Monday, July 05, 2010

Belanja tari-tari, nyanyi2: Tidak Mahal !!! Inilah Malaysia

Pavillion Malaysia di Shanghai China adalah program pakej perlancongan bagi menarik para pelancong ke Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan atau mana-mana agensi antarabangsa wallhualam. Dan dilaporkan promosi lawat malaysia ini memakan belanja sejumlah RM20 juta. Bagi pimpinan Umno tidak jadi masalah berbanding dengan nilai subsidi kepada rakyat atau apa-apa sahaja kepada rakyat semuanya mahal. Namun projek ini tidaklah mahal kosnya


Dan yang paling mengejutkan adalah kenyataan Ketua Menteri Melaka yang menyebut dengan megah dan bersahaja nama-nama institusi yang perlu menyumbang dan menyokong projek itu dengan 'memaksa' bagi menaja program berkenaan antaranya CIMB, Bank Rakyat, YTL dan Ananda Krishnan.

Yang penulis peliknya kenapa mahukan wang Bank Rakyat, iaitu sebuah bank koperasi milik rakyat Malaysia yang marhein yang lain-lain disebut itu tidaklah menjadi masalah. Dan hairannya kita ke mana perbelanjaan Kementerian Pelancongan. Adakah masuk program ini dalam takwin pelancongan negera. Jika tidak adakah program ini bersifat ad hoc dan siapakah punya kerja dan punya kepandaian.

Semuanya kena masuklah dalam kamus pengetahuan dan pertimbangan SPRM

No comments: