Tuesday, June 18, 2013

Kesan Sampingan Kehadiran Warga asing ke negara kita

Mungkin maklumat ini, tidak dapat menyentuh keterujaan rakyat kita. Tetapi kedatangan pendatang asing dan kes jenayah yang mengiringi kedatangan mereka ke negara ini cukup membebankan.

Mungkin alasan itulah harga pembangunan yang terpaksa Malaysia tanggung. Pemimpin kena memikirkan tentang masa depan. Dan kita amat menyokong langkah kementerian Dlm Ng mengambil pendekatan jangka pendek ini, cadangan itu mestilah dilaksanakan dan kita mahu hanya sekadar laporan dalam akhbar semata-mata

Malaysia tanggung kos banduan asing RM400,000 sehari


NIBONG TEBAL - Kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM400,000 sehari bagi membiayai 11,500 banduan asing di beberapa penjara di negara ini dan sedang mencari jalan bagi mengurangkan bebanan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya mencadangkan agar banduan warga asing ini dipindahkan ke negara asal mereka menerusi persetujuan kedua-dua negara.
Menurut beliau, langkah tersebut dilihat lebih praktikal bagi memastikan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk setiap banduan dapat dikurangkan.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan beberapa buah negara agar satu mekanisme memindahkan banduan (ke negara asal) untuk menjalani baki tempoh hukuman yang dikenakan.
"Secara kasar, kerajaan membelanjakan RM35 sehari untuk seorang banduan menjadikan anggaran kira-kira RM1.35 juta sehari bagi membiayai seramai 39,144 banduan di semua penjara di seluruh negara," katanya.

No comments: