Era 1980an dan tahun-tahun sebelumnya melihat penguasaan penuh Umno dan Bn di persada sistem dan kepolitikan negara. Senario apa pun di era itu adalah acuan dan perencanaan serta percaturan Umno. Sesi pemimpin Umno mencorak landskap kepolitikan negara kini sudah hampir berlalu. Buktinya kejatuhan 5 buah kerajaan negeri kepada kumpulan lain mengubah segala-galanya . Kumpulan yang menamakan pemaufakatan mereka itu sebagai Pakatan Rakyat mulai diterima rakyat.
Selepas pilihanraya Umum ke 12 lalu juga. Umno Bn mahu juga mengulangi legasi kekuasaan mereka seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun rakyat mulai menolak kepimpinan mereka kini.
Kelantan pernah merasai kerakusan kuasa dan kekuasaan Umno Bn yang sebelumnya diberikan oleh mandat memerintah bawah kerajaan pilihan rakyat melalui PAS. Akhir cerita Umno Bn memagerankan kerajaan pilihan rakyat berkenaan. Maka jatuhlah kerajaan berkenaan. Umno kembali berkuasa dengan cara paling tidak demokratik. semua ini adalah tercatat dalam lipatan sejarah negara.
Kini kemelut sama juga berulang, bilamana Kerajaan Pakatan iaitu PAS bersama DAP dan PKR telah berjaya menerajui kempinan negeri Perak. Umno Bn terus menerus berusaha menjatuhkan kerajaan pilihanan rakyat melalui pelbagai cara dan strategi. Usaha mereka berjaya juga bilamana 3 ADUN menyeberang keluar 'masuk' Umno Bn secara tidak rasmi menjadi 'bebas' yang tidak bebas.
Maka kini PKR membuat kejutan besar, usaha PKR dengan mahu menarik 3 ADUN Umno Bn ke dalam partinya. Justeru gimik ini kita nantikan, adalah ia berjaya atau hanya sebagai satu sandiwara.
Logok akal adalah payah dari sudut teori dan hujah. tetapi mana kita tahu ia adalah sebaliknya. Apa-apa pun kita nantikan.
No comments:
Post a Comment