Wednesday, May 26, 2010

Hati-hati bisikan racun 'kerajaan tiada wang' !!!

Semacam ada gerakan dan bisik membisik kini 'bahawa kerajaan tiada wang'. Kata sinis terhapa kerajaan kini menjadi sindiran yang positif. Justeru pembangkang dan gerakan massa bahawa bahana kerajaan tiada wang harus digerakkan dan dibisikkan, samada di kedai-kedai kopi, cafe dsb.


Kini kebanyakan kakitangan kerajaan nampak yang bersimpati dengan 'nasib' menimpa kerajaan kerana pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil. Kos dan perbelanjaan amat tinggi. Hasil daripada situasi ini strategik Umno Bn adalah meraih simpati rakyat kini. Dan rata-rata rakyat bercakap soal kerajaan tiada wang. Maka kini persoalan subsidi mula media perbahasakan. Dan kelmarin bermula gerakan dapatan sms berhubung soal subsidi kerajaan ke atas minyak. Rakyat seolah-olah secara halus ditanam bahawa rakyatlah yang harus dipersalahkan kerana bebanan yang kerajaan tanggungkan. Bukan masalah lain.


Oleh itu, pembangkang jangan tidur dan selesa serta bangga dengan kerajaan yang tiada wang. media juga melaporkan dan paparkan di media elektronik setiap masa hutang kerajaan ratusan billion dengan bandingan simpanan billion kerajaan. Ini menjadi perbahasan umum dan rakyat mulai memberi perhatian.


Jelaslah, dua gerakkan secara halus terancang APCO umno ini akan membuahkan hasil iaitu rakyat simpati. Sementelahan pula Umno dilihat hebat kerana menjadi abang dan ayah menanggung bebanan kelemahan masalah parti komponen lain atas bahunya. Semua Umno tanggung. Selepas krisis MCA berlarutan selama 2 bulan , kini masalah MIC pula berbangkit dan umno dipersalahkan. Maka jelaslah Umno kini dilihat hebat di mata rakyat. Soal benar atau ada campurtangan umno dalam percaturan MIC bukanlah persoalan. Yang penting rakyat lihat Umno adalah tunggak dan penyelesai serta penanngung bebanan karenah masalah orang lain dihempap ke atasnya.

Inilah peranan penasihat APCO Umno. Apa-apa pun Umno dilihat hebat.. Umno hebat ?

No comments: