Tuesday, June 01, 2010

Inilah nasib dunia Islam : Sampai bila Isreal menjadi raja ?

Sejak 1946 Pejanjian Belfour . Keperitan hidup, penderitaan fizikal, emosi, kebencian dan seribu satu macam lagi perasaan kekecewaan terbayang dalam diri anak-anak Palestine kerana tempoh penderitaan mereka adalah terlalu panjang. Penderitaan, kesengasaran mereka boleh dikatakan seumur hidup mereka. Jika anak-anak kita boleh bergembira ke sekolah, bersantai ke tepian pantai pada hujung minggu. Bagi anak-anak Palestine dan keluarga Palestine santai mereka adalah ditepian sisa-sisa domestik runtuhan bangunan, ditepi tandas , tiada air tiada ,lalat berkeliaran itulah gambaran nasib mereka. Umat dan seagama di dunia. Penderitaan dan ujian kepada mereka adalah yang terhebat di abad ini.

Namun tetiba lamunan mereka tersentak , bila mana ada misi-misi kemanusiaan daripada luar mereka sedikit tersentak dan tertunggu-tunggu akan kehadiran masyarakat luar yang seagama dan juga masyarakat bukan seagama tetapi yang bersimpati terhadap mereka amat dinanti-nantikan dan dialau-alukan.

namun kelmarin seklai lagi Isreal bertindak "kejam' dengan membuat serangan membelasah tetapi membunuh sebahagian konvoi sukarelawan dunia ke Gaza. Diberita angka kematian sukrelawan adalah mencecah 20 orang dan ramai lagi akan menyusul kerana terdapat ratusan dan puluhan sukarelawan yang tercedera.


Israel bunuh aktivis misi Gaza


2010/06/01


Setakat tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan mati dan berpuluh lain cedera dalam serbuan komando Israel ketika kapal Mavi Marmara berada di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.

Nasib sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal itu yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam, belum diketahui. Sama-samalah kita berdoa agar semua islam selamat dan Israel menerima balasan setimpal atas kezaliman yang dilakukannya ini..


KOMBINASI gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal yang  mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa membentuk armada  ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza. Gambar bawah menunjukkan  helikopter Israel terbang dekat kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan  untuk penduduk Gaza. Foto sebelahnya pula dirakam saluran televisyen  Turki menyaksikan tentera laut Israel mendekati kapal aktivis.
KOMBINASI gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal
yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa
membentuk armada ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza. Gambar
bawah menunjukkan helikopter Israel terbang dekat
kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan untuk
penduduk Gaza. Foto sebelahnya pula dirakam saluran
televisyen Turki menyaksikan tentera laut Israel mendekati
kapal aktivis.



Komando Yahudi gempur enam kapal bantuan bawa bekalan kemanusiaan

ASHDOD: Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.

Anehnya, Israel menyalahkan aktivis kerana mencetuskan keganasan hingga membawa kematian menyebabkan aktivis memberi keterangan bagaimana ia berlaku di perairan antarabangsa.Rakaman secara langsung sebuah bot Turki yang boleh dilihat di internet, menunjukkan komando berpakaian hitam Israel turun dari helikopter dan menyerang aktivis.

“Ketika keadaan masih gelap, komando Israel turun dari helikopter ke kapal Mavi Marmara dan terus melepaskan tembakan sebaik menjejakkan kaki di dek,” menurut laporan laman web Pergerakan Bebaskan Gaza.

Rakaman itu menunjukkan keadaan kacau bilau dengan beberapa bot peronda Israel berada tidak jauh dari situ.

Tentera Israel, bagaimanapun, mendakwa askarnya hanya menembak selepas diserang dengan pisau, cotar dan tembakan peluru hidup.
“Kesan daripada keadaan itu anggota tentera laut menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan,” menurut jawapan tentera Yahudi itu.

Apapun, Israel tetap mempersalah aktivis damai terbabit.

“Mereka yang memulakan keganasan. Kami berusaha sedaya upaya mengelakkannya. Tetapi askar kami diserang dengan pisau, besi serta ditembak,” kata jurucakap Netanyahu, Mark Regev.

Antara yang cedera termasuk komando laut Israel, dua daripada mereka parah dan tiga lagi semakin pulih.

Ketika butir-butir pertumpahan darah itu mula diketahui umum, sebuah bot tentera Israel dilihat mengiringi kapal besar berwarna putih dan sebuah lagi kapal lebih kecil masuk ke pelabuhan Ashdod.

Lelaki berpakaian hitam dilihat di dek bot lebih besar dipercayai kapal penumpang. Laporan media menyatakan, seorang pemimpin Arab, Raed Salah juga cedera dalam kejadian itu.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyifatkan korban serangan di perairan antarabangsa itu sebagai mangsa pembunuhan beramai-ramai Yahudi dan mengumumkan tempoh berkabung tiga hari.

“Kita perlu ambil keputusan yang sukar hari ini,” kata seorang pegawainya di televisyen tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) juga menggesa diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan tindakan umpama lanun, jenayah dan pembunuhan oleh Israel, kata ketua perunding, Saeb Erakat.

Selain itu, masyarakat Arab Israel juga menyarankan mogok diadakan sebagai membantah operasi laut Yahudi itu selain melancarkan protes.

Berikutan itu, beratus-ratus orang daripada pelbagai peringkat politik keluar beramai-ramai ke jalan raya di bandar Nazareth bagi membantah serangan berkenaan.

Pergerakan Hamas pula meminta PA berhenti berunding dengan Israel kerana melakukan jenayah terkutuk itu, kata pemimpinnya, Ismail Haniyeh. – AFP

No comments: