Wednesday, June 23, 2010

Judi: Kenapa kita masih persoalkan ?

Bertuhankan kebebasan dengan menyanjung dan meletakkan logik akal atau pemikiran dalam memberi hujahan mengikut rasional akal semata-mata adalah sesuatu perkara lambang sifat lemahnya manusia. Ukuran , perkiraan, andaian, jangkaan fikiran kita yang dangkal itu gagal melangkaui batas daerah tembok, geografi .

Hari ini masih lagi kedapatan manusia yang terus menerus mempertahankan apa yang tidak sepatutnya dipertahankan. Kali ini golongan penulis atau wartawan menjadikan medium akhbar sebagai saluran mempertahankan hujahan mereka supaya pelesenan perjudian Bola Sepak Piala Dunia dihalalkan juga oleh kerajaan di Malaysia.

Alasan jika dihalang sekalipun tetap ada orang yang akan memanfaatkan judi bolasepak ini. Adalah lebih baik diizinkan sahaja. Tambahan sehingga hari ke 11 hari ini, sudah ratusan juta duit perjudiaan

Gara-gara takutkan berlaku pertaruhan haram, jika tidak diberi lesen halalkan perjudiaan berkenaan.

Isunya yang dibangkitkan dan dipertahankan adalah berkisar tentang judi dan pelesenan judi sempena Edisi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang sedang berlangsung sekarang. Kerajaan Umno Apco dengan sokongan wakil rakyat tegar Umno Apco memutuskan untuk memberikan pelesenan bagi tujuan perjudian bola berkenaan. Namun semua rakyat bangun menentang, membantah, memprotes secara keras. Hinggakan kerajaan terpaksa menangguhkannya buat sementara waktu.

Yang peliknya wajah-wajah mereka yang mahukan perjudian itu diteruskan adalah kalangan Melayu islam, yang semestinya beragama Islam. Inilah yang menghairankan, kenapa dan mengapakah mereka ini yang beria-ia serta bersungguh-sungguh memperjuangkan apa yang diharamkan.

Logiknya adalah moral mereka berjudi ini bukan setakat mempertaruhkan wang semata-mata, malah lebih daripada itu. Hasil percaturan perjudian tentulah pelbagai startegi dijalankan oleh konspirator. Jelas-jelaslah kita lihat bagaimana sukan bolasepak yang tujuan beriadah menjadi medan perjudian. Kesenian bolasepak dan sukan di cemari, kerana semua perlawanan sudah diatur. Lihatlah pasukan-pasukan besar spt Perancis, England dan sebagainya gagal mempamerkan skil dan kemahiran mereka.

Dengan perjudian sukan sahaja banyak lagi permasalahan hiliran yang sama naik. Inilah yang penulis berkenaan enggan memahami.

Malah dalam pendidikan anak-anak di sekolah, apa yang perlu guru-guru mahu jelaskan kepada mereka, Dalam subjek agama judi itu haram, pendidikan moral juga berjudi adalah perbuatan tidak baik. Malah pekeliling Disiplin peringkat sekolah telah menyenaraikan 101 kesalahan displin termasuklah salah satu yang diberi markah demerit adalah kelakuan pelajar berjudi di sekolah.

Dan bila para ustaz memperjelaskan judi itu haram kerajaan akan marah kerana rata-rata ustaz dan guru sekolah menyokong pembangkang terutama PAS.

Inilah dunia cacamarba malaysia tanahairku, itulah fikiran slogan mereka bertukar juga akahirnya daripada HIDUP MELAYU kepada MELAYU CEMERLANG




Hipokrit dalam isu lesen judi Piala Dunia
Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2010/06/23

Kegagalan operasi secara sah dikatakan beri ruang pertaruhan haram berleluasa

TEPAT seperti dijangka, kegagalan ‘melesenkan’ perjudian sepanjang pesta bola sepak Piala Dunia 2010, mencetus pelbagai isu terutama membabitkan pertaruhan secara haram terutama dalam kalangan rakyat bukan Islam.

Antara yang memulangkan paku buah keras ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, yang nyata tidak dapat menahan diri daripada bertanya apakah semua tangkapan yang berlaku sejak dua minggu lalu ada membabitkan rakyat beragama Islam.“Saya nak bertanya adakah apabila kita melesenkan perjudian sukan ini ada umat Islam yang akan terbabit. Orang Islam tidak berjudi, saya tidak berjudi. Jadi benda macam ini (melesenkan perjudian sukan) janganlah hanya bertanya kepada mereka yang beragama Islam, tanyalah kepada mereka yang bukan Islam.“Apakah orang bukan Islam tidak penting di negara ini. Hakikatnya ialah Malaysia bukan saja milik umat Islam, orang bukan Islam juga adalah sebahagian daripada warga negara ini,” katanya tegas.

Nazri adalah antara menteri yang dikritik serius dan dilabel sebagai berpandangan begitu liberal apabila menyokong cadangan Kementerian Kewangan untuk melesenkan perjudian sukan seperti ketika kempen Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan.
Ramai penganut Islam meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap cadangan itu dan antara yang lantang mengkritik kerajaan ialah parti pembangkang yang nyata menangguk di air keruh.

Namun, beberapa kes tangkapan besar-besaran dan hakikat bahawa lebih 200,000 rakyat Malaysia terbabit dalam perjudian haram Piala Dunia setiap hari, dengan pertaruhan lebih RM300 juta, ramai yang membangkang sebelum ini mula menginsafi hakikat sebenar.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata siasatan ke atas 129 orang yang ditahan dalam Ops Soga sejak Piala Dunia bermula dua minggu lalu, mendapati setiap orang bertaruh antara RM50 hingga RM2,000. Jumlah yang dikutip boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 bagi setiap satu perlawanan atau sehingga RM100,000 untuk tiga perlawanan sehari.

Nazri berkata, umat Islam negara ini tidak boleh terlalu emosional apabila berhadapan dengan isu yang sememangnya telah dijangka akan berlaku.

“Saya nak tanya lagi, ada beberapa perkara yang haram bagi umat Islam tapi tidak menjadi masalah kepada mereka yang bukan Islam dan sebagai negara majmuk kita khususkan peraturan untuk perkara seumpama.

“Contohnya, membela dan memakan babi, kita khususkan tempat pembelaan dan kita umumkan kawasan tidak halal apabila membabitkan penjualannya. Begitu juga dengan arak, kita syaratkan tempat dan kenakan hukuman sekiranya berkelakuan mabuk di tempat awam.

“Jadi kenapa dalam isu melesenkan judi sukan ini menjadi masalah pula kepada kita. Bukan kita, umat Islam, yang bertaruh. Mengapa kita perlu takut untuk mengenakan syarat yang dapat mengekang perjudian ini.

“Saya berharap lain kali orang Melayu dan umat Islam janganlah terlalu emosional tak tentu arah. Biarlah orang Cina dan India nak bertaruh... itu duit dia, kita cuma melesenkan bagi memastikan ia tidak mencetuskan pelbagai isu yang tidak diingini,” katanya.

Isu perjudian ini mencetus begitu banyak tekanan kepada pihak berkuasa. Kegagalan melesenkannya akan membuka pintu begitu luas kepada perjudian gelap, yang membawa kepada kepada isu gangsterisme.

Kumpulan gangster yang terbentuk akan mula mencipta ‘jajahan’ masing-masing dan akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan kepada kumpulan yang tamak yang tidak teragak-agak menceroboh kawasan.

Jauh lebih buruk, ia boleh turut membabitkan pihak berkuasa apabila ada yang boleh ‘dibeli’ untuk melindungi kumpulan terbabit.

“Ini yang dikatakan ‘black economy’. Kegagalan kita untuk melesenkan perjudian sukan ini telah membawa kepada begitu banyak masalah,” jelas Nazri.

Menteri yang sebelum ini banyak bertentang pendapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, kali ini bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri itu, membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang nyata bersikap hipokrit dalam isu ini.

“Kali ini saya bersetuju dengan pendapat Tun, Anwar memang hipokrit dalam isu melesenkan perjudian sukan, kerana ketika menjadi menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) dia adalah orang bertanggungjawab meluluskan lesen untuk perjudian,” katanya.

Isu melesenkan judi sukan ini telah mencipta perdebatan hangat di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, antara dengan lantang membidas keangkuhan
pembangkang yang mengkritik kerajaan tanpa mengambil kira kesan dan akibat.

Antara yang mendesak kerajaan meluluskan pelesenan untuk pertaruhan sukan ialah Ahli Parlimen (Bebas) Wangsa Maju, Wee Choo Keong, yang mencadangkan lesen ini bukan saja diberi kepada Ascot Sport, bahkan mewujudkan sistem tender terbuka bagi membolehkan syarikat lain turut berniaga.

“Adalah tidak masuk akal untuk kita menghapuskan subsidi, tapi pada waktu sama membenarkan sindiket judi haram sukan mengaut keuntungan yang banyak.

“Mengapa kita boleh menjadi bendul dan buta kepada ini semua? Mengapa rakyat harus menjadi mangsa dengan penghapusan subsidi apabila hasil pertaruhan sukan boleh menampungnya? Pertaruhan yang dikawal selia adalah jawapan kepada masalah ini.

“Sedarlah. Bukalah mata. Janganlah kita mempertuhankan diri. “Dont play god.” Kita sendiri telah mengambil hasil daripada dana haram ini kononnya dengan cukai ke atas lesen arak, Big Sweep dan Empat Nombor Ekor, di semua negeri, termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” kata wakil rakyat Bebas ini mengenai pelesenan yang boleh memberi keuntungan lebih RM500 juta kepada kerajaan, kelmarin.

No comments: