masyarakat yang
beragama, berakhlak dan berakal sihat. Inilah sebenarnya yang dinamakan dengan
politik yang kotor.
Rakyat dihabiskan masa dengan cara yang kotor ini,
khususnya disebarkan melalui media tanpa sempadan yang membawa wabak yang
merosakkan kefahaman dan mempengaruhi masyarakat sehingga ramai yang
diperbodohkan. Caranya hanyalah menyebarkan masalah yang belum selesai di
seluruh dunia sebagai alasan kegagalan dan menutup banyak kejayaan yang telah
dicapai.
Lebih parah sekiranya gerakan yang merosakkan
masyarakat ini didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia
memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia
menjadi tentera upahannya. Lebih malang lagi, apabila penganut Islam berwalikan
(bertuankan) kepadanya.
Maka, seluruh rakyat wajib bersatu dalam menghadapi wabak penyakit pemikiran dan kefahaman yang lebih berbahaya daripada wabak Covid-19. Suatu wabak yang boleh mematikan syakhsiah umat, bahkan lebih berbahaya jika dibandingkan dengan wabak Covid-19 yang mematikan jasad serta mencabut roh mereka yang masih beriman dan berakhlak mulia.
Kita telah berjaya menjatuhkan kerajaan yang tidak bermoral itu, dengan dibantu oleh mereka yang sedar akan kebocoran bahteranya sendiri. Kemudian, digantikan dengan kerajaan yang bertanggungjawab dengan penuh kesabaran dan menunaikan kewajipan kepada rakyat tanpa sebarang janji manis. Hal ini demikian kerana, perkara yang wajib hendaklah ditunaikan dan tidak semestinya dilakukan hanya setelah berjanji. Walau bagaimanapun, ia tetap wajib ditunaikan, malah berdosa sekiranya tidak ditunaikan.
Lebih besar dosanya jika tidak menunaikan janji
dalam perkara yang wajib ditunaikan oleh sesebuah kerajaan. Apatah lagi berdosa
sekiranya menghabiskan masa dengan perebutan jawatan yang diharamkan
meminta-minta dan menjadi kecintaan hidup duniawi. Malah berdosa kerana
berbohong dan menipu rakyat demi mencapai cita-cita sehingga menghalalkan
segala cara.
Rasulullah SAW telah ditunjukkan pada malam Isra’
dan Mi‘raj, bahawa seorang yang memikul berkas kayu yang tidak mampu diangkat,
tiba-tiba menambah lagi bebanan beberapa kali sehingga menjadikannya lebih
tidak berkemampuan. Keadaan tersebut menunjukkan adanya kalangan manusia yang
bersifat demikian, penyakit yang wajib dijauhkan dan tidak layak untuk memimpin
negara dan rakyat.
Sesungguhnya amanah untuk mentadbir politik negara
merupakan satu tanggungjawab yang paling besar kepada manusia. Firman Allah
SWT:
﴿إِنَّا
عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ
أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ
ظَلُومًا جَهُولًا٧٢ لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ
وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا٧٣﴾
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami)
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka semuanya
enggan memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya (kerana tiada
pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan
persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Sesungguhnya kebanyakan
manusia itu amat zalim dan amat jahil. (72); (Dengan kesanggupan manusia
memikul amanah itu maka) Akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang
munafiq serta orang-orang perempuan yang munafiq, dan orang-orang lelaki yang
Musyrik serta orang-orang perempuan yang Musyrik; dan sehingga Allah menerima
taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang
beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (73).”
(Surah al-Ahzab: 72-73)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13
Zulhijjah 1442 / 23 Julai 2021
Keputusan Presiden UMNO dan MT Umno nampak macam BETUL. Bila mana menarik sokongan kepada PM Tan Sri Mahiadin Yassin DAN KERAJAAN PN.
Manakala MP UMNO melakukan tindakan sebaliknya. Nampak Presiden UMNO dan MT UMNO membuat keputusan macam BETUL
Nampak macam pendemik Covid juga. MP UMNO dilanda 'Virus Penting Diri'. Asal AKU , rakyat ada AKU kisah. Negara ADA AKU KISAH. INTEGRITI ada Aku Kisah. RASUAH ada Aku Kisah. Negara MUFLIS ada aku kisah.
[“BUKAN KERAJAAN, SEBALIKNYA RAKYATLAH YANG GAGAL BANTU
KERAJAAN.”
Rakyat yang dikurung tanpa boleh berkerja hampir setahun
tetapi rakyat juga dipersalahkan, sungguh aneh.
👆KENYATAAN KETUA PENERANGAN DMP PAS MALAYSIA
Tu dia lagu mana deme memikior yong oi....ambo pun x faham. Kalu gitu buapo lah jadi kerajaan. Orang tugas dan tanggungjawab kerajaan
1. menyediakan kemudahan asas kepada rakyat
2. menyediakan peluang pekerjaan
3. membangun , memperkembangkan , menperkaya, memperkasakan sumber ekonomi bagi manfaat
4. mensejahterakan kehidupan rakyat
ada banyaklah.... semua di atas kerajaan buat untuk rakyat Yong oi....
Dalam orng ramai dan ramai orang yg terkesan dengaan Covid 19. Banyak benda dan perkara yg depa dok perati. Semuanya ada nilai dan dinilai oleh mereka.
Katanya, satu benuk pembaziran , sekiranya semua MP dan wakil rakyat dok nak tampal muka depa dan logo parti depa kt pek makanan. Betul juga..
Satu logo bersama gambar warna pada pek bakul makanan katanya memakan kos RM5. Tu semua duit pembayar cukai dan rakyat. Manfaat katanya kalau beli sebuku ban roti yg sama dengan kos poster pek bakul makanan tu
Betul juga ....
1. Sama-samalah kita lihat dan telusuri apa kata pakar tetang konsep negara dan kerajaan.
2. Klaim mereka kerajaan hari ini gagal, tapi negara tidak gagal
3. Adakah sama maksudnya kerajaan itu negara. Dan negara itu kerajaan
4. Fahaman awam dan fahaman akademik tentang negara itu kerajaan dan kerajaan itulah negara
ISTILAH NEGARA
Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik.
Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya.
Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.
Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya.
Penggunaan ini dikatakan
timbul sebagai percubaan membezakan "negara bangsa" daripada
"negara" (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan,
seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Dalam bidang sains sosial, istilah pemerintah[nota bahasa 1] atau kerajaan[nota bahasa 2] merujuk kepada para penggubal undang-undang, pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara pada sesuatu waktu yang tertentu (yakni sebuah pemerintahan - Tulisan Jawi: ڤمرينتهن) serta juga kepada sistem digunakan untuk mengendalikannya.
[1][2] Pemerintahan ialah cara yang digunakan untuk
menguatkuasakan dasar negara, serta juga mekanisme untuk menetapkan dasar
negara.
Negara-negara dilayani oleh pelbagai pemerintahan yang berturut-turut dan berterusan.[3] Setiap pemerintahan yang berikut terdiri daripada satu badan individu yang menguasai pembuatan keputusan politik.
Fungsinya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, menggubal undang-undang yang baharu, dan menimbang tara pertikaian.
Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan ini sering merupakan golongan lingkaran atau golongan keturunan.
Dalam masyarakat yang lain pula, misalnya dalam negara demokrasi,
peranan politik masih dikekalkan tetapi terdapat pertukaran orang yang kerap
untuk mengisi jawatan-jawatan itu.[4]
Dalam kebanyakan masyarakat Barat, terdapat juga perbezaan yang nyata antara kerajaan dengan negara. Ketaksetujuan awam terhadap sesuatu pemerintahan (diungkapkan, misalnya, melalui tidak memilih pemerintahan kini) tidak semestinya membayangkan ketaksetujuan terhadap negara pada dirinya (yakni rangka kerja pemerintahan itu). Bagaimanapun, dalam sesetengah rejim totalitarian, tidak adanya perbezaan yang ketara antara rejim dan negarA
Sebenarnya, pemimpin dalam rejim sebegini sering mencuba mengaburi perbezaan antara kedua-dua itu demi menggabungkan kepentingan diri semata-mata dengan kepentingan negara.[5]
Apalah kerajaan PN ni. Najib dah remuk hatinya...
Petandanya apa ? Jawapannya kerajaan PN GAGAL tangani hal rakyat...
Belah sana , belah sini, pakat MABUK dan GILA ke kuasa..
Hangpa bagilah apa je , alasan dan sebab, org NAMPAK MACAM GILA KUASA
OT95 akan cameback sebagai PM..tengoklah kalu x caya
Hampa tunggulah drama ni...
Apabila golongan cerdik pandai bersimpati dengan wakil rakyat. Bawah kebebasan bersuara dan demokrasi. Kita boleh setuju dan boleh tidak setuju.
Jadi kalu nak wakil rakyat berfungsi dengan fungsi yg betul seperti yg dibincangkan oleh cerdik pandai.
Maka tugas kerajaan yg utama penuhi kebajikan dan keperluan rakyat. Bila dah tip top kebajikan rakyat wakil rakyat boleh lah simpan duit dan tidak lah jadi pegawai kebajikan lagi.
jadi jgn jadikan wakil rakyat, tempat nk tanda tangan bantuan lah, nak sah itulah nak sah ini lah.
nk minta mohon tanah lah, nak mohon biasiswa..ni cerdik pandai yg ada nio tegurlah kerajaan, perbetul sistem tu dulu...
malaih nk ceter banyak...cendiakawan kita ni duk dalam sistem ke dok luaq sistem...???
Patut depa ni, bincang macam mana nak kesian ke rakyat. nampak sistem sosialis macam betul je kan..
SHAH ALAM - Mentaliti yang menganggap ahli Parlimen atau wakil rakyat sebagai tempat untuk mengadu mengenai perkara berkaitan kebajikan perlu diubah daripada pemikiran masyarakat Malaysia sekiranya mahu membebaskan politik negara daripada amalan rasuah dan politik wang.