Kini kerajaan berkira-kira dan membuat unjuran bahawa 'angkara' kedegilan peminjam PTPTN kerajaan bakalan defisit sebanyak RM48 billion. Angka yang dipaparkan ini bukanlah satu angka yang 'kecil' dan ia amat mengerunkan.
Dalam hal ini media 'menakutkan' rakyat atas kedegilan para peminjam yang engkar hasil kesenangan yang diperolehi itu. Rakyat pabila membaca tentu akan marah kepada mereka itu ,yang mana boleh dilabelkan sebagai 'pengkhianat' dengan amanah yang diberikan kepada mereka, sepatutnya para peminjam melunaskan hutang tersebut dengan kadar segera.
Justeru itu, kita amat bersimpati atas kesengsaraan PTPTN menanggung bebanan yang berat dan besar itu. Sementelahan pula kita mengetahui angka tersebut dibentang dalam parlimen.
Tetapi tahukan tuan-tuan, berapakah nilai dan jumlah penyelewengan dana-dana kerajaan. Sebagai contoh yang terdekat PKFZ. Selain itu, berapakah pula 'kos penyelenggaran' Litar Sepang setahun. Dan lain-lain lagi yang 'lemas' mahu dipaparkan di sini.
Malah dalam hal ini, kerajaan terlalu berkira. Cukai atas kenderaan nasional sebuah yang mahu berada dijalanraya, kerajaan ambil separuh. Dan banyaklah lagi cukai demi cukai yang terkena dan dikenakan.
Sepatutnya jika begitu, dalam Islam orang yang menuntut ilmu ini hendaklah dibantu. malah mereka ini selayaknya mendapat zakat dan termasuk dalam asnaf yang dimaterikan oleh agama kita.
Itulah jadinya bila kerajaan yang terlalu bersifat material, falsafah yang dibentuk mereka melalui Falsafah Pendidikan Negara gagal difahami dan dipraktikkan. Jati diri, modal insan semuanya perkara yang bersifat retorik. Maka akhirnya manusia Malaysia akan menjadi robot dan nanti akan berkira pula akhirnya setiap saat dan detik langkah mereka akan dikira wang. Waktu itu kebajikan sudah tiada. Inilah bentuk-bentuk manusia yang kering dan gersang dengan nilai-nilai. Dan diwaktu ini kerajaan UMNO BN lah yang sebenarnya juga memberi nilai kepada rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka menghadapi defisit RM48 bilion menjelang tahun 2020, jika peminjam yang ada sekarang tidak membayar balik pinjaman mereka.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata jumlah yang sepatutnya dibayar balik kepada PTPTN pada masa kini ialah RM3.26 bilion, melibatkan hampir 780 ribu pinjaman yang telah diluluskan.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM346 juta telah diberikan penangguhan bayaran balik, manakala sejumlah RM1.54 bilion belum dibayar balik," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BNGua Musang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan rancangan kerajaan untuk membantu siswazah yang tidak menerima pinjaman bagi meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKRLembah Pantai), Hou mengakui bahawa PTPTN mempunyai masalah kewangan kerana perlu menampung banyak pinjaman.
"PTPTN akan terus bekerja kuat dan melakukan pelbagai cara yang perlu untuk mendapatkan wang yang cukup bagi menampung pinjaman pelajar. Sebab itu kita selalu ingatkan peminjam supaya segera menyelesaikan pinjaman mereka," katanya.
Nurul Izzah bertanyakan perkembangan perjanjian PTPTN dengan sebuah syarikat swasta untuk membiayai bantuan kewangan sejumlah RM1.5 bilion kepada badan tersebut.
Hou berkata, PTPTN juga tidak bercadang untuk hapus kira hutang sejumlah RM3.26 bilion tersebut, kerana badan itu juga perlu mengambil kira peluang meneruskan pelajaran bagi penuntut akan datang.
"PTPTN bukan satu badan untuk beri biasiswa, banyak biasiswa yang telah ditaja oleh pelbagai agensi kerajaan di samping kerajaan juga galakan pihak swasta dan GLC untuk beri biasiswa kepada pelajar," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).
Ibrahim bertanyakan sama ada PTPTN bercadang untuk hapus kira hutang sejumlah RM3.26 bilion itu bagi kebaikan rakyat.
Sebaliknya beliau menyifatkan PTPTN sebenarnya lebih bertolak ansur di mana peminjam diberi tempoh mencukupi selama enam bulan sebelum diberi surat arahan bayar balik, manakala bagi penuntut yang dapat kelas satu, pinjaman akan ditukar kepada biasiswa.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment