Kedah Selamat Kedah Sejahtera. Itu adalah awalan kata buat sementara situasi dan kedudukan kerajaan kedah bawah Pakatan Rakyat. Umno adalah sejenis mahkluk yang segala-galanya ada. Hatta jika tidak Umno itu gila, masa kan mereka undang dan beri ruang penasihat Yahudi duduk memberi nasihat kepada mereka. Umno kampung tentu tidak percaya dan mereka pun tidak akan mempercayai. Kerana hati mereka terkunci dengan kitab rujukan mereka iaitu media Umno yang sampai dari rumah ke rumah iaitu TV1 TV2 TV3 dan Utusan Melayu.
Kebencian, kedengkian, keegoaan, rasa mereka ampuh kuasa kekal selama di bumi Malaysia bersarang dengan subur dilubuk hati dan jiwa mereka. Itulah sebab berlakulah tsunami macam mana sekalipun, hantarlah singnal dan isyarat macam mana pun mereka tetap terus menerus degil. Alasan rakyat teramai masih memberi kepercayaan dan sokongan tidak berbelah bagi terhadapnya.
Umno naik tocang, kuasa mereka jarang tergugat, persediaan dan pelan kuasa dan menguasai diatur sedemikian rupa, Putrajaya tidak semudah kita menghitung 123. Perancangan dan susunan serta percaturan rapi adalah diterima dari penasihat rasmi mereka. Penasihat mereka bukanlah DKL atau Razak Banginda, Zenterum, Nobisha, serta satu dua lagi kumpulan kajian Melayu tempatan. Mereka ini tiada kualiti , tidak cukup ramuan. Kumpulan ini diperlekehkan dan dipandang lekeh sahaja, APCO dan Yahudi adalah strategiplan mereka yang dirujuk. Semua boleh dibuktikan berdasarakan pencerapan bukti dan dapatan bukti di media rasmi dalam dan luar negara.
Oleh itu jika begitulah duduk perkara dan liku-liku perjalanannya, maka sesudah Perak kini giliran Kedah Pulau Pinang dan Selangor diusahakan untuk dijatuhkan dengan apa cara dan pelbagai cara. Jalan termudah adalah dengan meruntuhkan musuh atau lawan melalui cara demokrasi lebih suara atau kerusi adalah beli ADUN. Perak berjaya dimangsakan 3 ADUN Pakatan lompat dan lari, mereka terjerat dan dijerat dengan wang, wanita dan akhirnya kuasa ditangan jatuh tersimpuh. Mereka ini terpaksa daripada merdeka jiwanya sekarang hidup dengan menyembah dan mengharapkan ihsan Umno.
Buktinya daripada ihsan Umno pertuduhan rasuah ke atas mereka tergugur dengan sendiri. Maka mereka bersih, walhal sebelumnya SPRM, dan lain-lain agensi terus menerus bertindak menyerang dan mengkorek semua aspek diri mereka dan menghadapkan mereka dengan masalah demi masalah.
Sebaliknya bila masuk ke Umno masalah mereka 'selesai' nampak dimata kita jadinya. Maka inilah persepsi gambaran imej Umno adalah penyelesai semua masalah. Maka jangan tanya lah soal etika, moral tindakan dan prinsip itu adalah soalan yang terlalu terkebelakang dan diremehkan pula oleh Umno
No comments:
Post a Comment