Entri biasa pula Romadhan adalah soal puasa umat Islam khasnya. Penulis rasa terpanggil dengan entry sebuah blog sahabat seperjuangan membangkitkan kembali perkara asas iman islam dan amal kepada kita semua. Kali ini perkara asas itu mengenai satu kisah 'lama' di bandar Temerloh yang menjadi bualan sesiapa sahaja tentangnya jika sudah lama menetap dan berada di bandar Temerloh. iaitu sebuah premis kedai bukan islam yang dikunjungi ramai Melayu islam waktu sianghari bulan Romadhan bagi membeli makanan. Sepecial kedai ini ialah menjual nasi ayam. Lokasinya betul-betul berada di dalam pusat bandar Temerloh. Masyarakat tempatan gelarkan sebagai bandar lama Temerloh. Berhadapan Restoran arwah En Satar (orang kuat PSRM Pahang), berdekatan dengan LUTH cawangan Temerloh dan hanya 300 meter daripada Masjid Abu Bakar Temerloh.
Pengamatan dan pemerhatian beliau dalam hal ini diakui tetap ada kebenarannya. Pihak Berkuasa Tempatan dan rakyat tempatan tahu. Malah pihak berkuasa agama pun juga tahu. Pelanggan setia Melayu tetap kunjungi walaupun pada hari-hari biasa (bukan bulan Romadhan). Ia semacam nostalgia bagi para pengemar kopitiam Cina generasi Melayu lama. Kalangan orang muda generasi pasca merdeka jarang amat ke kedai ini. Malah sebahagian tidak langsung mengetahu susur galur cerita dan kisah klasik orang zaman itu. Namun kedai ini bertahan lama , generasi penggemar kini sudah memasuki era warga emas belaka.
Inilah paparan sejarah serba ringkas restoran ini kepada masyarakat Melayu islam Temerloh amnya.
Bagi kita yang sediah adalah soal jatidiri Melayu dan Islam itu sendiri. Yang pertama dan utama adalah sikap orang Melayu sendiri yang boleh kita jadikan sebagai kunci segala-galanya.
Ambil mudah, tidak cakna, kurang rasa malu, tak tahu malu, perangai buruk, suka menunjuk, besar kepala, degil atau babil( loghat Temerloh) menjadi sarang dalam kepala manusia macam ini, kerana hadis Melayu yg diamalkan , Kita mati kubur tidak sekali.
Berkali-kali teguran , serbuan dibuat, berkali-kali amaran ingatan dibuat, Yang disalahkan siapa ?. Adalah semua, kadang-kadang mamat yg pakai uniform pun makan dan minum di situ dah macam mana,
Maka jadilah restoran itu tempat yg tidak dipelikkan oleh orang. Kelakuan dan lakunya tetap ada tetapi jauh berkurang. Kini apa yg diharapkan adalah agar pemilik itu mati sahaja. Lain-lain ikhtiar tidak berjalan. PBT sendiri tidak berani membatalkan lesen premis berkenaan , dah guana...

Jawapan Itik Gantung.
>> FRIDAY, JULY 27, 2012
Lelaki Melayu Islam tidak segan silu beli juadah tengah hari tanpa mengira status halal.
Jam baru menunjukkan 1.30 petang, namun nasi ayam di sebuah kedai makan di Bandar Lama Temerloh , di sini yang dimiliki peniaga Cina sudah habis gara-gara sambutan hangat segelintir lelaki Melayu beragama Islam di daerah ini.
Setiap kali Ramadan, kedai makan terbabit sememangnya antara destinasi ‘popular’ bagi mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan tengah hari. Apa yang meragukan ialah status halal makanan di kedai milik seorang yang bukan beragama Islam yang dipercayai dimasak oleh orang cina di kedai makan terbabit.
Namun halal atau tidak, bersih atau kotor sumber makanan berkenaan pastinya tidak diambil pusing sebaliknya yang lebih diutamakan mereka yang tidak berpuasa ialah perut yang berkeroncong terisi dengan makanan.
Pelanggan restauran ini dilihat seperti sudah tidak malu dan tidak kisah apabila dilihat orang membeli makanan. Dulu ada juga yang menyembunyikan muka dengan memakai topi keledar atau bercermin mata hitam bila membeli makanan tetapi kini ramai yang selamba saja.
Jabatan Agama tidak boleh ambil tindakan terhadap pemilik premis kerana mereka mempunyai lesen perniagaan dan hanya boleh memberi amaran. Tindakan hanya kepada pelanggan Islam yang membeli makanan di situ.

1 comment:
kedai itulah di temerloh mula nasi ayam diperkenalkan di awal tahun 80an. Pada mulanya tukang masaknya orang melayu, sekarang ni indon. Agamanya tak pastilah pulak. nasi ayam di kedai ni..ayamnya direbus..dipotong dan dibubuh kicap cair...nasi ayam hainan original..memang ramai orang temerloh..semua bangsa makan kat situ...sejak zaman kawan sekolah menengah dalam tahun 70an dah ujud dah..sebuah lagi kedai macam tu kedai kopi ah tong kat bazar kat bas terminal..nostalgia bhai...roti bakar pior..bakar dengan arang bakau..bhai..
Post a Comment