Saturday, June 29, 2013

Rakyat Tiada Rumah: Baru Nak sedar ?


Hampir separuh tiada rumah
















HARGA rumah yang semakin meningkat menjadi halangan utama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Katanya, kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
Menurutnya, rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama di sini semalam.



Friday, June 28, 2013

Pandangan Sisi Aziz Bari -menjelang PRK Kuala Besut

Situasi di Dun Terengganu akan jadi sejah paling istimewa. Bilamana kedudukan kerusi Bn dan PR sama banyak. Dun Terengganu mempunyai 32 kerusi. Selepas PRU 13 yang lalu UmnoBn mendapat 17 kerusi dan PR pula 15 kerusi.

Dengan takdir Allah kerusi Dun Kuala Besut berlaku kekosongan kerana berlaku kematian wakil rakyatnya Dr Abdul Rahman yang mewakili Umno Bn. Beliau meninggal kerana sakit kanser.

Situasi ini amat mencemaskan kerana kedudukan UmnoBn memerintah negeri ini semakin 'genting'. PAS yang mewakili PR pula mencongakkan kemenangan kerana ia boleh merubah senario politik Terengganu itu sendiri.

Penganalisa ramai membuat jangkaan itu ini, kedua-dua pihak kini mula berkira-kira. Rakyat Kuala Besut akan kembali untung kerana berlaku pilihanraya kecil. dan dalam masa yang sama akan ditipu lagi bagi ke sekian kalinya dengan Janji DiTepati.

Apapun lihat jika senario 16-16 kerusi UmnoBn dengan PR, apa kata pakar perlembagaan negara kita ...



Sultan boleh bubar DUN T'ganu, kata pakar perlembagaan
 
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.

Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.

Tuesday, June 25, 2013

Asal ada Umno, apa-apa pun BETUL ?

Akhirnya Husam Musa dibebaskan oleh Polis. Banyaklah motif dan persoalan yang perlu dijawab. Bermula dengan 'fatwa' Husam mereka yang hadiri BlokOut 505 matinya adalah syahid.

Jadi benarlah kata-kata Mohd Sabu dalam ceramahnya yang Dato Tamrin memaklumkan kepadanya,Semasa dalam Umno aku buat jahat, kerajaan tidak buat apa-apa atau tangkap aku, tetapi bila aku buat baik duduk dalam pembangkang aku cakap benar dan buat baik, Aku ditangkap.

Inilah dunia politik yang semakin terbalik di Malaysia. Politik Malaysia kita jangan fikir logik kena berfikir sebaliknya. Politik Malaysia apa-apa pun pelik, asal sebelahnya yang namanya Umno untung. Kalau Umno apa-apa pun boleh.

Selain daripada apa-apa yang berlaku semua salah anwar lah




Ribuan sertai majlis Free Husam, Exco dakwa Umno terlibat

Muhammad Yusri Amin,25 Jun 2013

(Orang ramai yang memenuhi majlis ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi)

KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14).

Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan.

“Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya ditahan.  Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya.

Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Ma’rif, Pasir Tumboh malam tadi.


(Datuk Dr Fadhli berucap di majlis ceramah Free Husam malam tadi)

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri.

Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran Mohamed Zaki Ibrahim, Adun Tawang yang juga Pemangku Dewan Ulama PAS Kelantan Hassan Mahmood, Adun Gual Periuk Mohamad Awang. 

Ketua Lajnah Guaman PAS Kelantan Hisyam Fauzi, mantan Setiausaha Politik MB Kelantan Annual Bakri Haron dan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Nazeri Deraman turut hadir.

Husam yang ditahan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak 23 Jun dan dibebaskan kira-kira 5.00 petang 24 Jun semalam dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta jaminan polis, dalam tempoh sebulan.

“Sekarang ini setiap pergerakan yang dibuat (badan-badan kerajaan), mesti ada perancangan Umno-BN, tambahan pula dia (Umno-BN) sedar bahawa (prestasinya) pada PRU-14 nanti dia amat teruk.  

"Jadi mereka akan buat perancangan daripada awal lagi supaya tidak berlaku sebagaimana pilihan raya baru-baru ini,  dia rasa nak mati sangat-sangat.  Jadi ini adalah perancangan dia, ini baru permulaan.

“Jadi ini sangat-sangat merisaukan kita," kata Fadhli.

Sunday, June 23, 2013

Siapa tiru siapa ?

Salahkah mereka ? Mereka hanya cuma mahu mencari keseronokan. Siapakah yang mengasuh mereka. Dalam situasi ini, rakan penulis selalu berhujah bahawa kita semasa muda pun pernah lalui pengalaman sebegini.

Pemikirannya sama dengan pemikiran Dr M. Cara fikir adalah sama denga cara Dr m fikir dan macam dr M berhujah sama. Justeu, siapa tiru siapa ?

Buat maksiat dalam pesta buih

SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pub yang ditahan selepas pihak berkuasa 
menyerbu pesta liar mandi buih di Jalan Yap Kwan Seng semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng di sini kelmarin.
Lebih memeranjatkan apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka.
Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan dibantu anggota polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.
Difahamkan, pelanggan dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut.
Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut menahan dua pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penganjur parti mengikut Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana menggalakkan maksiat.
Tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.


Tuesday, June 18, 2013

Kesan Sampingan Kehadiran Warga asing ke negara kita

Mungkin maklumat ini, tidak dapat menyentuh keterujaan rakyat kita. Tetapi kedatangan pendatang asing dan kes jenayah yang mengiringi kedatangan mereka ke negara ini cukup membebankan.

Mungkin alasan itulah harga pembangunan yang terpaksa Malaysia tanggung. Pemimpin kena memikirkan tentang masa depan. Dan kita amat menyokong langkah kementerian Dlm Ng mengambil pendekatan jangka pendek ini, cadangan itu mestilah dilaksanakan dan kita mahu hanya sekadar laporan dalam akhbar semata-mata

Malaysia tanggung kos banduan asing RM400,000 sehari


NIBONG TEBAL - Kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM400,000 sehari bagi membiayai 11,500 banduan asing di beberapa penjara di negara ini dan sedang mencari jalan bagi mengurangkan bebanan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya mencadangkan agar banduan warga asing ini dipindahkan ke negara asal mereka menerusi persetujuan kedua-dua negara.
Menurut beliau, langkah tersebut dilihat lebih praktikal bagi memastikan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk setiap banduan dapat dikurangkan.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan beberapa buah negara agar satu mekanisme memindahkan banduan (ke negara asal) untuk menjalani baki tempoh hukuman yang dikenakan.
"Secara kasar, kerajaan membelanjakan RM35 sehari untuk seorang banduan menjadikan anggaran kira-kira RM1.35 juta sehari bagi membiayai seramai 39,144 banduan di semua penjara di seluruh negara," katanya.

Tuesday, June 11, 2013

Bila Islam Mulai Bangkit ....sebelah Barat

Kutipan daripada blog sahabat : -

Kisah Menarik Wanita Kristian Bertudung Yang Berbicara Tentang Islam

Sebenarnya ada banyak kisah menarik dan pelik di dunia ini, termasuk kisah yang ingin di kongsikan ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza pula dengan seorang wanita Amerika satu ini, walaupun masih beragama Kristian tetapi beliau lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam. 


Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Beliau memberikan pandangannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian walaupun telah memakai tudung:


“Saya sudah tertarik dengan Islam dalam sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.


Misalnya, perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.


Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.


Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, “Bersikaplah baik satu dengan yang lain.” Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.


Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.


Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,

Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:

Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.

Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.
Wallahu Alam
sumber

Monday, June 10, 2013

Harga kereta turun : Apa lagi rakyat mahu nih ...!

Apa lagi yang rakyat mahu hah... Kini, kerajaan menurunkan harga kereta jumlahnya 10 jenis model ..wow hebat. Dalam hal ini kita berterima kasih kepada kerajaan Bn yang baru, kerana mengambil pendekatan pepatah biar lambat asal selamat maka pendekatan seumpama kura-kura jalan mengesot' bermaksud dengan kata lain turun secara berdikit demi dikit sahaja. Biar rakyat terasa selamat , selesa dengan kadar  penurunan semacam itu.

Dalam hal ini, kerajaan tidaklah nampak tergopoh gapah atau  terburu-buru, kerajaan membuat keputusan berhemat rakyat pun tidaklah terbeban sangat. Mungkin 10 model dipilih sebab ini kerana, model jenis-jenis ini tidak akan menyesakkan jalanraya kot agaknya ? Dan juga penurunan ini adalah adalah yang terbaik berbanding dengan negara-negara lain di dunia.

Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang pertama sekali menurunkan harga kereta di dunia. 

Apa pun, terima kasih kerajaan ......




10 model kereta turun harga

Mohamad Madani
KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.

Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.

Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.

"Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.

"Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016," katanya kepada Utusan Malaysia.

Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.

"Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk," jelasnya.

Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.

Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.

"Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.

"Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.

"Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara," jelasnya.

Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.
"Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.

"Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan," tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.




Berpadaa-pada lah kita bergasak sesama kita ?

Kita sabar-sabarlah , selepas pilihanraya jangan kita sesama berganyang pulak. PAS kan selalu kata kita bebas bersuara, kita adalah pengamal demokrasi tulen, dengan teguran YB Khalid 'hala ke dalam' dengan alasan kesalahan atau kesilapan kita buat, tak kanlah naak tuduh dia macam-macam pula.

Janganlah kerja kita , alih tiang gol pula. Fokus kepada maksud sebenar, sekadar ini sahaja pandangan penulis

Khalid Samad Nak Jatuhkan Ulama & Presiden PAS?

Khalid Abdul Samad

KL: Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad dikaitkan dengan usaha untuk menjatuhkan ulama dan Presiden Pas. Namun beliau menafikan tuduhan tersebut di Shah Alam semalam.

“Itu satu kenyataan rambang dan tidak bertanggungjawab. Tulisan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tetapi saya ingin akui tindakan berkenaan silap dan tidak sepatutnya berlaku dan jangan sekali-kali diulangi." 

Beliau juga menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti pada pemilihan Pas, dijadualkan hujung tahun ini. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, beliau tidak berhasrat menggunakan isu insiden hitam di Kota Damansara pada PRU13 lalu sebagai kempen pemilihan itu.

“Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang.
“Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin ke arah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun.

Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan,” katanya dipetik menerusi blognya http://www.khalidsamad.com/ kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak yang dilemparkan terhadapnya susulan kenyataan beliau mengenai isu tersebut sebelum ini. Dalam pada itu, Khalid menegaskan, semua kenyataan beliau mengenai insiden di Kota Damansara itu adalah berdasarkan kepada hujah dan ia sepatutnya perlu dijawab dengan cara itu juga sekiranya ada pihak tidak bersetuju terhadap pendiriannya.

“Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej Pas yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD (Kota Damansara), bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro Pas bersama PR (Pakatan Rakyat).

“Tulisan saya tidak langsung dituju kepada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang apa yang silap dari siapa yang silap,” katanya. (IH)

Lihat sebelm ini...

Sunday, June 09, 2013

Jambatan Runtuh: Mana dia permohonan maaf daripada pemimpin 1Malaysia ?

Di kala masyarakat seluruhnya disuruh berdiam diri, sudah sudah lah berpolitik atau berhenti main politik kerana pilihanraya yang diibaratkan sebagai ibu segala pilihanraya  baru sahaja selesai. Dengan rakyat memberi mandat kepada Bn menang dengaan 133 kerusi dan PR dapat selebihnya daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Seruan supaya berhenti berpolitik itu bukan sahaja datang daripada mulut pimpinan poltik tetapi datang daripada media-media sosial, dan lebih ketara oleh agamawan yang dibeli UmnoBn.

Maka dikala itu dengan tidak semena-mena. Dengan takdir ALlah penyambung jambatan ke 2 yang terpanjang di Asia Tenggara 'runtuh' , satu nyawa terkorban. Namun sebelum ini kejadian seumpama itu hanya berlaku  di Terengganu sahaja. Pada kali ini, bukan lagi di Terangganu tetapi di Pulau Pinang, satu daripada negeri yang PR tawan pada pru yang lepas. Nampaknya runtuhan ni pun semakin merebak satu persatu, macam teori domina sahaja.

Setakat rencana ini ditulis PM dan lain-lain pemimpin UmnoBn belum lagi memberi reaksi, semua diam membisu, hanya yang berbunyi adalah menteri berkaitan sahaja akan lantik pakar dan badan bebas membuat kajian terperinci. habislah lagi duit rakyat ...


Kita amatlah malu dan sedih dengan tata kelola kerajaan UmnoBn. Rakyat sendiri dapat nilai dan lihat betapa bobroknya dan sambil lewanya cara kerajaan kelola projek besar.

Kesalahan ini, jangan hanya ditunding kepada kontraktor yang membuat projek berkenaan. tetapi kena sama dipersoalkan dimanakan amanah serta tanggungjawab.

Dalam banyak kesalahan yang dibuat PM 1Malaysia hanya memohon maaf semasa hendak meraih undi sahaja bila dekat dengaan pilihanraya. Kini, ke mana perginyaa permohonan maaf daripada PM ? Adakah beliau langsung tidak rasa bersalah ?




Apa hal dan apa khabar dengan ahli akdemik ni ?

Maka al kisah selepas pilihanraya barulah Utusan mengaku, bahawa DAP adalah parti kecil dan tidak mampu mendominasi pemerintahan di negara ini. Itulah pandangan seorang ahli akademik. 

Rakyat ditipu lagi, ahli akademik ini penulis kenal. Lazimnya beliau seorang yang objektif, tetapi apa pun kita tinggalkan beliau kerana pandangannya nampak bias dengan aliran utusan sahaja.

Dalam pencerahan dan cambahan minda kita terima teguran beliau kepada DAP. Nantikan berapa lama lagi pandangan ini bakal kekal sebegitu. Kita nantikan kajian dan pandangan ahli akdemik ini tentang komponen parti dalam PR lah pulak.

Kita tahu memang kerja parti parti politik berpolitik sesama mereka. Jadi apa perlu orang-orang akademik 'masuk campur' dalam hal politik kepartian. Nah, kita tunggu apa jawaban daripada ahli akademik ini ? 

Ini kerana amalan Umno, agama suku dan politik suku. Umno tidak campurkan hal-hal politik dengan hal-hal lain dalam urusan hidup mereka. Jadi orang akademik marilah 'bicara hal-hal keakademikan' bukan masuk campur hal - hal politik berparti.

Boleh kah kita terima ...? Bagi sebelah depa nampak bulih sahaja lah...


DAP tidak layak tuduh UMNO parti perkauman - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR 7 Jun - DAP tidak layak untuk menuduh UMNO sebagai parti perkauman kerana parti itu sendiri terlalu kerdil dalam politik di negara ini selain mampu bertukar wajah seperti musang berbulu ayam.

Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, DAP tidak akan mampu memperoleh kemenangan lebih banyak kerusi Parlimen daripada yang sedia ada sekarang jika mengambil kira populasi penduduk Cina di Malaysia yang semakin mengecil.

Jelas beliau, dari segi teorinya, jika parti itu bertanding di kawasan pengundi berbilang kaum, maka DAP hanya mampu memperoleh majoriti 40 peratus, iaitu jumlah kemenangan yang jauh lebih kecil berbanding UMNO.

''Membandingkannya dengan UMNO, hanya menunjukkan DAP tak dapat membezakan antara konsep busut, bukit dan gunung, maka dalam konteks ini secara jelas DAP adalah parti bersaiz sebuah busut dan tidak layak dibandingkan dengan UMNO, sebuah parti sebesar sebuah gunung.

''Nampaknya DAP sudah menjadi parti bersaiz busut yang bongkak. Perangai Si Luncai DAP ini elok diperhatikan saja. Biarkan Luncai terjun dengan labu-labu kecilnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini yang menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.

Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan Guan Eng itu dilihat melucukan kerana DAP sendiri terbukti mengamalkan gaya politik cauvinis melampau sehingga meresahkan orang Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Shamsul Amri yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, adalah lebih baik DAP membandingkan kedudukan, tujuan, matlamat dan pencapaiannya dengan MCA yang ditubuhkan hanya khusus untuk kaum Cina.

Menurut beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu membuktikan perkara tersebut iaitu mereka menang semata-mata kerana sokongan pengundi Cina setempat.
''MCA dari awal menyatakan nama dan tujuan kewujudannya untuk kaum Cina, tidak berselindung dan bermuslihat serta berpura-pura sebagai parti berbilang kaum.

Saturday, June 08, 2013

Pelan strategik Besar Bn kekal menang didedahkan ?

Pilihanraya adalah peperangan, dan peperangan pula adalah 'satu tipu daya'. Bersandarkaan analisa seorang pakar lihatlah bagi mana UmnoBn memanupulasi sisitem bagi ia kekal sebagai penguasa dalam negara ini. Ini adalah salah satu nampak pelan startegik Bn bagi mengalahkan PR.

Dengan semua kawalan, sistem yang dibuat, jentera kerajaan yang berpihak dan memihak, kewangaan dan dana halal haram. Mereka duduk sepakat bermati-matian buat unjuran itu ini dan sebagainya merangka pelan bagi kekal kan kemenangan mereka.

Rakyat mahukan pendedahan seumpama inilah, agar mana-mana yang tidak cerdik, kembali menjadi pengundi atau pemilih yang cerdik pada masa akan datang.




'BN menang majoriti mudah dengan 20% undi PRU13'
 
BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.

Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah  pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Pada dasarnya begitulah bagaimana BN menang pilihan raya tersebut," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini.