Walaupun esok adalah hari pembentangan Bajet 2013. Kelmarin pula NGO pendidikan Cina iaitu Dong Jiong membuat demo sehingga ke parlimen yang dihadiri seramai 1000 orang.
Bagi masyarakat Cina sejak merdeka isu pendidikan adalah paling sensitif bagi mereka. Walaupun mereka ada MCA dan ada wakil menteri Cina dalam kabinet kerajaan. Tetapi mereka tetap tidak berpuashati dengan apa yang sudah dan mahu kerajaan laksanakan. Veteran dan nasionalis Cina akan bernaung bawah NGO ini bagi salurkan apa-apa sahaja kepentingan pendidikan mereka.

Apa pun tindakan dan alasan mereka, atas apa alasan sekalipun UBN seolah-olah mendapat 'buah tanggung' dan 'peluru' selain isu Hudud Ust Nasa sebagai senjata utama mereka untuk menyerang PR pada pilihanraya akan datang.
Kita boleh menjangkakan UBN tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Seribu satu alasan 'jentera saraf dan serangan UBN akan memainkan isu rasis ini sebagai hujah mereka dalam mempertahankan Putrajaya.
Sememangnya dalam politik payah bagi mebguruskan ke semuanya dengan baik. Tetapi kecekapan berpolitik akan dimanfaatkan. Kerana NGO parti -parti politik individu dalam parti sendiri akan mengambil apa sahaja peluang dan kesempatan bagi mengekalkan apa yang perlu mereka kekalkan serta pertahankan apa sahaja yang mereka mahu pertahankan.
Di negara ini, selepas merdeka belum pernah dan ada lagi peralihan kuasa berlaku. Sebabnya banyak, dan pelbagai.
Apa-apa pun mana ada perubahan yang tidak ada pengorbanan. Justru minda kita semua perlu bersedia ke arah yang sedemikian. Jangan mudah dihasut dan terhasut dengan propaganda lawan.
1,000 berhimpun demi selamatkan pendidikan Cina
Kira-kira 1,000 penyokong NGO pendidikan Cina Dong Zong hari ini berhimpun di Padang Merbok di ibu negara bagi mendesak kerajaan lebih mengambil berat sekali gus menyelamatkan pendidikan Cina.
Perhimpunan tersebut diketuai Presiden Dong Zong Yap Sin Tien berhimpun di padang tersebut kira-kira tiga puluh minit bermula jam 10.40 pagi.
Dalam ucapannya, Yap antara lain mengemukakan lapan masalah berkaitan masalah pendidikan Cina yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Antaranya kata Yap, sekolah rendah kebangsaan Cina masih kekurangan guru dan peruntukan.
Kemudian beliau dan 19 wakil Dong Zong berarak ke parlimen bagi menghantar memorandum kepada semua ahli parlimen, parti politik dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendesak supaya kerajaan memberi perhatian yang lebih adil kepada masalah yang dibangkitkan
Mereka mengharapkan semua pihak membangkitkan perkara ini dalam parlimen.
Mereka juga membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menuntut keadilan berhubung isu tersebut.

No comments:
Post a Comment