Wednesday, February 27, 2013

Parlimen Bubar, Najib tercari cari 1 Isu ?

Hari ini parlimen masih belum dibubarkan, semua orang tertunggu-tunggu tentangnya. Bagi Najib ia cukup lebih resah, mendesak dan semakin terdesak juga, kini beliau berada dalam keadaan semakin gelabah. Banyak komen, saranan, cadangan, kritikan, cercaan, tohmahan dan sebagainya yang diterima serta dilemparkan kepadanya. Maka bukanlah senang bagi pihak dirinya itu.

Namun begitu, Najib nampak tenang, dan buat-buat tenang tetapi sememangnya ia sedang mencari-cari masa sesuai. Justeru apakah dia 'modal' atau kesilapan besar yang Pakatan Rakyat (PR) akan lakukan. Ini adalah formula ramuan terbaik baginya, dan sejak dulu-dulu pun PM sebelumnya telah menggunakan taktik dan teknik yang sama untuk mula membubarkan parlimen.

Justeru itu, pimpinan PR kini kenalah berhati-hati dalam tuturkata mereka. Menjaga hal ini, adalah sesuatu yang amat payah. Maka satu kesilapan kecil yang terkeluar akan menjeratkan PR pada kali ini. Kini, peranan pimpinan PR adalah cukup berat. Nampaknya pusingan ini adalah baik bagi pakatan pembangkang berbanding pihak kerajaan.

Maka inilah punca kepada kepayahan Najib untuk bubarkan parlimen. Dalam sitausi ini mana-mana pemberita dan pengamal media yang 'dapat memberikan hadiah ini(kesilapan kenyataan pimpinan PR) akan dapat 'laba' yang amat besar daripada Umno.

Mereka (pengamal media) kini, cukup bekerja keras bagi menjayakan Projek Ini. Status projek ini adalah sama penting dan sama kuat, malah lebih kuat lagi nilainya daripada Projek IC itu.Dan banyak timbunan isu yang menjadi liabiliti kerajaan dan Umno.

PM masih mampu tersenyum dengan kerjasama media, terbaru, sorotan Najib membalas kenyataan TGNA bahawa penerima BR1M umpama binatang, tidak diterima orang (masyarakat) sejauh mana. Paparan dan sorotan media arus perdana 'gagal' menyerlahkan kemarahan rakyat.

Malah, mereka terkedu kembali dengan mainan. Ini kerana blogger pembangkang sudah menjawab bagi pihak PR iaitu, jika kerajaan benar-benar ikhlas kenapa dan mengapakah mereka tidak memberi sebelum daripada ini. Dan untuk kemudahan rakyat (jika rakyat diutamakakan) kenapakah duit BR1M itu tidak di 'bank in' kan sahaja. Itu adalah lebih mudah kerana maklumat lengkap semasa penerima menerima BR1M kali pertama sudahpun ada dan tersedia.

Situasi berlaku adalah sebaliknya, penerima BR1M mestilah diambil dimajlis yang diadakan khas dengan wakil-wakil rakyat setempat diarahkan supaya memberinya.




Tuesday, February 26, 2013

Taatsetia, siapa kepada siapa ?

Siapa yang patut hargai siapa. Sepatutnya pemimpin kerajaan UmnoBn lah yang hargai rakyat. Ini kerana mereka telah memberi 'mandat' kepada UmnoBn memerintah Malaysia hampir 60 tahun. Ini adalah sejarah dan rekod parti yang memerintah paling lama di dunia.

Sememangnya kita di dunia diajar untuk hargai, apatah lagi penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan maka mereka amatlah hargai.

Dalam hal ini, kita janganlah minta penjawat awam sahaja yang hargai kerajaan. Maka kerajaan juga kenalah hargai juga penjawat awam. Begitulah sebaliknya.

Kita bimbang taat setia yang diminta oleh kerajaan itu dikhianati. Kerajaan dalam hal ini tidaklah salah, tetapi yang melakukan khianat adalah para pemimpin dalam kerajaan.

Kerajaan yang dihargai adalah kerajaan yang adil, kerajaan yang tidak zalim dan menzalimi rakyat. Kerajaan yang tidak mendera rakyat, kerajaan yang ditaati kerajaan yang menyenangkan rakyat. Maka barulah kita boleh mohon kakitangan atau pnjawat awam taat setia kepada kerajaan yang ada.

Jika kerajaan yag ada boros, rasuah, menyeleweng, salahguna kuasa, dan melakukan pelbagai kerosakkan , maka penjawat awam tidaklah wajib taat.

Maka penjawat awam selaku sebahagian rakyat awam hendaklah bertindak memperbetulkan kerajaan yang ada. Itulah hukum dan kaedah yang sepatutnya.

Janganlah taat dan setia membabibuta ?









Cuepacs: Penjawat awam perlu hargai kerajaan dengan sokong BN pada PRU13

26 Februari 2013
Presiden Cuepacs, Omar Osman
$entry.content.caption.value
IPOH - Penjawat awam termasuk pesara kerajaan perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum dan gaji maksimum.

"Sudah bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada kerajaan sekarang.

"Sebagai pemimpin kesatuan, saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota perkhidmatan awam, kita patut tahu mana yang baik dan buruk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata golongan itu perlu menghargai setiap pemberian kerajaan kerana sekiranya pembangkang memerintah negara ini segala manfaat belum tentu kekal.

Beliau juga berkata penjawat awam perlu bersiap sedia dan melakukan transformasi minda apabila kerajaan melaksanakan transformasi sektor perkhidmatan awam.

"Sama ada berpendapatan tinggi dan boleh atau tidak buat kerja, kita perlu bersiap sedia. Kalau tidak boleh, baik berhenti sahaja," katanya.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, beliau berkata pemberian bantuan itu membuktikan BN prihatin terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk penjawat am.

"Tidak ada benda yang tidak boleh dibuat kerana negara sekarang mempunyai banyak wang. Orang tidak ada kerja pun dapat wang," katanya.

Bantuan RM500 diberikan kepada setaip isirumah dan RM250 seorang kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah di bawah program BR1M. - Bernama

Jom Pakat Ubah, inilah masanya !

Macam-macamlah pulak ? Sejak bila pula dalam manifesto parti kena letakkan bajet kewangan dari dan ke mana wang mahu dibelanjakan.

Inilah tahap pemikiran menteri kabinet sekarang ? Nak bercakap sampai kehabisan modal dan hujah. Semakin lama semakin meracau sangat pilihanraya semakin tidak keruan menteri UmnoBn. Jem dan sesak memikirkan bagaimana mahu menidakkan apa yang sedang dan akan dijanjikan oleh kerajaan yang bakal menanti.

Masing-masing berlumba-lumba mengulas, agar dapat perhatian menjadi pahlawan atau pangeran di mata PM. Harapan dan niat agar PM 1Malaysia akan letakkan dalam senarai kabinet bayangan.

Kita masih ingat satu masa dulu dikala pembangkang hanya PAs dan DAP yang duduk serta lawan secara asing-asing mu mu dan aku aku. Menteri UmnoBn tidaklah pelik sangat, tetapi kini membukaa mata masing-masing. Semua kerana kedudukan mereka sudah terancam dan diancam.

Inilah namanya rahmat perjuangan, yang dihasilkan dengan kesabaran terhadap perjuangan ini. Yang penting adalah sabar dan sentiasa sabar dan teruskan kerja. Matlamat akhir Umno Bn jatuh.

Oleh itu, jomlah kita pakat-pakat UBAH



Manifesto Pembangkang Tidak Nyatakan Wang Untuk Melaksanakan Program Datang Dari Mana

PETALING JAYA: Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih bersifat populis, tidak terperinci serta mustahil untuk dilaksanakan.
Selain mencabar pembangkang agar mendedahkan kaedah perlaksanaan manifesto mereka, pengundi juga diingatkan bahawa banyak janji pembangkang pada pilihan raya 2008 gagal dilaksanakan.
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, tiada makna bagi pembangkang untuk membuat janji baru kerana mereka gagal memenuhi kebanyakkan manifesto yang lalu.
"Menteri Besar Selangor pernah berkata bahawa 'manifesto bukanlah janji'. Jadi, apa jua manifesto yang dibuat Pakatan Rakyat adalah tidak bernilai," katanya menerusi Twitter pada Isnin.
Antara manifesto pembangkang ialah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah minimum sebanyak RM4,000 dalam tahun pertama selepas berkuasa, mengeluarkan sejuta pekerja asing dalam tempoh lima tahun, menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 dan menghentikan loji nadir bumi Lynas di Gebeng.
Pembangkang juga merancang untuk menurunkan harga bahan api dan tarif elektrik, membatalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, dasar-dasar tertentu dalam manifesto seperti kenaikan RM200 dalam gaji minimum akan mempunyai kesan negatif ke atas ekonomi.
Beliau juga menegaskan bahawa majikan pada tahap ini turut mempunyai masalah menyesuaikan dasar gaji minimum semasa sebanyak RM900.
Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan butir-butir terperinci tentang bagaimana rancangan mereka untuk melaksanakan manifesto tersebut.
"Mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi satu perkara yang mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana mereka akan mendapatkan wang bagi membiayai janji-janji mereka."
Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan manifesto pembangkang sebagai 'retorik dan gimik pilihan raya', sambil menambah bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai satu model ekonomi untuk menjana pendapatan berterusan bagi memenuhi janji mereka.
Selain itu, timbalannya Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, nasib rakyat Selangor adalah bukti bahawa manifesto pembangkang hanya untuk 'memancing undi'.
Ketua Wanita MCA, Datuk Yu Chok Tow mencabar kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji pemberian RM100 kepada ibu tunggal dalam manifesto terakhir sebelum bercakap tentang manifesto baru.

PR tawar lagi 14 perkara , Apa tunggu lagi ?


14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

Salmiyah Harun,25 Feb 2013
SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta 
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

Sunday, February 24, 2013

Jahatkah Kerajaan PR Selangor ?

Marahnya kerajaan dengan tindakan kerajaan Selnagor. Ini kerana gara-gara PBT gagal menyekat projek pemasangan kamera AES oleh kerajaan persekutuan dalam kawasan PBT berkenaan. Keputusan mahkamah membatalkan tindakan PBT berkenaan batalkan kamera AES bukan bawah bidangkuasanya.

Rakyat keliru dan dikeliru bahawa kerajaan negeri Selangor bertindak jahat kerana menyekat projek. Penjelasan media UmnoBn menyerang habis-habisan, dan penjelasan oleh MB Selangor tidak disertakan sama.

Bagi mereka (UmnoBn) kebenaran atas tindakan bukanlah keutamaan mereka.Yang penting kerajaan PR Selangor mesti dinampakkan salah dan dibiarkan rakyat menyalahkan 




MB Selangor Pertahan Keputusan Beku Projek Persekutuan

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan negeri menggantung projek kerajaan Persekutuan di negeri itu.
Menurut Abdul Khalid, keputusan berkenaan dibuat bagi mengetahui mengenai kuasa yang ada oleh kerajaan negeri berhubung projek kerajaan Persekutuan di Selangor.
Keputusan berkenaan dibuat sebagai tindak balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis mengarahkan syarikat penyelenggara kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES di dua lebuh raya dalam Selangor.
"Kita bukan menghalang projek pembangunan, tetapi kita mahu tahu secara jelas apa kuasa yang negeri ada mengikut Perlembagaan.
"Tujuan tindakan ini adalah untuk mengkaji apa kuasa kerajaan negeri terhadap projek-projek Persekutuan," katanya menerusi akaun twitter.


Thursday, February 21, 2013

Utusan serang kerajaan PR Kedah pulak. PAS jadi sasaran ?

Selepas berkelana lama Utusan sekali lagi cuba menjadi perosak tegar kepada perpaduan orang Melayu. Macam biasalah kedengkian utama umno adalah melihat tentang keharmonian dalaman PAS. 

Umno akan berpuashati dengan keporakperandaan dalam PAS berbanding dalam mana-mana parti. Ini kerana strategi partinya, iaitu bagi melemahkan PAS dalam semua segmen.

Adat dalam peperangan musuh sentiasa akan mencari lemah lawannya. dan serangan akan dimulakan asalkan musuh atau lawannya terkedu seketika.

Semua orang pun tahu tentang hal ini, tetapi ramai hati berjaya Umno robekkan kerana Umno ingin lahirkan perasaan was-was tentang sasaran terhadap lawan.

Inilah dinamakan sebegai 'menimbulkan persepsi'. Soal betul atau tidak betul itu adalah persoalan kedua baginya....


11 DUN desak MB Kedah berundur gagal selesai masalah Pas


ALOR SETAR 20 Feb. - Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa, kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.
Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.
"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.
Sementara itu, Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh Pas.
Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.
"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.
"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - BERNAMA


Tuesday, February 19, 2013

Jangan Kagum sangat dengan Najibisme

Sememangnya sifat pengampu, tidak cukup dengan penggunaan slogan kini istilah-istilah baru lama dipopularkan kembali. Najib PM 1Malaysia terlalu sibuk dengan tranformasi itu dan ini.Dan beliau juga takut sangat dengan reformasi

Para penulis upahan dicanagkan melalui media rasmi Umno mempromosikan agenda-agenda baik dengan membaca pemikiran Najib.

Walhal, kita patut salute dengan kakitangan kerajan khasnya unit EPU yang duduk bawah jabatan PM lah yang merangka dan merancang tranformasi berkenaan.

Kita, jangan ingat Najib boleh berdiri dengan sendiri, tetapi dia disokongan dengan tenaga bantu daripada barisan teknokrat negara yang bertungkus lumus mahu memajukan dan mengembangkan ekonomi negara malaysia.

Malangnya, kita mewakilkan dengan wakil rakyat Bn Umno yang rakus bobrok dengan kuasa dan kekuasaan meraih kekayaan negara dengan seada-adanya.

Malanglah rakyat Malaysia ...


Dasar-dasar 'Najibnomics' dan kebangkitan rakyat

"NAJIBNOMICS" telah mula diperkenalkan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan negara. Tanpa berselindung lagi, dasar-dasar yang diperkenalkan, sedang dan akan dilaksanakan melibatkan idea-idea yang bertunjangkan inovasi, kreativiti dan produktiviti.

Idea-idea ini digarap dengan prinsip keadilan, saksama dan inklusif. Walaupun program, strategi dan polisi yang dijalankan berbeza berbanding bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini, namun, dasar-dasar yang diperkenalkan mestilah melibatkan kesinambungan projek-projek terdahulu.

Sebagai contoh, projek koridor ekonomi melibatkan Sabah, Sarawak, negeri-negeri utara dan timur semenanjung Malaysia serta Iskandariah, Johor yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri kelima tetap diteruskan dan tidak dipinggirkan.

Malahan, projek-projek ini digiatkan lagi bagi memberi impak besar kepada ekonomi negara. Meskipun bertukar ganti Perdana Menteri, kesinambungan sebegini amatlah penting bagi membolehkan projek-projek terdahulu dapat dilaksanakan tanpa adanya sebarang pembaziran wang rakyat.

Satu perkara yang cukup menarik di bawah Najibnomics adalah sektor perkhidmatan menjadi teraju utama selepas negara kita banyak berpaksikan sektor pembuatan dan pengilangan hampir 30 tahun.
Perubahan-perubahan yang dilaksanakan tidak boleh terlalu mendadak sehinggakan dasar-dasar yang diketengahkan oleh Perdana Menteri terdahulu dianak tirikan kerana ia akan merugikan rakyat dalam jangka masa panjang.

Meskipun, sektor perkhidmatan menjadi teraju utama di bawah Najibnomics, sektor pembuatan dan pengilangan tetap menjadi fokus bagi mengubah ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tidak ketinggalan sektor pertanian yang menjadi sektor utama negara sejak merdeka sehinggalah penghujung tahun 1970-an tidak diabaikan sama sekali, malahan ditambah nilai sektor ini ke arah mempertingkatkan lagi pendapatan negara.

Ini terbukti apabila sektor pertanian adalah salah satu sektor yang diberikan tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE). Dasar makanan negara melalui sektor pertanian menyokong dasar ekonomi negara bagi menjamin keselamatan rakyat.

Kalau dikaji secara teliti, ETP dan MBE mampu memberi impak besar bukan sahaja kepada negara dan ahli-ahli perniagaan tetapi juga limpahan manfaat dan kebaikannya kepada rakyat biasa, jika ia dilaksanakan dengan baik dari peringkat bawahan sehinggalah peringkat atasan.

Perlu diingat, tiada satu pun dasar ekonomi sesebuah negara mampu dilaksanakan dengan baik sekiranya tiada kerjasama di antara pihak atasan dan rakyat biasa. Sebab itu, agenda pembangunan dan kemajuan ekonomi negara tidak boleh sama sekali ditukar secara drastik walaupun kepimpinan tertinggi negara silih berganti.

Jika tidak, ia boleh memudaratkan ekonomi negara dalam tempoh jangka masa panjang. Ini kerana rakyat perlu memahami secara jelas apakah dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kepimpinan semasa, barulah rakyat dapat memberi kerjasama dengan baik mengambil bahagian dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi tersebut.

Kerjasama ini melibatkan kebangkitan rakyat dari sudut perubahan sikap agar berdaya saing seiring dengan kepesatan ekonomi dunia. Perlu diingat, setiap negara mempunyai keunikan yang tersendiri.

Meniru cara kebangkitan rakyat negara lain perlu dilihat dari sudut positif. Begitu juga, sebarang kebangkitan rakyat negara lain tidak sewajarnya ditiru secara semberono tanpa memahami faktor sebenar kebangkitan rakyat negara-negara tersebut. Umpamanya, adakah rakyat Malaysia memerlukan momentum kebangkitan seperti mana kebangkitan rakyat negara-negara timur tengah yang dikenali sebagai Arab Spring?

Benarkah rakyat Malaysia amat menderita sebagaimana rakyat Mesir dan Libya yang mana kedua-dua negara ini pernah mempunyai seorang pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negara selama lebih 40 tahun dan membolot kekayaan negara hanya untuk diri sendiri, keluarga dan kroni? Atau rakyat Malaysia lebih wajar bangkit dari segi perubahan sikap, nilai-nilai murni dan adab sopan sebagaimana rakyat Korea Selatan yang berjaya meletakkan negara mereka di peringkat global dalam pelbagai bidang?

Alangkah indahnya sekiranya rakyat Malaysia boleh mengambil iktibar cara bekerja rakyat Korea Selatan. Sejarah terbukti mereka akan bangkit tanpa berasa gentar meskipun berhadapan dengan pelbagai krisis.
Justeru, kejayaan formula ekonomi sesebuah negara tidak hanya terletak pada kebijaksanaan para pemimpin dengan pelbagai idea yang inovatif dan kreatif tetapi juga amat bergantung pada orang sekelilingnya yang beramanah, di samping disulami dengan kebangkitan rakyat yang mengubah sikap diri mereka secara positif untuk memajukan negara.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, formula inklusif dan keadilan tonggak keharmonian kaum agar rakyat pelbagai kaum sentiasa hormat menghormati sesama sendiri, seterusnya menyemarakkan perpaduan rakyat.

Malaysia tidak boleh mengamalkan konsep menyamaratakan kek ekonomi sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara komunis yang telah gagal melaksanakan dasar-dasar ekonomi.

Pokoknya, prinsip saksama adalah teras keadilan ekonomi yang digabungkan dengan prinsip inklusif sebagaimana yang termaktub dalam MBE agar semua pihak merasai pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.


A

Tuesday, February 12, 2013

Jika Tidak Salah Kenapa Takut Dengan Arab Spring ?

Ketakutan kepada bayang-bayang dengan apa yang berlaku di negara-negara luar. Kebangkitan rakyat hanya umpama bom jangka yang hanya menunggu masa sahaja. Di Malaysia keadaan berikut tidak terkecuali. Rakyat bangkit menolak regim lama yang berkuasa dan menggantikan dengan kekuasaan rakyat secara total. Mereka mahukan keadilan, kesaksamaan, menolakkan penindasan dan kekejaman yang melampau di mana selama ini mereka hidup dengan penuh derita dan sengsara. Itulah Arab Spring

Mengulas dengan apa yang diilhamkan melalui cakap-cakap Musa Hassan bahawa Arab Spring mungkin boleh berlaku di negara ini. PDRM bingkas bangun menafikan tentang andaian dan persepsi mantan Ketua Polis Negara itu.

Sepatutnya Musa Hassan kena lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan negara daripada keselamatan diri nya sendiri. Musa gunakan kedudukan sebagai bekas orang kuat PDRM bagi memberi gambaran tidak sihat suasana negara jika Bn tidak dikekalkan oleh rakyat.

Politik ugutan secara tidak langsung, ini adalah agenda tersirat Umno dan media Umno akan terus mengambil kesempatan dengan ruang yang ada.

Penyemaian benih ugutan keselamatan cukup termakan oleh rakyat yang cintakan negara dan sayangkan negara. Rakyat terbanyak tidak mahu negara dalam keadaan kacau bilau, kerana mereka sudah lama selesa dengan kehidupan mereka.

Pimpinan UmnoBn sekaranglah yang sakit berhempas pulas buat itu dan ini, agar mereka mampu lagi kekal bagi mengaut kekayaan negara semahu-mahunya.




PRU13: PDRM yakin tidak akan ada 'Arab Spring'

11 Februari 2013
PRU13
PRU13
PASIR PUTEH -  Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
    
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.
    
"Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan
raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa.

Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan 'Arab Spring' jika tewas pada PRU13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap
kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.
 
Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang
yang digariskan.

 Beliau berkata, polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak
diingini. - Bernama

Monday, February 11, 2013

Politik ugut, adudomba Utusan adalah senjata lama ?

Kenapa Utusan dan Pencacai Umno sekarang mahu dan nampak ambil berat dan ingin tahu sangat apa-apa sahaja yang Majlis Syura PAS bincang. Kenapa masa sekarang Utrusan sibuk mempronosikan apa sahaja yang Majlis Syura PAS bincang.

Kenapa , persoalan siapa PM yang Majlis Syura bincang yang diketengahkan sangat ? kenapa ?, kenapa ?, kenapa ?

Mengapa dan kenapa hebat sangat Majlis Syura PAS kepada Umno ? Sejak bila semua maklumat majlis Syura PAS bincang bocor ke tangan Utusan dan Umno ?

Kenapa Umno sayang sangat dengan PAS, dan masa muktahir ini terlalu ambil berat ? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu dilontarkan kepada rakyat agar mereka sedar tahu dan membaca 'cara permainan politik' dan 'kerja-kerja politik' jika ingin mahu mengetahui perjalanan politik kepartian di negara ini.

Persaingan PAS Umno adalah , persaingan dua kelompok bagi menambat hati para pengundi Melayu yang memberi cerminan perjalanan politik negara. Justeru pertembungan PAS Umno sejak dulu dan kini menjadi bacaan menarik

Bermain dan memain-mainkan perasaan orang Melayu dan pengundi Melayu adalah kerja-kerja zaman berzaman Utusan bersama-sama Umno sejak dahulu lagi, Itu sebabkan ketua  Umno adalah Ketua kepada hal ehwal dalam pentadbiran Utusan. Utusan adalah hak milik kekal Umno. Lidah kepada segala lidah bagi Umno.

Bagaimana kita boleh percayakan 'lidah Umno' ...

Kenapa sekarang tolak Anwar?

Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Majlis Syura Ulama Pas sepatutnya daripada dahulu menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berasa hairan kenapa baru sekarang majlis agama tertinggi parti berlabel Islam itu mahu bertindak demikian.

“Sepatutnya daripada dulu lagi dah tolak Anwar. Orang yang berkelakuan macam itu macam mana nak terima," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina di Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) mampu menang dua pertiga majoriti pada PRU-13 akan datang.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan kepada sambutan rakyat termasuk majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA hari ini.

“Nampak sambutan baik. Mungkin keputusan pada PRU-13 pun baik. Harap BN mampu menang dua pertiga kerusi,’’ katanya.






NajibPsy dan PsyNajib berhibur buat kali terakhir ?

Bagi BN dan najib duit sudah tidak bererti lagi dan tidak membawa apa-apa makna. Ini kerana duit bagi mereka adalah sesuatu yang biasa dan tiada yang luarbiasa.

Bagi mendapat sokongan dan persepsi baik golongan muda Cina dan orang Cina di Malaysia. Perayaan Tahun Baru Cina kali ini di adakan di Pulau Pinang pulau mutiara. Tujuannya adalah satu untuk memberi persepsi dan gambaran NajibBN masih amat menyayangi rakyat Cina di negara ini.

Belanja besar membawa bintang Korea PSY Gangnam Style dengan kos menelan belanja antara RM2.1 juta dan RM2.3 juta adalah sesuatu yang lumrah.

Mungkin belanja ini adalah belanja 'terakhir; Najib untuk memberi hiburan kepada rakyat. Dengan memilih Pulau Pinang dan jadikan tema Gangnam Sytyle dan memasukkan Korea Waves sebagai sambuatan Tahun Ular masyarakat Cina, iaitu tahun bagi memperbetulkan kesilapan ikut kepercayaan masyarakat Cina. Najib amat berpegang dengan fahaman ini.

Yang jelasnya Najib masih ada sedikit masa. Najib mempunyai 1001 projek rahsia bagi memenangkan UmnoBn. Persiapan jentera Umno Bn dengan pecutan akhir berserta segala sokongan material dan spiritual daripada pelbagai sudut kemudahan jentera 'M" kini mewarni gapaian Najib untuk kekal 1 Penggal lagi.

Tetapi mampukah Najib, melawan gelombang kebangkitan rakyat ?




Psy Tiba Di Pulau Pinang Pagi Isnin
GEORGE TOWN: Bintang K-pop sensasi Korea Selatan, Psy mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dalam jet peribadi di 07.10 pagi, Isnin.
Sejurus selepas beliau mendarat, bintang Korea Selatan dikawal ketat oleh polis pengiring.
Psy, yang nama sebenarnya ialah Park Jae Sang, akan membuat persembahan di hadapan anggaran 80,000 orang di rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Sekolah Tinggi Han Chiang di 11.45 pagi.
Rombongannya sebanyak 20 penari tiba di Pulau Pinang pada pukul 7.30 malam Ahad.
Sebelum ketibaan beliau di Pulau Pinang, Psy telah melakukan persembahan di hadapan dua juta orang di Karnival Salvador di Brazil pada Jumaat.

Sunday, February 03, 2013

Umno konon menjadi wira kepada ust nasa

Umno kembali lemah, kini sesudah semua kerja tembelangnya ditelanjangkan serta dibongkarkan. Umno masih lagi mahu menyatakan bahawa dia betul, dialah yang paling sayang rakyat, dialah yang paling banyak berjasa (kerana tiada parti lain sejak 56 tahun berjaya rapas daripadanya). Semuanya didakwa adalah kerananya.

Modal dikira terakhir dan besar selepas isu kalimah ALLah adalah soal Ust Nasa Timbalan Presiden PAS yang hanya digugurkan daripada majlis syura PAS.

Umno cukup bersimpati, kerana ada alasannya. Kenapa jika Umno cukup bersimpati tidak membantu dan angkatkan pak Mat Zin di Hulu Tembeling yang teraniya, terpaksa berulang alik tinggal kan kampung halaman mudik menaiki 'kolek' perahu dan bot sejak 60 tahun usianya.

Apa yang Umno buat dengan rakyat di Kg Bantal, Kg Mat Daling Ulu Tembeling. Kerajaan hanya berbangga ia sebagai 'simpanan hutan tertua dan menjadi Taman Negara tersohor untuk dilawati, ditatapi pelancong asing ke negara dan negeri ini, tidak lebih daripada itu. Bagaimana nasib Pak Mat Zin dengan Janji Ditepati.

Justeru Umno lakukan kerana sesuatu, tidak masa kan mahu membela 'musuh' nya satu ketika dahulu, sekarang dapat tidur sebantal dan memuja serta membela sungguh seorang indidvidu kepadanya.

Apa beda sumbangan ust nasa dengan pak mat zin hulu tembeling ?




Umno percaya Pas lucut Nasha kerana kerap bersama PM
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Januari 2013
Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
PUTRAJAYA – Keputusan Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada menganggotai Majlis Syura adalah disebabkan beliau dilihat kerap bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau percaya Nasharudin disingkirkan ekoran Ahli Parlimen Bachok berkenaan mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri melawat Gaza baru–baru ini.

“Beginilah cara mereka, perkara macam ini pun terus buat keputusan pecat. Ini cara politik mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Jelajah Anak Malaysia di Putrajaya, semalam.

Ahli Parlimen Putrajaya itu merasmikan siri jelajah tersebut yang bermula semalam dan akan berakhir sehingga 16 Februari depan.

Dalam ucapan pada majlis tersebut Tengku Adnan berkata, bantuan generasi muda sangat diperlukan dalam usaha kerajaan mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang.

Caranya ialah mengelakkan diri daripada termakan politik dan fitnah daripada pembangkang.

“Pada masa sama generasi muda perlu berusaha mencari fakta sebenar terhadap kerajaan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah, fitnah dan politik putar belit mereka.

“Contohnya kalau persepsi mereka (pembangkang) kerajaan hari ini korup. Katakanlah saya ini korup. Persilakan lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Berhubung keengganan pihak pembangkang menghantar nama calon untuk tapisan SPRM Tengku Adnan berkata, beliau menganggapnya sebagai salah satu komplot pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN.

Saturday, February 02, 2013

Jumud dan Gelapnya wajah YDP YADIM

Malang Utusan dan YADIM yang bekerja untuk Islam, tetapi masih lagi gagal memerdekakan pemikiran mereka. Itulah sebab al Quran sendiri diturunkan bukan fokus kepada panduan membangunkan pembangunan fizikal insan, tetapi membangunkan kerohanian manusia.

Kita masih lagi gagal difahamkan tentang Islam, memilih kepimpinan dalam islam adalah besar, dan cukup bermakna, menjadi tanggungjawab semua orang.


Jalan bengkok ke Putrajaya

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

LUKMANUL Hakim merupakan seorang penasihat yang bijaksana dan kisah nasihatnya sentiasa menjadi iktibar dalam jiwa masyarakat Islam, kerana kebanyakan kisahnya menjadi teladan bagi membantu orang Islam menyelesaikan kemelut.

Antara kisah yang terkenal ialah bersama anaknya pergi ke pasar dengan menunggang keldai. Sebagai orang yang bijaksana, Lukmanul Hakim menyuruh anaknya menunggang keldai manakala dia melihatnya.

Ketika di separuh jalan, ada seseorang mencemuh kerana merasa aneh dengan sikap Lukmanul Hakim. Antara kata-kata kesat ialah "Sungguh tidak beradab budak ini", kerana membiarkan lelaki tua itu berjalan sedangkan anak lelakinya menunggang keldai."

Mendengarkan cemuhan itu, Lukmanul Hakim menyuruh anaknya berjalan dan dia menunggang keldai. Setibanya di kawasan keramaian, terdengar suara: "Apa dah jadi dengan orang tua ini? Budak disuruh berjalan, tapi dia menunggang keldai."

Kemudiannya, Lukmanul Hakim mengajak anaknya bersama-sama menunggang keldai dan setibanya di suatu tempat lain, ada pula yang mengomel: "Tidak berhati perut betul kedua manusia ini. Sanggup mereka mendera haiwan kecil itu". Lukmanul Hakim dan anaknya kemudian turun. Mereka sama-sama melihat keldai.
Dua beranak itu terus dikritik: "Bodoh betul kedua orang ini. Ada kenderaan tidak digunakan. "Setibanya di kampung terakhir, Lukmanul Hakim mengikat keempat-empat kaki keldai, dan kemudiannya dua beranak itu mengusungnya.

Bila sampai di suatu tempat, orang ramai yang melihat perbuatan itu ketawa terbahak- bahak. Tidak kurang juga yang menempelak: "Gila agaknya kedua orang ini? Bukankah keldai itu boleh berjalan sendiri. Mengapa pula mereka mengusungnya?.

Lukmanul Hakim kemudiannya meninggalkan tempat itu dan seterusnya bertanya kepada puteranya: "Wahai anakku! Kamu sudah dengar apa kata orang melihat apa yang kita lakukan?

Dalam politik perkara sama sentiasa berlaku. Pasca pilihan raya umum (PRU) misalnya mempunyai banyak persamaan dengan kisah yang digambarkan Lukmanul Hakim dan anaknya dengan seekor keldai. Maknanya, bagi seseorang yang bertanggungjawab, mendengar pendapat orang dan bertindak sebagaimana yang dimahukan masih belum mampu memuaskan orang lain.

Golongan yang merasakan dirinya lebih baik itu akan menggunakan apa sahaja keadaan dan peluang untuk membolehkan hujahnya diterima sebagai munasabah ataupun terbaik.

Contohnya, ketika seluruh dunia bergelut dengan kenaikan harga minyak, ada golongan melihat kenaikan itu kerana kegagalan menguruskan sumber ekonomi, walhal secara logiknya, kenaikan adalah disebabkan banyak faktor bukan kawalan kerajaan. Sikap menonjolkan kehebatan dirinya dan pada masa sama memandang rendah dan menafikan kejayaan orang lain mempunyai kemiripan dengan sifat-sifat syaitan.

Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah dalam al-Quran, syaitan telah mendakwa dirinya sebagai makhluk yang terhebat yang pernah Allah ciptakan sehinggakan sanggup mencerca makhluk ciptaan Allah lain. Rancangan Allah untuk menciptakan manusia mendapatkan reaksi negatif dan tentangan sengit daripada syaitan.

Walhal, syaitan sendiri tidak tahu objektif Allah menciptakan manusia. Ketika Allah memerintahkan syaitan untuk bersujud kepada Adam sebagai tanda menghormati kehadiran manusia pertama, dengan angkuhnya syaitan menyatakan: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Al A'raf, 12).

Oleh kerana menganggap dirinya bijak dan pakar, maka dicadangkan agar keuntungan hasil minyak yang diperoleh Petronas digunakan untuk menstabilkan harga minyak dalam pasaran domestik. Cadangan itu tidak mengambil kira, bahawa monopoli minyak bukanlah oleh Petronas, kerana beberapa syarikat lain turut terbabit, termasuk syarikat- syarikat multinasional Belanda dan Amerika Syarikat.

Proses carigali minyak dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak, kerana usaha itu memerlukan kepakaran spesifik dan perbelanjaan besar. Maka, apabila minyak ditemui dan kemudian berjaya dihasilkan, ia tentunya akan melibatkan perkongsian antara dua atau tiga pihak. Maknanya, segala keuntungan Petronas akan digunakan membayar kenaikan harga minyak, yang untung ialah syarikat-syarikat asing yang tidak perlu mengetepikan sebahagian keuntungan perkongsian itu untuk menstabilkan harga minyak.

Ia adalah sama dengan cemuhan terhadap Lukmanul Hakim apabila menyuruh anaknya menunggang keldai. Tindakan itu dilihat sebagai perkara yang tidak prihatin seorang anak kerana membiarkan orang tua berjalan di sisi keldai. Apabila Lukmanul Hakim menunggang keldai, maka orang ramai turut berkata sinis.

Apabila harga minyak mencapai tahap kestabilan, pemimpin yang bercadang menurunkan harganya apabila "esok memerintah" berdiam diri mengenai harga, tetapi lantang pula bercakap untuk menggunakan keuntungan Petronas bagi membolehkan semua rakyat mendapat pendidikan tinggi secara percuma.

Lagak bijaknya tidak munasabah, kerana sistem pendidikan tinggi di Malaysia bukanlah dominasi kerajaan sahaja, swasta turut diberikan peluang melabur. Maknanya, kalau setiap orang belajar dengan percuma, tentunya kos yang ditanggung oleh pengusaha swasta terpaksa diserap oleh kerajaan sepenuhnya.

Seandainya setiap tahun seramai 200,000 orang belajar di kolej-kolej swasta, maknanya setiap tahun kerajaan perlu memperuntukkan belanja teramat besar. Bayaran yuran untuk program diploma menjangkau RM17 hingga RM 25,000. Ini bererti bagi keseluruhan pelajar, kerajaan terpaksa memperuntukkan lebih RM4 bilion setahun. Perbelanjaan ini belum termasuk lain-lain kos seperti kos sara hidup ataupun penginapan.

Jika dicampurkan dengan peruntukan tahunan yang diberikan kepada sektor pendidikan sekitar RM 20 hingga RM 30 bilion, ini bererti satu pertiga keuntungan Petronas setahun adalah untuk pendidikan. Bagaimana pula keperluan sektor-sektor lain seperti kesihatan, pengangkutan awam, keselamatan dan keagamaan. Tentunya ia akan menyebabkan Malaysia terus berbelanja di luar kemampuan, dan lama kelamaan akan menyebabkan muflis.

Tidak seperti yang dijanjikan oleh pemimpin pembangkang. Ketika cuba meraih populariti, pembangkang hanya tahu berjanji dengan kata-kata "jika memerintah" akan diberikan semuanya kepada rakyat walaupun semakin hari semakin janggal kedengarannya.
Rakyat Selangor yang banyak menerima tempias janji pakatan pembangkang. Kini mereka bangkit untuk menagih janji tersebut dan bersedia untuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah setelah hampir lima tahun masih belum ditunaikan walaupun sudah memerintah.

Pemimpin pakatan pembangkang begitu sibuk merancang untuk "ke Putrajaya" tetapi mengetepikan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang susah dan menderita. Bahkan, ada laporan sebuah keluarga "terlepas pandang oleh Menteri Besar" di sebuah negeri, terpaksa hidup dalam suasana sukar dan susah sehingga ada ketikanya, tidak mampu membeli beras sedangkan pemimpin berkenaan begitu fasih mempertahankan "negara berkebajikan."
Terbaharu ialah keinginan Menteri Besar Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dua minggu selepas sambutan Tahun Baru Cina. Tujuannya untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri agar segera membubarkan Dewan Rakyat, ini kerana Menteri Besar sebenarnya tidak lagi mampu bertahan dengan bantahan rakyatnya sendiri.
Selagi beliau tidak membubarkan DUN, selagi itulah dia tertekan dengan kemarahan rakyat yang menagih setiap janji yang pernah dilontarkan ketika berkempen sepanjang PRU12.
Dua tahun lalu, Menteri Besar Selangor mengambil pendirian yang berbeza dan enggan membubarkan DUN sebelum sampai tempoh matang. Jika beliau benar-benar membubarkan DUN pada 25 Januari ini, bermakna Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah terasa peritnya untuk menghabiskan tempoh pemerintahannya yang masih berbaki tiga bulan. Maknanya, dia berada dalam keadaan yang terdesak. Beliau bukan sahaja terdesak untuk melepaskan diri daripada kemarahan rakyat bahkan dari dalam parti sendiri kedudukannya masih belum terjamin.
Itulah antara keburukan kepimpinan pakatan pembangkang yang pernah mendakwa merekalah yang pakar dan mampu menguruskan ekonomi dengan lebih baik. Dakwaan itu hanya sekadar memerangkap minda pengundi kerana realitinya, aset yang diwarisi semakin menipis dan menyusut. Lebih ramai rakyat ternanti-nanti bilakah janji akan ditunaikan kerana sesungguhnya "penantian itu suatu penyiksaan."