Apakah undang-undang dalam negara ini sudah tidak dipercayai. Rakyat mengambil sikap menilai bahawa keadilan sudah tidak dapat ditegakkan melalui sistem keadilan atau kehakimanan negara ?
Atas apa alasan sekalipun, hujah apa sekalipun Hari ini, sahaja sudah lima kes kejadian rakyat negara kita teah ditembak. Kenapa kejadian sebegini semakin kerap berlaku, kerana dikala kita sentiasa laungkan negara kita adalah negara paling selamat didunia, negara kita paling aman di dunia, negara kita paling dirahmati, negara kita paling tiada gema dan sebagainya. Kita mendakwa kita amat sempurna itu dan ini.
Ironisnya teringat penulis satu waktu dahulu, bila harga minyak naik.Pimpinan negara mengatakan, negara kita adalah negara yang paling murah minyaknya di dunia. Di kala harga gula naik, pimpinan negara kita dakwa jangan pula makan gula kerana elakkan kencing manis.
Kini, apa lagi yang pimpinan kita mahu kata. Apa lagi alasan mereka. Apa lagi hujah mereka dan apa lagi dalih mereka. Kejadian pembunuhan ini kini tidak memilih. Bermula dengan kejadian guru ditembak , pengasas bank ditembak , kini pula pengawal keselamatan pula ditembak. Apa nak jadi dengan negara kita ?
Siapa salah, dan apa salahnya kita ?
No comments:
Post a Comment