Friday, January 06, 2012

Tarikh 901 Umno semakin panik dan tidak keruan

TANGGAL 901 adalah detik sejarah hitam/putih negara. Sistem kehakiman Malaya akan bersidang untuk menjatuhkan hukuman kepada seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Pertuduhan II Liwat Anwar.\

Seluruh pemerhatian dan dunia luar melihat dan memerhati perjalanan politik Malaysia dengan penuh minat. Kita yakin Anwar akan dihukum penjara. Penjaranya sekitar 3 tahun berjalan serta berkuasa serta merta.

Hari ini pihak berkuasa khasnya PDRM memberi kebenaran untuk para penyokong Anwar berhimpun , cuma ditempat parking kereta. Tetapi keputusannya bakal berubah kerana ada 3 hari lagi. 

Berita ini, dikhabarkan bagi meredakan kemarahan para penyokong dan simpatisme Anwar. Namun keizinan itu hendaklah diingatkan bahawa kerajaan ada pelan perancangan tersendiri.
Ikut pusing mana sekalipun, penyokong dan rakyat akan terpalit dengan perhimpunan bakal dihadiri. Pihak tertentu akan membuat pelbagai provokasi bagi mencetuskan rasa kurang senang massa dan masyarakat awam terhadap Anwar.

Sebaran poster mencerca, kain rentang kini bertebaran seluruh pelusuk negara. Kebencian rakyat cuba ditanam. Mereka pergunakan apa sahaja termasuklah sandaran keagamaan. Perhatikan....




No comments: