Friday, July 02, 2010

Aziz Bari : Minta ganti 3 pegawai utama dlm kerajaan negeri ini

Pandangan Aziz Bari wajar direnungi dan segera persepakatan antara pimpinan Pakatan Rakyat. Bagi memacu dan memaju negeri dengan daya urustadbir yang lebih baik daripada negeri-negeri milikan Umno Apco.

Gangguan pentadbiran terutama SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat merencatkan serta memberi imej yang kurang memberangsangkan kelayakan Pakatan Rakyat memerintah di mata rakyat.

Semua pegawai yang ada terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat ibarat duri dalam daging. Dan usaha menyingkirkan mereka pula amat sukar kerana campurtangan dan pengaruh kumpulan dewa-dewa yang banyak merosakkan sisitem dalam negara kita.







Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan negeri
Jul 1, 10 10:20am
Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

'Tali barut'

Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat.

"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Guna istana

Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana.

"Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.


1 comment:

azman kamarul said...

Pakatan Rakyat akan menghadapi seribu mungkin rintangan untuk mentadbir negara ini.

Lihat contoh di Selangor sahaja senario yang berlaku membuktikan umno dengan pimpinan besar mereka akan buat apa saja asal mereka terus berkuasa.

Mereka akan gunakan pengaruh "duit" untuk membutakan semua badan yang dapat menghalang PR memerintah hatta dengan istana sekalipun....WANG ADALAH SEGALA-GALANYA BEGI MEREKA....TETAPI SUARA RAKYAT ADALAH SUARA KERAMAT!