Tuesday, June 25, 2013

Asal ada Umno, apa-apa pun BETUL ?

Akhirnya Husam Musa dibebaskan oleh Polis. Banyaklah motif dan persoalan yang perlu dijawab. Bermula dengan 'fatwa' Husam mereka yang hadiri BlokOut 505 matinya adalah syahid.

Jadi benarlah kata-kata Mohd Sabu dalam ceramahnya yang Dato Tamrin memaklumkan kepadanya,Semasa dalam Umno aku buat jahat, kerajaan tidak buat apa-apa atau tangkap aku, tetapi bila aku buat baik duduk dalam pembangkang aku cakap benar dan buat baik, Aku ditangkap.

Inilah dunia politik yang semakin terbalik di Malaysia. Politik Malaysia kita jangan fikir logik kena berfikir sebaliknya. Politik Malaysia apa-apa pun pelik, asal sebelahnya yang namanya Umno untung. Kalau Umno apa-apa pun boleh.

Selain daripada apa-apa yang berlaku semua salah anwar lah




Ribuan sertai majlis Free Husam, Exco dakwa Umno terlibat

Muhammad Yusri Amin,25 Jun 2013

(Orang ramai yang memenuhi majlis ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi)

KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14).

Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan.

“Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya ditahan.  Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya.

Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Ma’rif, Pasir Tumboh malam tadi.


(Datuk Dr Fadhli berucap di majlis ceramah Free Husam malam tadi)

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri.

Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran Mohamed Zaki Ibrahim, Adun Tawang yang juga Pemangku Dewan Ulama PAS Kelantan Hassan Mahmood, Adun Gual Periuk Mohamad Awang. 

Ketua Lajnah Guaman PAS Kelantan Hisyam Fauzi, mantan Setiausaha Politik MB Kelantan Annual Bakri Haron dan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Nazeri Deraman turut hadir.

Husam yang ditahan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak 23 Jun dan dibebaskan kira-kira 5.00 petang 24 Jun semalam dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta jaminan polis, dalam tempoh sebulan.

“Sekarang ini setiap pergerakan yang dibuat (badan-badan kerajaan), mesti ada perancangan Umno-BN, tambahan pula dia (Umno-BN) sedar bahawa (prestasinya) pada PRU-14 nanti dia amat teruk.  

"Jadi mereka akan buat perancangan daripada awal lagi supaya tidak berlaku sebagaimana pilihan raya baru-baru ini,  dia rasa nak mati sangat-sangat.  Jadi ini adalah perancangan dia, ini baru permulaan.

“Jadi ini sangat-sangat merisaukan kita," kata Fadhli.

No comments: