Gangguan pentadbiran terutama SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat merencatkan serta memberi imej yang kurang memberangsangkan kelayakan Pakatan Rakyat memerintah di mata rakyat.
Semua pegawai yang ada terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat ibarat duri dalam daging. Dan usaha menyingkirkan mereka pula amat sukar kerana campurtangan dan pengaruh kumpulan dewa-dewa yang banyak merosakkan sisitem dalam negara kita.
Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan negeri | ||
|
Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka. Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. "Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya. "Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi. 'Tali barut' Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan. "Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain. Guna istana Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan. | |||
1 comment:
Pakatan Rakyat akan menghadapi seribu mungkin rintangan untuk mentadbir negara ini.
Lihat contoh di Selangor sahaja senario yang berlaku membuktikan umno dengan pimpinan besar mereka akan buat apa saja asal mereka terus berkuasa.
Mereka akan gunakan pengaruh "duit" untuk membutakan semua badan yang dapat menghalang PR memerintah hatta dengan istana sekalipun....WANG ADALAH SEGALA-GALANYA BEGI MEREKA....TETAPI SUARA RAKYAT ADALAH SUARA KERAMAT!
Post a Comment