Sunday, August 11, 2013

Pilihanraya: SPR mahu ubah sistem BARU ?

Satu harapan baru ? Atau ia nya sekadar gimik politik baru SPR. Selepas rakyat segenap lapisan membelasahnya kecuali orang kampung yang sayang dan cinta buta dengan Umno dan Noh Omar serta MP Kulim Bandar Baru serta Lenggong sahaja, SPR adalah TERBAIK kalangan orgaanisasi pengendali pilihanraya. Yang masih menganggap sistem pilihanraya negara ini adalah yang terbaik di dunia.

Apakah motif dan tujuan Najib 1Malaysia yang beliau mahu buat. dan apakah mimpi Aziz SPR. Mungkin Umno dan MP Umno masih lagi berbangga dengan kekuatan Umno yang menang banyak kerusi Melayu dan Umno pada hakikat adalah parti tunggal kuat orang Melayu. Umno berjaya 'kecundangkan PAS' pda PRU lepas.

PRU13 yang lalu keputusannya adalah memberikan 'episod' malang bagi PAS. Malah kalangan pembangkang DAP dan PKR , parti PAS adalah parti yang 'paling merosot' jumlah kerusi yang dimenangi berbanding dengan jumlah kerusi yang ditandinginya.

Justeru, kita perlu melihat apakah 'bentuk baru sisitem SPR ' mahu perkenalkan. ia masih terlalu awaal. SPR minta bentangkan dahulu cadangannya ?

SPR bentang cadangan ubah sistem pilihan raya


Abdul Aziz Mohd. Yusof
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan kepada parti-parti politik berhubung cadangan mengubah sistem pilihan raya negara yang diamalkan ketika ini bagi mendapatkan persetujuan semua sebelum dilaksanakan pada masa depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara.

"Ada perkara yang sudah kita buat tetapi perkara yang serius kita sedang mengkaji lagi dengan teliti.

"Banyak perkara sedang diteliti seperti pendaftaran pemilih secara automatik, persempadanan semula, mewujudkan badan lain yang mengendalikan pendaftaran pemilih, penglibatan badan asing dalam sistem pilihan raya umum dan sebagainya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, SPR juga akan mengkaji dengan serius sistem majoriti mudah (first past the post) yang diguna pakai sejak merdeka sama ada boleh digabungkan dengan sistem lain seperti sistem campuran (parallel system) atau sistem undi popular.
Katanya, untuk tujuan itu, SPR turut menjadikan sistem pilihan raya yang diamalkan di negara-negara lain sebagai rujukan sebelum memastikan sama ada ia sesuai dilaksanakan di negara ini.
"Kita kaji semua sistem yang ada di luar negara dan akan dibentangkan kepada parti-parti politik. Yang penting, untuk membolehkan ia dilaksanakan, semua perlu bersetuju di Parlimen. Lebih penting kita perlu kaji dengan teliti terlebih dahulu," katanya.
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pelbagai pihak mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula sistem pilihan raya sedia ada termasuk keperluan menukar kepada sistem lain yang lebih telus dan adil.
Namun, ada juga berpendapat sistem majoriti mudah yang diamalkan negara kini adalah yang terbaik kerana membawa pembangunan secara serentak di setiap kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat masing-masing.



No comments: