Tuesday, July 13, 2021

ANTARA: Negara Gagal atau Kerajaan Gagal

1. Sama-samalah kita lihat dan telusuri apa kata pakar tetang konsep negara dan kerajaan.

2. Klaim mereka kerajaan hari ini gagal, tapi negara tidak gagal 

3. Adakah sama maksudnya kerajaan itu negara. Dan negara itu kerajaan

4. Fahaman awam dan fahaman akademik tentang negara itu kerajaan dan kerajaan itulah negara


ISTILAH NEGARA

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. 

Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. 

Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

 

Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya. 

Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan "negara bangsa" daripada "negara" (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan, seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

 

MANAKALA BAGI MAKSUD KERAJAAN PULA

Dalam bidang sains sosial, istilah pemerintah[nota bahasa 1] atau kerajaan[nota bahasa 2] merujuk kepada para penggubal undang-undang, pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara pada sesuatu waktu yang tertentu (yakni sebuah pemerintahan - Tulisan Jawi: ڤمرينتهن) serta juga kepada sistem digunakan untuk mengendalikannya.

[1][2] Pemerintahan ialah cara yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar negara, serta juga mekanisme untuk menetapkan dasar negara.

 

Negara-negara dilayani oleh pelbagai pemerintahan yang berturut-turut dan berterusan.[3] Setiap pemerintahan yang berikut terdiri daripada satu badan individu yang menguasai pembuatan keputusan politik. 

Fungsinya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, menggubal undang-undang yang baharu, dan menimbang tara pertikaian.

Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan ini sering merupakan golongan lingkaran atau golongan keturunan. 

Dalam masyarakat yang lain pula, misalnya dalam negara demokrasi, peranan politik masih dikekalkan tetapi terdapat pertukaran orang yang kerap untuk mengisi jawatan-jawatan itu.[4]

Dalam kebanyakan masyarakat Barat, terdapat juga perbezaan yang nyata antara kerajaan dengan negara. Ketaksetujuan awam terhadap sesuatu pemerintahan (diungkapkan, misalnya, melalui tidak memilih pemerintahan kini) tidak semestinya membayangkan ketaksetujuan terhadap negara pada dirinya (yakni rangka kerja pemerintahan itu). Bagaimanapun, dalam sesetengah rejim totalitarian, tidak adanya perbezaan yang ketara antara rejim dan negarA

Sebenarnya, pemimpin dalam rejim sebegini sering mencuba mengaburi perbezaan antara kedua-dua itu demi menggabungkan kepentingan diri semata-mata dengan kepentingan negara.[5]


1 comment:

Abd Halim said...

Kenapa dari kenyataan Rahman DAhln kata covit akan turun dan ekonomi akan naik. Maksudnya kerajaan sekarang bukan kerajaan gagal, seperti juga negara-negara lain.