Thursday, November 17, 2011

Antara Fedlot dan One Off RM100

Sesi persekolahan 2011 hampir melabuh tirainya. bagi negeri-negeri yang Jumaat sebagai cuti mingguan sesi persekolahan sudahpun tamat.

Pihak sekolah 'dikejutkan' dengan arahan supaya pembayaran one off bantuan persekolahan RM100 diberikan kepada semua pelajar. Ada beberapa katogeri pelajar yang tidak merasai lagi bantuan sejumlah RM53 juta itu.

Pihak sekolah dengan segala kreativiti menyempurnakan penyampian bantuan kewangan itu terus ke tangan ibubapa penjaga murid. Ibi bapa penjaga ada yang tersenyum lebar, ada yang berasa puas dan tidak kurang juga yang tidak berpuashati.

Semarak pemberian wang off tenggelam, dek isu RM250 juta Shahrizat. Isu ini cukup besar, kini pendedahan dan makan kroni bersaling paut memaut. Yang mempersoalkan terus persoalkan yang menjawab terkial-kial dan lebih lucu ada cabaran debat kerana wang diselewengkan. Inilah bentuk dan cara gaya dunia negara kita.

Pemimpin dan mereka yang terlibat langsung tidak mempunyai moral. Dan masyarakat kita sudah leka lali dan menebal ketidakadaan sensitiviti. Semua boleh menerima seadanya dengan tangan terbuka.

Rosak dan punah lah negara kita


No comments: