Tuesday, November 03, 2009

PAS: Rasa curiga dan bimbang wajar diurus dengan baik

Kemelut dalaman PAS diperpanjangkan, ahli-ahli dibawa dengan pelbagai cerita demi cerita, kisah demi kisah sehingga menenggelamkan isu pokok dan perkara benar. Perjuangan PAS tetap utuh cuma proses kematangan kalangan ahli pimpinan dan kepimpinan sahaja.

Terbaru adalah Himpunan Ulama PAS di Kedah, memberi reaksi bermacam-macam. Sehinggakan keluar para pendokong PAS mahu menolak kepimpinan ulama dan menaikkan golongan profesional dalam menerajui kepimpinan masa depan.

Samada perkara itu benar atau tidak adalah tidak penting, yang penting idea hujahan sudah dilontar kepada umum, seolah-olah memberi gambaran betapa jahatnya golongan profesional dalam PAS kerana mahu mengambil alih kepimpinan. Buktinya diberikan bilamana golongan ini dalam pemilihan lepas teruja benar menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden parti. namun kedua-duanya kalah dan ulama dinaikkan dan diangkat.

Kemungkinan-kemungkinan persepsi, rasa curiga serta bimbang itulah yang wajar diuruskan oleh kepimpinan parti dengan memberi nilai tambah kepadanya.

No comments: