Selepas pilihanraya Kedah dan 4 buah negeri yang lain jatuh ke tangan pembangkang yang dinamakan pakatan itu sebagai Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat sahaja sudah mengerunkan seterunya iaitu Umno Bn.
Sebermula dengan 8 Mac 2008lah juga Kedah beralih tampuk kepimpinan iaitu daritangan Umno Bn atau Umno ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak dari itulah media sentiasa memerhati dan beri perhatian khasnya daripada milik kerajaan yang 'menjadi sebahagian nadi Umno' Bn untuk digunakan sebagai perkakasnya.
Malam ini dalam Berita jam 8 malam. Dipaparkan MB Kedah bersama-sama dengan 4 ADUN PKR dan DAP yang dikatakan mahu melompat parti. Desas desus DUN Kedah mahu dibubar oleh MB Kedah dengan peruntukan-peruntukan yang ada ditiup. Ahli-ahli, rakyat penyokong kerajaan Kedah cemas, saban hari tiupan berita DUN Kedah mahu dibubarkan ditiup. Hinggalah malam ini Ustaz Azizan Razak selaku MB Kedah tampil bersama 4 ADUN berkenaan membuat penapian tersebut, berita yang diuar-uarkan itu adalah tidak benar. Apa pun Allah lah tempat kita berserah.
Apa yang penulis ingin bangkitkan kenyataan berita sebentar tadi sikap MB yang suka berdiam diri, kedua tidak membuat apa-apa perubahan mahu memajukan Kedah dan 2 serta 3 lontaran 'fitnah' tersasau' berita RTM itu begitu menyakitkan hati kita.
Penulis dimaklumkan banyak perkembangan dan pembaharuan yang dibuat. Berbetulan pula penasihat ekonomi negeri Kedah adalah tokoh ekonomi PAS dari Pahang iaitu Dr Wahab Ismail yang penulis kenal dan kerap bertemu sebelumnya. Itu semua adalah mengarut dan palsu belaka.
Inilah sasau dan dengki khianat rakan sebangsa dengan SI PERKASA Ibrahim Ali ini. Inilah trend politik baharu yang memuakkan rakyat. Malah kakitangan kerajaan yang dahulunya segar bugar setia dengan Umno Bn pun meluat dan benci dengan laporan sikap keterlaluan media dan pimpinan Umno.
Pendekata Umno perbodohkan semua orang pada semua masa, Umno menjadi penipu rakyat pada semua keadaan. Moralnya Umno sahaja lah yang bijak pandai terpelajar dan tahu belaka laka daripada orang lain. Nak tanya dekat Singapura yang Najib pergi malam ini ada Umno ka ?
No comments:
Post a Comment