Persoalannya bolehkan Umno dan pemimpin Umno mengikutinya dan mencontohi apa yang dihajati oleh ketuanya itu.
Menilai soalan pertama program rakyat yg dilaku lebih bersifat program kerajaan yg diperkudakan oleh Umno. Dan ramai rakyat tidak berpuashati, sementelahan semasa penganjuran program berkenaan rakyat (kakitangan agensi kerajaan yang berkaitan) bekerja bertungkuslumus siang malam bagi memperindahkan pandangan mata pimpinan. Dan pimpinan peringkat bahagian pula bersifat seperti DO yang tindak tanduknya meloyakan petugas yang hadir, Sementelah rakyat amat terpisah langsung dengan program sedemikian. Maka program juara rakyat dari dulu dan sekarang sedia memecahbelahkan masyarakat dan rakyat setempat. Justeru Umno adalah penganjur dna pemecahbelah masyarakat sejak dahulu kerana Umno kuasai kerajaan dan kerajaan itu Umno.
Kedua soal pengurusan tanah dan yang berkaitan yang dimaksudkan Najib. Bagi pengetahuan PM yang pura-pura tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu, Umno menguruskan tanah, saham Felcra, biasiswa, baja, PPRT ke , lembu pawah ke serta ape-ape ajelah bantuan kerajaan dan pelbagai lagi kepentingan peringkat bawahan hanya berkisar dan berlegar sesama mereka yang dekat dan berkepentingan dengan ketua kampung, JKK atau apa-apa komuniti berkait rapat dengan umno, rakyat yang tidak sehaluan dan tidak sependapat hata yang tidak berparti pun terpinggir sejak zaman berzaman. Cuba selidiki di kampungan dan kejiranan seluruh negara, rakyat miskin terus terpinggir dan dipinggirkan oleh puak bawahan yang 'cukup berkuasa' dan menunjukkan kuasa ni.
Sebab kedua inilah rakyat meluat kepada Umno. dan bertambah getik kata almarhum Megat Junid bekan menteri Umno yang lama dalam kabinet.
Penilaian ke3 pengurusan Ketua kampung, atau Tok empat atau tok Gawa cukup dibenci rakyat berdasarkan penyisihan atas perkara kedua itu tadi. Perpecahan semakin ketara bilamana ketua Kampung yang juga ketua Umno cawangan dilantik sebagai pengerusi masjid atau surau yang menjadi tempat himpunan masyarakat setempat.
Berpunca daripada sekatan aktiviti keagamaan yang disekat ini yang melahirkan markas atau balai Islam oleh ahli-ahli PAS setempat bagi menyalurkan ilmu-ilmu keagamaan tampa disekat. Sebaliknya dengan masyarakat berpecah dua ini disebabkan desakan Umno (macam isarel muda tindakannya) PAS dituduh sebagai pemecah belah sejak bertahun-tahun dan berdekad-dekad.
Dan faktor wakil rakyat Umno yang dilayan masyarakt macam lembu suci serta dewa dan wakil-wakil rakyat tambahan pula ditakuti rakyat. menjadikan wakil-wakil rakyat seperti pangeran. Kata-kata wakil rakyat sentiasa dibetulkan, sesiapa yang menyanggah wakil rakyat adalah seperti menyanggah 'tuhan' lagaknya.
Walhal kelakuan wakil rakyat dibelakang tabir cukup memualkan dan meloyakan. mereka yang sengaja mencari-cari kelemahan dan keaiban tok wakil adalah mereka yang jahat serta berniat jahat, ada agenda pemecah belah atau mereka yang kecewa.
Empat Faktor Pengaruhi Sikap Rakyat Terhadap UMNO - Najib
PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti UMNO sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.
Beliau berkata, faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, pelaksanaan dasar dan sesuatu keputusan yang diambil itu akan dilihat oleh rakyat sebagai ukuran bagi meningkatkan khidmat kepada masyarakat.
"Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.
Najib berkata, faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadap pengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.
"Faktor terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya," katanya.
Menurutnya, tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.
"Justeru, saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat," katanya. Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai UMNO bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.
Katanya, soal pendaftaran ahli tidak boleh dibuat secara bermusim sebaliknya ia perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh menarik minat untuk menyertai parti itu.
Dalam pada itu, mesyuarat itu juga mengusulkan usul tergempar apabila menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen pertaruhan sukan sempena Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.
Usul yang dibawa oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd Arippin Daud itu menyatakan mereka tetap mempertahankan keputusan Perdana Menteri walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment