Thursday, January 05, 2012

Sistem pendidikan negara perlu direvisi semula ?

Sehari dua ini semua dunia siber kecoh dengan perkembangan terkini Cik Amalina Che Bakri dari seorang pelajar pintar negara yang capai 17A dalam SPM kini menjadi pelajar liar.

Mana silap dan salahnya, adakah kita mahu menyalahkan terus kedua ibubapanya sebagaimana kelaziman jawapan panelis di mana-mana forum dan diskusi berhubung masalah sosial dan penyelesiannya dalam negara kita.

Melihat foto Amalina yang berada di bumi asing yang kini kita cukup teruja. Beliau diberitakan sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Kita amat terkejut dengan perkembangan ini, apa yang jelas sistem pendidikan kita nyata gagal dalam erti kata roh sebenarnya.


Mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana sistem yang ada telah melahirkan ribuan dan jutaan manusia yang kini berkhidmat, berkerja , mentadbir dan mengurus negara bagi memacu semua sektor bagi mengapai visi negara kita.


Di mana hujahan dan kilasan kita Amalina sudah memalitkan sejarah dan mencatatkan sejarah bahawa kejayaan mahupun pencapaian akademik cemerlang semata-mata bukanlah jaminan total atau mutlak bagi individu tersebut untuk mencapai kesejahteraan dan masa depan yang cemerlang dan gemilang.


Sebaliknya khazanah yang lapuk dan sering ditinggalkan iaitu agama adalah jawapan mudah bagi solusi isu berkenaan. Tempoh dan fasa pembangunan kerohanian perlu dimasukkan dan diambilkira bagi membentuk manusia DALAM negara kita. Elemen ini perlu diseimbangkan dalam menjadikan benteng atau pembinaan jatidiri para pelajar dan generasi masa depan kita.


Walaupun kesimpulan ini nampak mudah tetapi kita perrlu berfikir semula. Membuat revisi semula sebagaimana pandangan SM Idris tempoh hari yang mana tempoh menkoreksi dan membaikpulih serta rombakan sistem daripada orentasi kejar mengejar dan mengutamakan sijil tidak ke mana 



No comments: