Tuesday, September 18, 2012

Tukar Bendera: macamlah tak sekolah, kalu sekolah pun sekolah atap rumbia ?

Apalah yang mahu dikecohkan soal bendera yang mahu ditukarkan. LKita bukan mahu tukar bendera tapi mahu tukar KERAJAAN lah..

Ini pun satu hal lagi, bila kebebasan sebelah 'depa' oke lah bergerak atas nama sokongan dokongan kebebasan. Tapi bila, sebelah bukan dia, macam-macam lah...

Kita, dari segi logikkan, benarkan selagi sistem itu sendiri mengizinkan. Pemimpin UBN kecoh dan kalut, yang depa tukar tukar pasangan tu macam mana ? Tukar bini dalam UBN tak dah lah kot...(harap-harap lah)

Kalu dia nak tukar takkanlah tukar tepi divider lebuhraya atau jalanraya kot, pakai lah akai sikit utusan Melayo...

Takkanlah nak tukar bedera sampai tak ada adab, moral dan akhlak kot. Macamlah tak sekolah habih lah ni....

Buatlah cerita molek sikit lepas ramadhan ni...






Bendera baru berkibar di Selangor

BENDERA merah putih Sang Saka Malaya dilihat dipasang di jejantas Bulatan Megawati, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Ketika rakyat seluruh negara menyambut Hari Malaysia semalam, terdapat pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab apabila mengibarkan bendera merah putih bagi menggantikan Jalur Gemilang di beberapa tempat di Selangor.

Menurut blog www.sel13.com, perbuatan tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang tersebut yang mula dilakukan pada malam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini 30 Ogos lalu, kini dikesan merebak di negeri itu sejak minggu lalu.

Dengan memaparkan beberapa gambar dalam entri bertajuk ‘Bendera Baru Berkibar Di Selangor Sambut Hari Malaysia’, pengendali blog berkenaan mendakwa pengibaran bendera itu boleh dilihat di Damansara, Subang dan Shah Alam.

No comments: