Sunday, July 18, 2010

Melayu Bersatu: Kenapa tokoh agama diperalatkan ?

Belakangan ini heboh dan sibuk diperkatakan soal penyatuan Melayu. Fokus tumpuan adalah terhadap dua parti politik Melayu yang dominan iaitu PAS dan Umno.Bermula dengan rasa kebimbangan kuasa Melayu bakal lenyap dan tenggelam menjelang PRU13 iaitu pada 2012 agenda ini digerakkan oleh media dan juga beberapa individu yang terlalu menyanyangi bangsanya.

Keanehan individu yang beria-ria mahu menyatukan Melayu adalah seorang mufti. Pendekata orang agama. Bagi PAS ia tidaklah menjadi masalah kerana politik dan agama adalah sebahagian daripada Islam.

Namun yang kita peliknya sejak bila Umno mencampurkan politik dengan agama. Walhal doktrin Umno tidak mahu memperalatkan langsung apa-apa atas nama institusi agama kerana agama adalah suci dan tidak perlu dikotorkan. tetapi kali ini boleh pula. Pendirian apa namanya ? Inilah wajah Umno

Mufti mahu dilibatkan sebagai perantara, walhal ramai tokoh perunding yang hebat-hebat kenapa diseret orang agama dalam kancah politik yang kotor ini.

Kini jelaslah kita nampak wajah sebenar Umno, bila tersepit semua dilanggarnya. Agama ke apa ke tidak dipedulikannya yang penting matlamatnya dan hajatnya bakal tercapai.

Dan peliknya kenapa pula mufti yang seorang ini beria-ria sungguh mahu menyatukan Melayu dalam politik ?


No comments: