Saturday, July 10, 2010

Duit susut peneroka Felda diperlekehkan, duit Felda banyak bagaimana ?

Berkata benar dan memberitahu sesuatu yang benar adalah salah. Ini adalah gambaran nilai kerajaan Malaysia. Itulah juga adalah pepatah baru dalam dunia Malaysia Baru. Duit tunai Felda dalam tempoh 2004-2009 iaitu alami penyusutan sebanyak RM8 billion, gara-gara keborosan kepimpinan pengurusan Felda yang tidak cermat dan berhemah. Wang itu adalah wang awam masyarakat Felda yang ditubuhkan sebagai Badan Berkanun dan diletakkan di bawah Kem Pembangunan Dan Wilayah. Dan Kementerian ini adalah sebahagian daripada Kabinet Malaysia. Dan Malaysia adalah negara kita sebagai rakyatnya.

Justeru apa-apa yang berlaku adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat terhadap semua perkara dalam negara kita kerana kita rakyatnya. Malah di bawah konsep 1Malaysia pun tuntutannya bagaimana, maka kita kena bertanyalah kepada penulis rencana berkenaan.

Nanti jika 1Malaysia dikritik , maka semua PM Malaysia kita perlekehkan. Sebab atas nama sebagai PM. Dan secara tidak langsung seluruh rakyat Malaysia juga penulis perlekehkan termasuklah diri penulis sendiri.

Inilah penulis kangkung, yang penanya merosakkan masyarakat dan masyarakat yang rosak mahu ditambhkan kerosakkannya.

Maka penulis rencana dibawah dan projek membodek pemimpin dan mancari makan jangalah sampai tergadai semua perkara dan semua benda. Maka berpada-pada lah dengan tulisan kita.

Media hari ini melaporkan bahawa mengatakan salah urus duit Felda itu adalah sebagai satu usaha memburuk-burukkan Felda. Ini bermakna memperlekehkan Felda.









54 tahun agensi bela nasib Melayu sehingga mampu bina MRSMF

HARI Peneroka diraikan saban tahun, namun sambutan di Sungkai, Perak, kelmarin jelas menampakkan kelainan apabila perhimpunan itu terakam sebagai yang terbesar pernah diadakan bagi acara berkenaan.

Kira-kira 10,000 masyarakat peneroka tanah rancangan FELDA membanjiri perkarangan Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak di Feldajaya Utara Trolak pada Hari Peneroka 2010 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Di kalangan mereka yang hadir pada perhimpunan yang disifatkan 'perhimpunan raksasa' oleh Perdana Menteri itu, termasuk peneroka asal tanah rancangan yang menyimpan 1,001 macam kisah kepayahan dan nikmat kejayaan peneroka dan FELDA sepanjang 54 tahun penubuhan agensi itu.

Sambutan Hari Peneroka sebelum ini hanya terpancar wajah kegembiraan di kalangan peneroka yang berhimpun, namun di raut wajah mereka yang datang dari seluruh pelosok negara pada perhimpunan kelmarin, turut terpancar tanda kesal dan kemarahan yang meluap-luap.

Semuanya kerana fitnah, kata nista dan dusta yang dilemparkan akhbar Suara Keadilan, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya FELDA bankrap.

Selepas penyiaran laporan itu, masyarakat peneroka di seluruh negara bangkit memberi tindak balas keras dengan menzahirkan rasa kemarahan terhadap pembohongan itu.

FELDA membuat tuntutan supaya PKR membayar RM200 juta serta memohon maaf atas laporan didakwa FELDA tidak benar. Laporan itu menimbulkan persoalan sama ada ia satu kebetulan atau disengajakan kerana berita itu disiarkan ketika masyarakat peneroka dan FELDA mahu meraikan Hari Peneroka 2010.
Mungkinkah cemburu, iri hati atau bimbang FELDA yang berdaya maju hingga meletakkan keyakinan tinggi dalam kalangan peneroka untuk memberi sokongan kepada kerajaan menjadi motif laporan seumpama itu dibuat?

Apa yang pasti ia dilihat tindakan untuk memburukkan FELDA iaitu institusi yang dekat di hati Najib. FELDA yang kini berusia 54 tahun diasaskan Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang juga bapa Najib.

Kemarahan keluarga peneroka kelmarin tidak dapat disembunyikan apabila sekumpulan belia dan anak peneroka berhimpun di laluan masuk ke MRSMF berkenaan sambil memegang sepanduk tertulis kata-kata menyelar PKR ketika Perdana Menteri tiba untuk merasmikan sambutan itu.

Laungan hidup FELDA bergema tanda sokongan padu peneroka kepada FELDA dan kerajaan di bawah kepemimpinan Najib. Memulakan ucapan, Ketua Peneroka, Samsudin Osman, mewakili 10,000 peneroka berkenaan membunyikan loceng amaran kepada pihak yang memfitnah FELDA.

Usik FELDA, usik peneroka antara petikan ucapan Samsudin yang jelas memberi penegasan betapa rapatnya masyarakat peneroka dan FELDA yang menaungi mereka dan betapa terhirisnya hati mereka dengan pembohongan itu.

Beliau turut menyatakan perasaan sedih, marah dan kesal kerana ada pihak cuba memporak-perandakan keluarga peneroka dan FELDA melalui fitnah yang katanya tidak dapat dimaafkan sama sekali oleh masyarakat peneroka.

Katanya, warga peneroka terhutang budi dan menyokong Perdana Menteri kerana berjaya membawa perubahan pantas kepada FELDA.

Justeru, tidak hairan apabila peneroka dengan lantang menjawab teruskan! apabila Perdana Menteri ketika berucap bertanya secara terbuka kepada mereka sama ada FELDA perlu tindakan undang-undang terhadap PKR atau sebaliknya, selepas parti itu enggan membuat permohonan maaf dan membayar tuntutan RM200 juta.

Seperti dinyatakan Perdana Menteri, tempoh berakhirnya notis tuntutan FELDA terhadap PKR kebetulan berakhir pada sambutan Hari Peneroka itu.

FELDA mengemukakan notis menuntut PKR membayar RM200 juta dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung artikel mendakwa FELDA bankrap disiarkan akhbar itu dalam keluaran Bil 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun lalu.

Notis itu dihantar peguam FELDA, Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak kepada tiga pihak iaitu PKR sebagai pemilik Suara Keadilan serta penerbitnya, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetaknya, Percetakan NPK Sdn Bhd.

Sekadar renungan berhubung isu FELDA bankrap, angka di bawah mungkin boleh menjadi pedoman bagi semua pihak untuk menilai tuduhan itu:

Tunai FELDA RM1.3 bilion
Aset tetap FELDA pada 2004 RM9.71 bilion meningkat kepada RM15.37 bilion pada 2009
Purata pendapatan peneroka bagi sawit RM3,031 dan getah RM2,570.

Selain itu, kawasan yang dibangunkan FELDA kini seluas 853,313 hektar dengan bilangan peneroka diurus agensi itu 112,635 orang di 317 tanah rancangan. Dari segi keluarga peneroka pula, angkanya mencecah 1.6 juta orang.

Anggota kakitangan Kumpulan FELDA kini seramai 22,665 iaitu kakitangan FELDA 3,263 dan Kumpulan Syarikat, 19,402 orang.

FELDA sendiri melakar sejarah apabila MRSMF Kampus Tun Abdul Razak berharga RM123 juta yang turut dirasmikan Perdana Menteri kelmarin.

Ia lambang kebanggaan FELDA dan masyarakat peneroka kerana ia MRSM paling moden dan pertama di tanah rancangan di negara ini.

Di hadapan 10,000 peneroka, Perdana Menteri menzahirkan lafaz janji mempertahankan FELDA kerana institusi itu amat berjasa kepada negara khususnya membuat perubahan mobiliti sosial dan sosioekonomi yang besar bukan saja membabitkan masyarakat peneroka, malah faedahnya juga dirasai bukan masyarakat peneroka.


No comments: