Sunday, July 18, 2010

Kerajaan persoalkan RM1 billion subsidi gula untuk rakyat

Kenapa dan mengapakah kerajaan mempersoalkan subsidi gula sebanyak RM1billion setahun tidak munasabah. Ini kerana kerajaan yang dilantik adalah kerajaan rakyat. Jika kerajaan merasakan duit RM1 billion boleh dialih dan dimanfaatkan kefaedahan kepada projek-projek yang lain. Kita cabar sejauh manakah keberkesanan dan kesampaian jumlah tersebut dimanfaati bersama oleh rakyat marhein.

Cakap-cakap berkenaan hanya boleh dilontarkan dalam negara kita. Jika di negara luar sudah lama kerajaan yang ada akan tumbang.

Adalah menjadi peranan dan tanggungjawab kerajaan melaksanakan dan mengusahakan apa cara sekalipun bagi menjaga rakyat.


Alasan tersirat nampak kerajaan bazirkan bagi subsidi, jelas kerajaan terlalu berkira dan mengambil kira apa-apa yang dibelanjakan untuk rakyat. Walhal kerajaan yang ada ini naik oleh kerana pilihan rakyat ini jugalah. Sepatutnya jika rakyat sebagai tuan tentulah kerajaan takut bagi bercakap sedemikian. Dan perlu meminta maaf kepada rakyat. Kerana rakyat adalah tuan.

Iktibarnya, maka sudah sampai masa rakyat kena memikir dengan semasak-masaknya bagi membuat pilihan kerajaan lain yang benar-benar perihatin. Ini kerana kerajaan yang ada terlalu lama dan terlampau letih bagi memikirkan masa depan rakyat. Tahap kebosanan mereka menguruskan hal rakyat sudah sampai ke tahap maksimum.

Dan katakan cukup kepada mereka ini.


No comments: