Kini kita jumpa seruan demi seruan daripada pelbagai pihak NGO dengan pelbagai tema dan isyarat. Terbaru tema seruan beremosi supaya marilah kita sama-sama mempertahankan hak keistimewaan Orang Melayu. Jika sekali dilihat tiadalah apa-apa yang asing atau mahu dipelik serta dihairankan. Ia adalah slogan yang bersifat biasa sahaja daripada menjadikan ia sebagai sesuatu yang luarbiasa.
Marilah kita amat-amati seruan ini dengan tenang, pertama dan utamanya jika diminta pertahankan hak istimewa kita. Maka tentulah ada pihak yang mahu merebut akan hak itu daripada kita. Dan adalah wajar hak itu dipertahankan jika hak itu dikatogerikan sebagai tersangat istimewa. Justeru itu, sesuatu hak yang mahu direbut itu tentulah sesuatu itu sangat istimewa dan sangat mahal harganya.
Malah hak itu sangat sedikit dan tidak dalam bentuk yang banyak. jika benda istimewa itu banyak ianya bukanlah sesuatu yang istimewa. Malah ia amat mahal dan sukar diperolehi, jika dilepaskan maka sukar untuk didapati.
Jadi kita sudahpun faham fasal istimewa. Yang kita menjadi musykil dan hairan hak istimewa kita adalah semua orang Melayu memiliki tanah rezab Melayu. Status tanah ini adalah pemilikan kekal Melayu. Soalnya status rezab itu tidaklah direbut daripada kita oleh kaum yang bukan Melayu. Malah
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kena fahami apakah hak-hak keistimewaan Melayu itu. Dalam perlembagaan negara hak-hak istimewa Melayu tersenarai adalah seperti soal biasiswa, soal tanah, fasal perjawatan dalam pentadbiran kerajaan, bahasa dan satu dua hak yang difasalkan.
Justeru seruan mempertahankan itulah yang dihairankan. Pihak yang merebut pun kita kurang jelas dan cara mana perebutan itu sendiripun kita tidak jelas. sebaliknya yang jelas apa yang ada itu 'kita sendiri' yang gadaikan, kita yang lenyapkan, kita yang enggan pertahankan. Maka apalah harapan kepada orang yang hanya sekadar mendengarkan sahaja, bercakap sahaja, kerana semua itu tidak memberi bekas dan makna. Macamlah judi kita katakan haram. Sekadar itulah. Jika kita ada kuasa dan pihak yang berautoriti maka itulah baru bermakna.
No comments:
Post a Comment