Friday, May 21, 2010

Emosi kita mudah diperangkapkan

Satu daripada kelemahan manusia adalah cepat melatah. Lebih-lebih lagi pihak tertentu memainkan sentimen keagamaan. Dengan satu laporan media Utusan dan paparan gambar berserta dengan susunan perkataan yang memerangkap, maka tindakan manipulasi cukup cepat mengena.

Situasi ini berlaku ke atas bekas kumpulan al Arqam yang diharamkan di Malaysia. Menurut Sheikh Lokman, persembahan pentomen bertajuk 'Kalahkan nafsu Abuya pulang' bukan bermaksud Ashaari akan hidup balik, sebaliknya "kembali ke negara asal dari mana dia datang" telah dibuat di pusat tarbiyyah al arqam Country Home Rawang digemparkan.

Ramailah orang yang marah dan memberi pelbagai reaksi terhadap kumpulan ini. Malah bertambahlah kesesatan kumpulan ini daripada sebelumnya. Kerana logik akal dan fahaman agama Islam mana ada manusia yang akan kembali menjadi manusia seperti sediakala.

Akhbar atau media sendiri ada agenda-agenda tertentu. Pimpinan dan pemimpin kita yang sedang rancak memimpin negara yang cemas dan sudah lemas sekarang. Serangan kumpulan pembangkang sahaja dengan medium yang terhad, gagal ditangkis dengan mudah berbanding zaman pemerintahan tahun-tahun selemumnya.

Pendekata cabaran memerintah negara kini semakin sakit, dan tidak semudah seperti dahulu. Makna dan moral ceritanya UMNO dan BN semakin lemah.


No comments: