Selepas gagal menamakan atau menentukan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan oleh semua pihak. Walaupun pimpinan kerajaan UmnoBn mencabar supaya pembangkang bertindak secara gentlemen untuk ambilalih kuasa ditangan mereka. Najib kini semakin tertekan dan kini bergelut dengan pelbagai kemelut dalaman pentadbiran parti dan juga negara. Usaha beliau bersendirian tidak menampakkan lagi dapat memulihkan keyakinan umum bahawa Umno dan Bn masih kuat dan rakyat mesti bersama-sama pertahankan.
Lajim dan beberapa adun Sabahan kini menambahkan derita kepada nasib Najib. Benarkah Waterloo akan berlaku ke atas UmnoBn selepas kekal gah berkuasa selama 55 tahun.
Jika situasi ini berkekalan SPR sendiri sudah tidak mampu merangka strategi bagi mempertahankan bosnya.
Ditambahi derita duka lara, luka kecederaan Umno semakin parah. Selepas serangan PR bertaliarus daripada segenap penjuru dikepungi dengan bayang-bayang DSAI, Rafizi, Mahfoz dan Tony Pua serta lain-lain dengan timbunan isu-isu tertunggak menjadikan bebanan Najib menjadi lemas dan cemas. Gaya kepimpinan keseorangan Najib mempertahankan 'kuasa' menunjukkan gaya kepimpinan beliau yang pincang.
Semua ahli kabinet beliau hanya menjadi perkakas tidak lebih sekadar penokok tambah dengan apa sahaja yang beliau dan isteri beliau lakukan.
Kemungkinan kebencian rakyat terhadap Bini Rosmah meluap-luap daripada dalaman Umno sendiri. Orang sekeliling yang bangun mempertahankan semua adalah jenis manusia yang dilingkari kepura-puraan sahaja. Mereka bergerak berkerja dan bercakap kerana diikat dengan kepentingan atau pun mahu menjaga kepentingan diri semata-mata.
Inilah wajah hodoh UmnoBn yang semakin digigit usia. Ikuti ulasan berbisa Dr Dzulkefley Ahmad MP Kuala Selangor yang juga Pegarah PPPP
Najib juga begitu sudah kehilangan stature ‘kenegarawanan’nya. Dia sudah terlalu ‘mikro’ dan kehilangan arah perhitungan ‘besar dan makro’ terhadap permasalahan negara. Dia terlalu sangat takut untuk hilang kuasa pemerintahan. Tidak ada slogan yang inklusif dan menarik dan merentasi semua segmen rakyat seperti “Bersama Membangunkan Negara Tercinta”.
Najib hanya mahukan pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus ‘memberi dan membeli’ undi rakyat – BRIM 1 dan kini bonus dsbnya. Kesemua untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada kesengsaraan rakyat. Pemangsaan rakyat khasnya warga peneroka di Felda dalam jangka jauh dan Lynas di Gebeng membuktikan sebaliknya. Malang!
Masa untuk berubah telah sampai. Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? Mampukah Pakatan Rakyat mengisi pengharapan rakyat nanti? Apakah PRU ke-13 benar-benar akan menjadi “Waterloo” Najib Tun Razak?
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.
Inilah wajah hodoh UmnoBn yang semakin digigit usia. Ikuti ulasan berbisa Dr Dzulkefley Ahmad MP Kuala Selangor yang juga Pegarah PPPP
Waterloo’ Najib bermula di Sabah?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 31 Jul 2012 |
Benarkah Najib akan menemui ‘Peperangan Waterloo’nya dalam PRU ke-13 ini setelah berperang kecil (skirmishes) termasuk 16 kali pilihanraya kecil (PRK) dalam sesi parlimen ke -12 ini? Umum juga diingatkan bahawa kesemua PRK itu berkesudahan dengan keputusan seri terikat 6-6. Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak pula (April 2011) menyaksikan undi popular Najib-BN menurun sebanyak 8% (45%, 2011 – 37%, 2006). Tidak siapa yang sangsi dengan penghakisan 8% kerajaan BN di PRU ke-13, akan bakal saksikan tumbangnya diperingkat Persekutuan.
Maka cakap-cakap Najib semasa berucap di musim Euro Final baru-baru ini untuk membelasah lawannya dengan 14-0 hanyalah bersifat seorang General perang berkeinginan untuk menyuntik semangat kepada bala-tenteranya meskipun sudah jelas petanda-petanda awal kekalahan dalam pertempuran terakhir ‘grand royale battle’ yang sengaja ditangguh-tangguhkannya.
Mutakhir, tidak ada yang lebih mengerikan seorang General Perang yang di saat-saat akhir di medan bertarung, mendapati Lieutenan-lieutenan atau Panglima-panglima Perangnya ‘memberontak’ lantas meninggalkannya dan lebih parah lagi apabila kini mahu bersama dengan gerombolan lawan dan seterunya. Hampir sah tidak ada pilihanraya selepas Hari Raya ini.
Meskipun kononya didakwa diketahui lebih awal lagi, pengumuman untuk keluar parti dan BN, ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, juga seorang Timbalan Menteri serta menyokong Pakatan Rakyat (PR) tetap satu yang menggempar dan diluar jangkaan pelbagai pihak pengamat politik tanah air. Di segi ‘timing’nya ia amat menggugat kedudukan Najib yang sedang mencari-cari tanda positif untuk pembubaran parlimen selepas hari raya ini.
Tambahan Najib sedang berusaha untuk menubuhkan RCI – Suruhanjaya Pendatang Tanpa Izin dan perdamaian atas isu pertikaian kepimpinan Ketua Menteri dan adiknya. Amat sukar untuk beliau mencari penyelesaian terhadap kedua-dua isu yang membakar ini sekaligus menjejas persepsi keutuhan serta kawalan Najib terhadap politik Sabah. Lebih tepat lagi Najib sudah kehilangan atau paling tidaknya ‘kekurangan’ ‘Simpanan Tetap’nya.
Persepsi buruk terhadap ‘Janji Tidak Tertunai’ di negari Borneo ini juga mencalar kepemimpinannya bersabitan kepimpinan Taib Mahmud di Sarawak. Isu ini turut menghempit dan menghantui slogan “Janji DiTepati”nya. Tambahan pulak dikatakan bahawa Taib akan terus kekal menjadi Ketua Menteri Sarawak. Taib cukup memahami bahawa Najib sangat berhajat sokongan dirinya dan tidak bersedia untuk berdepan dengan suasana tidak menentu seperti di Sabah.
Kejutan buat Najib bukan kepalang dan amat menyiksakannnya. Kembali menekannya adalah asakan tentang pendedahan pelbagai ‘skandal kewangan’ yang melibat Ketua Menteri Sabah Musa Aman. Perletakkan jawatan seorang Ketua Jabatan Komplian Global HSBC semalam telah mencetuskan ‘expose’ urus-tadbir yang sarat dengan rasuah transaksi balak dan pelbagai kegiatan ‘penyucian wang’ atau ‘money laundering’ di negeri terkaya tetapi punyai rakyat paling ramai termiskin diseluruh Persekutuan Malaysia itu. Jumlah mencecah RM trillion disebut oleh beliau dan ia ada hubungkait dengan KM Sabah ini mengikut kenyataannya semalam.
Pertikaian tertangguh melibatkan Peguam Negara Ghani Patail (dari Lahad Datu) yang sehingga kini menghalang dakwaan rasuah membabitkan Anifah Aman dan Musa Aman tentang rasuah balak juga turut merobek kepercayaan rakyat khasnya warga dan pengundi Sabah.
Sementara itu, umum masih ingat kes bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail telah mempergunakan SPRM memangsakan beliau dan pasukan penyiasatnya bersabit seorang lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah.
Apa pun, ‘Simpanan Tetap’ Najib yakni 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini. Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan bakal tumbang kepada Pakatan Pembangkang. Shafie Afdal yang menanti peluang mengambil alih juga bergelut menangkis tuduhan terlibat dalam ‘skandal perhubungan’. Pun begitu ia tidak semudah didakwa sebab formula kerjasama ‘pembangkang’ juga belum muktamad.
Tetap dirasai umum bahawa kalau dulu Najib masih menaroh harap kepada kaum K-D-M dan Melayu di Sabah kini sudah semakin tercalar dan hambar. Bukan sahaja Melayu di Semenanjung sudah terbelah, kini juga di Borneo sementara kaum Cina dan India terus tidak mahu kembali menyokong BN kerana sangat kecewa dengan gelagat dan polisi Umno dan kuncu-kuncu NGOnya seperti Perkas dan Jeti yang melampau.
Apakah maknanya buat Najib yang mengikut kajian mutakhir Merdeka Centre bahawa ‘tahap keyakinan’ atau ‘Approval Rating’ pada paras 64%, (Jun) menurun 1% dari bulan Mei (65%), sementara tahap keyakinan kepada parti dan Barisan Nasional yang dipimpin terus mengalami penghaksian sokongan ke paras 42%? Kesenjangan sokongan amat ketara. Ramai juga yang masih ingat bahawa Pak Lah sebelum PRUke-12 mendapat ‘approval rating setinggi 71%.
Ada pakar-pakar Sains Politik yang menyebutkan bahawa perubahan ‘turun-naik’ sehingga tahap 3% itu tidak signifikan disegi perbezaan undi kerana julat kesilapan (margin of error). Lebih penting lagi adalah ‘trend’ atau ‘pola’ penurunan yang jelas di alami Umno-BN yang mutakhir ini sangat ketara.
Kerajaan Umno-BN ini yang kini merupakan kerajaan paling tua-lama memerintah (longest serving government) di atas muka bumi ini (selain dari China dan Vietnam – bukan demokrasi), rata-ratanya ditanggapi gagal mengisi pengharapan rakyat setersunya. Kereputan ‘kerajaan lama’ ini adalah akibat kehilangan kepekaan kepada rakyat yang setia mengangkat mereka dalam setiap PRU.
Kegagalan menghayati cita-rasa dan kehendak rakyat ini jelas dengan paling mutakhir cubaan untuk menggunakan slogan “Janji Ditepati” untuk Hari Merdeka tahun ini. Kajian Sinar Harian contohnya menunjukkan bahawa 86% mahukan slogan itu ditukar dan ditolak. Hanya 14 % sahaja yang menyokong slogan tersebut.
Umno-BN semacam hilang segala ‘sentuhan berbisa’ dan ‘tarikan’ yang satu masa dahulu merekalah segala-galanya semasa zaman awal pasca-Merdeka. Mungkin ketika itu memang mereka punyai kepimpinan yang berkorban untuk rakyat atas nama Kebangsaan Melayunya. Tetapi tidak lagi kini. Pembolotan dan kerakusan penguasa elit Umno-BN sangat menyerlah. NFC dan Felda lambang kegagalan Umno kini. Ceramah bekas tokoh-tokoh Umno seperti Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan Tamrin Ghafar, adalah sangat tajam mendedahkan ‘kebobrokan’ dan ‘kerakusan’ kepimpinan Umno bermula era Tun Mahathir sehingga Najib kini.
Najib juga begitu sudah kehilangan stature ‘kenegarawanan’nya. Dia sudah terlalu ‘mikro’ dan kehilangan arah perhitungan ‘besar dan makro’ terhadap permasalahan negara. Dia terlalu sangat takut untuk hilang kuasa pemerintahan. Tidak ada slogan yang inklusif dan menarik dan merentasi semua segmen rakyat seperti “Bersama Membangunkan Negara Tercinta”.
Najib hanya mahukan pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus ‘memberi dan membeli’ undi rakyat – BRIM 1 dan kini bonus dsbnya. Kesemua untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada kesengsaraan rakyat. Pemangsaan rakyat khasnya warga peneroka di Felda dalam jangka jauh dan Lynas di Gebeng membuktikan sebaliknya. Malang!
Masa untuk berubah telah sampai. Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? Mampukah Pakatan Rakyat mengisi pengharapan rakyat nanti? Apakah PRU ke-13 benar-benar akan menjadi “Waterloo” Najib Tun Razak?
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.
No comments:
Post a Comment