Thursday, June 24, 2010

Runtuh : Fenomena di Malaysia

RUNTUH. Adalah satu perkataan yang dimanglikan serta tidak asing kepada kita di Malaysia. Dalam pepatah Melayu , iaitu khazanah warisan budaya kita, selalu dikaitkan perkataan runtuh dengan perbandingan seperti 'Durian Runtuh'. Istilah ini diberikan bagi memberi gambaran seseorang itu mendapat sesuatu yang luarbiasa dan boleh dimanfaati. Cara laba berkenaan diperolehi adalah dengan jalan dan laluan yang baik.

Namun demikian fenomena zaman nenek moyang dulu itu, zaman pepetah ini direkacipta , kini sudah berubah. Kini durian jarang yang runtuh lagi.

Kini yang ada berlaku fenomena tanah runtuh kerana bangunan tinggi dibina dilereng-lereng bukit, diselangi pula dengan makmal komputer runtuh satu persatu dari negeri ke negeri, maka gempar lagi rakyat negara kita pula dengan stadium runtuh, dan kemuncak daripada runtuhan itu adalah mahkamah Jalan Duta bumbung silingnya runtuh. Inilah gambaran nilai runtuh versi baru dalam masyarakat kita.


Dalam bab runtuh ini penulis teringat para remaja kita. Perlumbaan mereka adalah berlumba-lumba meruntuhkan moral mereka. Dara dihilangkan, seks babas dihidangkan. Sementara para pemimpin badan berkanun atau syarikat milik kerajaan yang diamanahkan rakyat pula mereka bertanggungjawab itu berbangga dengan catatan meruntuhkan institusi berkenaan dengan mencecah angka billion RM.

Para pemimpin negara asyik meruntuhkan wang negara. Terbaru dilaporkan daripada 2004 aliran tunai wang FELDA ada sedia ada iaitu RM4.3 billion, tetapi menjelang 2009 wang tersebut menyusut sebanyak RM2.7 billion kepada RM1.6 billion.

Sementara Sime Darby dirugikan oleh CEOnya sebanyak RM2.3 billion, maka yang lain barulah sedar selepas berbillion rugi.

Inilah fenomena runtuh ala Malaysia

No comments: