Tuesday, June 15, 2010

Pendidikan bertaraf dunia: Kita sokong ?

Setuju atau tidak setuju dengan pandangan di bawah, iaitu ibubapa menuntut layanan istimewa institusi pendidikan mendidik anak-anak mereka. Hujahannya adalah seperti yang tertera dalam artikel di bawah.

Ini adalah satu bentuk cabaran baru iaitu cabaran masa depan pendidikan negara. lontaran idea ini walaupun lama tetapi adalah sesuatu yang baru dan ia perlu disegarkan.

Guru adalah sebagai jentera pelaksana sahaja. Maka perancangan dan penyeliaan perancangan mengikut modul dan model jentera itu adalah satu pihak yang lain. Maka bebanan menjayakan misi 'layanan istimewa ibubapa' bagi mengapai misi pendidikan bertaraf kelas dunia seperti yang dihajati mestilah didokongi bersama. Maka kebersamaan itulah yang perlu diatururus secara cermat dan berhemat.

Oleh itu, pihak kementerian perlu segera dulu menyelesaikan masalah-masalah prasarana, kemudahan bersifat asas dengan sesegera bagi merealisasikan agenda murni di atas.

Jika tidak akan ada salah menyalah antara satu sama lain iaitu ibubapa, pihak institusi, guru sebagai agen pelaksana dan kerajaan sebagai pembentuk dan pembuat dasar.

Kita amat menyokong penuh agar institusi pendidikan ini diperkasakan dan imej pendidikan negara mempunyai kelas tersendiri peringkat dunia. Biarpun negara kita kecil dan kerdil, namun pendidikan negara ini diurus tadbir secara profesionalism


Ibu bapa tuntut layanan istimewa

Susunan Ruhaiza Rusmin

INSTITUSI pendidikan di negara maju kini berdepan krisis serius apabila ramai pihak terutama ibu bapa mula mempertikaikan kemampuan guru dan institusi pendidikan mendidik anak mereka.

PERLU BERSEDIA...graduan yang mengambil keputusan menjadi pendidik  harus bersedia menghadapi pelbagai tekanan dalam dunia kerjaya.
PERLU BERSEDIA...graduan yang mengambil keputusan menjadi pendidik harus bersedia menghadapi pelbagai tekanan dalam dunia kerjaya.

CUBA FAHAMI...ibu bapa perlu bersikap rasional dan cuba memahami  masalah dihadapi guru serta anak di sekolah. TERBEBAN...guru hanya manusia biasa tidak lepas daripada tekanan  sewaktu menjalankan tanggungjawabnya. TENANG...krisis yang melanda bukan saja boleh menjejaskan mutu  pendidikan malah boleh mendatangkan tekanan sama ada kepada pelajar  mahupun bakal guru. BANTU...bukan saja guru malah pelajar juga harus saling membantu  dan memahami supaya dapat mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan sedia  ada.

























































Soal keupayaan dan kelayakan turut dipersoal sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap kerjaya golongan itu yang sebelum ini dianggap terhormat di kalangan masyarakat.


Meskipun mereka cuba mempertahankan pendirian dengan menyatakan masih mampu memberi perkhidmatan terbaik, kebanyakan ibu bapa dan masyarakat tetap tidak berpuas hati dan menganggapnya sebagai janji kosong.


"Bagaimana kami mahu percaya sedangkan anak-anak merungut guru di kelas kurang beri perhatian, tidak menyemak buku dan gemar menghabiskan masa menyelesaikan masalah peribadi? "Perlukah kami percaya kata-kata mereka?" kata seorang ibu yang berang apabila anaknya yang berusia 12 tahun menceritakan keadaan yang berlaku di sekolah.


Krisis pendidikan itu bukan saja disebabkan rasa tidak puas hati kepada guru malah kemudahan di sekolah berat sebelah terutama kepada golongan kurang berkemampuan. Bagaimanapun, kekalutan dan ketegangan itu ditangkis sebahagian pakar pendidikan yang menganggap ibu bapa terlalu menuntut layanan istimewa daripada institusi pendidikan.


Mereka menganggap guru terlalu dibebankan dengan tanggungjawab lain namun tiada siapa prihatin sebaliknya hanya tahu membuat tuduhan melulu.


Pakar pendidikan Pusat Statistik Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, William Hussar, berkata ibu bapa dan masyarakat terlalu mendesak, inginkan kesempurnaan dan gagal memahami masalah orang lain.


"Mereka mahukan yang terbaik tapi jangan biarkan keinginan itu terlalu menguasai diri malah tiada sesiapa yang sempurna.


"Guru manusia biasa yang ada pelbagai masalah. Mereka mahu memberikan komitmen tapi kadang kala bukan semua mampu memenuhinya. "Tidak adil hanya kerana masalah itu mereka perlu menerima kecaman dan dihentam tanpa peluang membela diri," katanya.


Meskipun sikap masyarakat negara maju lebih terbuka, ada segelintir enggan menerima penjelasan dan menjadikan isu sedia ada lebih panas.


Memburukkan keadaan apabila isu taraf institusi turut diheret dengan ibu bapa melabelkan sekolah awam sebagai tidak profesional berbanding swasta.

Menurut Hussar, perbandingan itu bukan saja akan melemahkan semangat guru dan menjatuhkan standard institusi awam tapi memburukkan lagi keadaan.


"Apabila taraf institusi dipertikaikan, komitmen guru akan tergugat, tiada keadilan, kualiti pembelajaran merosot sekali gus merencat segala usaha direncanakan selama ini.


"Sepatutnya, semua pihak bekerjasama untuk mengatasi kemelut ini kerana jika tidak ditangani segera, ia akan meninggalkan impak lebih parah kepada masyarakat dan negara," katanya.


Pada masa ini, Amerika Syarikat (AS) mempunyai 3.2 juta tenaga pengajar pelbagai institusi dan lebih separuh daripada mereka mempunyai kelayakan tinggi seperti profesor dan pensyarah manakala ada juga berpengalaman luas seperti bekas guru.

Menurut Hussar, meneliti kelayakan sedia ada, tidak mungkin timbul pertikaian mengenai kemampuan guru mendidik pelajar dan beranggapan isu berkenaan sengaja diperbesarkan.


"Apabila isu remeh diperbesarkan, ia pasti menyebabkan keseluruhan institusi guru dipersalahkan.


"Jika ada masalah, berbincang secara berhemah, tidak perlu tuduh menuduh atau melakukan provokasi kerana tiada siapa yang sempurna," katanya.


Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas pakar kajian sosial dan pendidikan, Dr George Capple yang menganggap Hussar terlalu membela guru dan tidak mahu memahami masalah dihadapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat.


"Kenyataan itu berat sebelah. Salahkah jika ibu bapa dan masyarakat mahukan pendidikan berkualiti.


"Ibu bapa dan masyarakat bukan mahukan kesempurnaan tapi komitmen.


"Malangnya guru lalai dan sibuk dengan agenda peribadi sehingga mengabaikan tanggung jawab mendidik pelajar," katanya.

No comments: