Pengecilan kakitangan awam, kenyataan oleh Tony Pua selaku setiausaha Publisiti DAP mendapat perhatian umum. Dan berita ini dimanipulasi dengan begitu baik oleh media arus perdana milik Umno bn.
Walaupun serangannya tidak lah sehebat serangan media atas kenyataan mat Indera sebagai pejuang kebangsaan dan Mat Sabu dilebalkan sebagai penyokong komunis.
Ironisnya, berbalik kita dengan serangan media. Jika benar kakitangan yang ada kurang efesien, kenap dan mengapa daripada analisa kita adalah jika kakitangan kerajaan 9kakitangan awam ini tidak efesien menurut laporan audit 2010 negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat prestasi ekonomi dan pengurusan mendapat pujian oleh audit. (lihat harakah cetak edisi Jumaat)
Utamanya adalah Pulau Pinang Kedah dan Kelantan, kerana bagi kita kakitangan yang samalah juga bekerja semasa Bn Umno memerintah negeri-negeri berkenaan.
Justeru bukanlah salah kakitangan atas ketidak berkesanan pengurusan atau perbelanjaan mengurus kerana ada elemen-elemen lain yang mencemari pengurusan bagi negeri-negeri berkenaan.
Bagi kita ini adalah permainan politik semata-mata. Dan Tony Pua dimangsakan, kenyataan tulus dan ikhlas daripadanya disalah ertikan.
Sebagai peringatan pimpinan Pakatan harus berhati-hati dengan soalan dan asakan media. Jangan terpukau dan terlalu inginkan publisiti, kelak ia meakan diri. Yang rugi adalah PR
No comments:
Post a Comment