Tuesday, February 19, 2013

Jangan Kagum sangat dengan Najibisme

Sememangnya sifat pengampu, tidak cukup dengan penggunaan slogan kini istilah-istilah baru lama dipopularkan kembali. Najib PM 1Malaysia terlalu sibuk dengan tranformasi itu dan ini.Dan beliau juga takut sangat dengan reformasi

Para penulis upahan dicanagkan melalui media rasmi Umno mempromosikan agenda-agenda baik dengan membaca pemikiran Najib.

Walhal, kita patut salute dengan kakitangan kerajan khasnya unit EPU yang duduk bawah jabatan PM lah yang merangka dan merancang tranformasi berkenaan.

Kita, jangan ingat Najib boleh berdiri dengan sendiri, tetapi dia disokongan dengan tenaga bantu daripada barisan teknokrat negara yang bertungkus lumus mahu memajukan dan mengembangkan ekonomi negara malaysia.

Malangnya, kita mewakilkan dengan wakil rakyat Bn Umno yang rakus bobrok dengan kuasa dan kekuasaan meraih kekayaan negara dengan seada-adanya.

Malanglah rakyat Malaysia ...


Dasar-dasar 'Najibnomics' dan kebangkitan rakyat

"NAJIBNOMICS" telah mula diperkenalkan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan negara. Tanpa berselindung lagi, dasar-dasar yang diperkenalkan, sedang dan akan dilaksanakan melibatkan idea-idea yang bertunjangkan inovasi, kreativiti dan produktiviti.

Idea-idea ini digarap dengan prinsip keadilan, saksama dan inklusif. Walaupun program, strategi dan polisi yang dijalankan berbeza berbanding bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini, namun, dasar-dasar yang diperkenalkan mestilah melibatkan kesinambungan projek-projek terdahulu.

Sebagai contoh, projek koridor ekonomi melibatkan Sabah, Sarawak, negeri-negeri utara dan timur semenanjung Malaysia serta Iskandariah, Johor yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri kelima tetap diteruskan dan tidak dipinggirkan.

Malahan, projek-projek ini digiatkan lagi bagi memberi impak besar kepada ekonomi negara. Meskipun bertukar ganti Perdana Menteri, kesinambungan sebegini amatlah penting bagi membolehkan projek-projek terdahulu dapat dilaksanakan tanpa adanya sebarang pembaziran wang rakyat.

Satu perkara yang cukup menarik di bawah Najibnomics adalah sektor perkhidmatan menjadi teraju utama selepas negara kita banyak berpaksikan sektor pembuatan dan pengilangan hampir 30 tahun.
Perubahan-perubahan yang dilaksanakan tidak boleh terlalu mendadak sehinggakan dasar-dasar yang diketengahkan oleh Perdana Menteri terdahulu dianak tirikan kerana ia akan merugikan rakyat dalam jangka masa panjang.

Meskipun, sektor perkhidmatan menjadi teraju utama di bawah Najibnomics, sektor pembuatan dan pengilangan tetap menjadi fokus bagi mengubah ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tidak ketinggalan sektor pertanian yang menjadi sektor utama negara sejak merdeka sehinggalah penghujung tahun 1970-an tidak diabaikan sama sekali, malahan ditambah nilai sektor ini ke arah mempertingkatkan lagi pendapatan negara.

Ini terbukti apabila sektor pertanian adalah salah satu sektor yang diberikan tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE). Dasar makanan negara melalui sektor pertanian menyokong dasar ekonomi negara bagi menjamin keselamatan rakyat.

Kalau dikaji secara teliti, ETP dan MBE mampu memberi impak besar bukan sahaja kepada negara dan ahli-ahli perniagaan tetapi juga limpahan manfaat dan kebaikannya kepada rakyat biasa, jika ia dilaksanakan dengan baik dari peringkat bawahan sehinggalah peringkat atasan.

Perlu diingat, tiada satu pun dasar ekonomi sesebuah negara mampu dilaksanakan dengan baik sekiranya tiada kerjasama di antara pihak atasan dan rakyat biasa. Sebab itu, agenda pembangunan dan kemajuan ekonomi negara tidak boleh sama sekali ditukar secara drastik walaupun kepimpinan tertinggi negara silih berganti.

Jika tidak, ia boleh memudaratkan ekonomi negara dalam tempoh jangka masa panjang. Ini kerana rakyat perlu memahami secara jelas apakah dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kepimpinan semasa, barulah rakyat dapat memberi kerjasama dengan baik mengambil bahagian dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi tersebut.

Kerjasama ini melibatkan kebangkitan rakyat dari sudut perubahan sikap agar berdaya saing seiring dengan kepesatan ekonomi dunia. Perlu diingat, setiap negara mempunyai keunikan yang tersendiri.

Meniru cara kebangkitan rakyat negara lain perlu dilihat dari sudut positif. Begitu juga, sebarang kebangkitan rakyat negara lain tidak sewajarnya ditiru secara semberono tanpa memahami faktor sebenar kebangkitan rakyat negara-negara tersebut. Umpamanya, adakah rakyat Malaysia memerlukan momentum kebangkitan seperti mana kebangkitan rakyat negara-negara timur tengah yang dikenali sebagai Arab Spring?

Benarkah rakyat Malaysia amat menderita sebagaimana rakyat Mesir dan Libya yang mana kedua-dua negara ini pernah mempunyai seorang pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negara selama lebih 40 tahun dan membolot kekayaan negara hanya untuk diri sendiri, keluarga dan kroni? Atau rakyat Malaysia lebih wajar bangkit dari segi perubahan sikap, nilai-nilai murni dan adab sopan sebagaimana rakyat Korea Selatan yang berjaya meletakkan negara mereka di peringkat global dalam pelbagai bidang?

Alangkah indahnya sekiranya rakyat Malaysia boleh mengambil iktibar cara bekerja rakyat Korea Selatan. Sejarah terbukti mereka akan bangkit tanpa berasa gentar meskipun berhadapan dengan pelbagai krisis.
Justeru, kejayaan formula ekonomi sesebuah negara tidak hanya terletak pada kebijaksanaan para pemimpin dengan pelbagai idea yang inovatif dan kreatif tetapi juga amat bergantung pada orang sekelilingnya yang beramanah, di samping disulami dengan kebangkitan rakyat yang mengubah sikap diri mereka secara positif untuk memajukan negara.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, formula inklusif dan keadilan tonggak keharmonian kaum agar rakyat pelbagai kaum sentiasa hormat menghormati sesama sendiri, seterusnya menyemarakkan perpaduan rakyat.

Malaysia tidak boleh mengamalkan konsep menyamaratakan kek ekonomi sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara komunis yang telah gagal melaksanakan dasar-dasar ekonomi.

Pokoknya, prinsip saksama adalah teras keadilan ekonomi yang digabungkan dengan prinsip inklusif sebagaimana yang termaktub dalam MBE agar semua pihak merasai pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.


A

No comments: