Thursday, May 20, 2010

Bung dan poligami di Malaysia ?

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin (kiri) dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad selepas mendengar keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur, hari ini. Bung Moktar dikenakan hukuman penjara sebulan kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu terhadap Bung Moktar dan membebaskannya dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.

Kenapakah dan mengapakah hukuman yang dijatuhkan ke atas Bung Raden Mokhtar berbeda daripada hukuman orang yang biasa-biasa. Ironisnya, ia adalah ada agenda tersendiri dan tersirat yang cuba ditutupi oleh pihak yang menjatuhi hukuman berkenaan.

Inilah gara-gara tidak mahu mengikut dan berhukum dengan hukuman ALlah. Sebenarnya poligami adalah dibenarkan dalam Islam dan dihalalkan. Tetapi manusia yang degil sahaja mahu mengharamkannya. Kerananya kerana mereka adalah masyarakat moden yang sentiasa mengikut acuan Barat.

Sementelahan, pula media massa memberikan gambaran negatif terhadap poligami. Kesucian dan kebaikan poligami kepada masyarakat kini dinegatifkan , malahan kebaikan dan kesucian berpoligami diwarnai dengan sisipan cerita-cerita duka dalam liku-liku kehidupan berpoligami, keluarga yang berpecah, yang melara dan melarat hidupan anak-anak dan pelabagi lagi yang menyerang secara halus kebaikan yang Allah berikan kepada kehidupan kemanusiaan.

Berbalik semula dengan hukuman Bung Raden Mokhtar, hukumannya segaja dijadikan begitu kerana pihak tertentu mendapat arahan tertentu barangkali bagi menjaga kedudukan Bung itu sendiri.






No comments: