Umpama entri blog ini terdahulu, kerajaan semakin lemah dan kegagalan kali ini adalah hilang kawalan dengan pengeluaran ijazah-ijzah palsu.
Seruan timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa mohon majikan menyelidiki para pekerja mereka yang miliki ijazah plasu adalah satu tindakan terdesak dan kemenularan kepalsuan ijazah kalangan rakyat semakin parah.
Inilah kesannya keparahan penyakit sosial, amanah sudha hilang, integriti kita rosak dan punah teruk. Masa depan negara lemah dengan kemaharajalelaan para pekerja yang miliki ijazah palsu.
Bayangkan bagaimana seseorang itu menjadi jurutera, maka bangunan atau apa sahaja yang diselia akan menanngung risisko dan berisiko tinggi. Begitu juga dengan doktor, sama juga jika beliau dilantik ke taraf profesor maka ia akan menjadi profesor palsu.
'
Manifestasi kepada buruknya laku kita. Aduhai punahnya masayarakat dan negara kita.
Kini persoalannya siapakah yang wajar atau patut dipersalahkan ...?
Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja
PETALING JAYA: Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.
"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Bandar Sunway di sini Selasa.
Sementara itu, Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan.
"Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment