Sunday, July 12, 2009

Syuara adalah pilihan terbaik dalam berjemaah dalam cari kata bersepakatan ?

Budaya urus dalam menguruskan parti adalah satu kesenian. Tambahan pula adalah parti besar seperti PAS. Kerja mengadu dan bercerita adalah adalah 'tabiat' sesetengah pimpinan dalam parti kita. Mengadu dan memberitahu serta membuat ulasan kepada media semacam simpulan bahasa jerat tidak lupakan pelanduk. Sememang 'kerja-kerja orang suratkhabar' menulis dan mensensasikan sesuatu sehingga 'sesuatu' itu dilihat besar dan memberi 'makna'.

Kemudian berbudaya bincang hal-hal dalaman, kerahsiaan parti di kedai-kedai kopi adalah kerja-kerja politikus kampung. Berbicara dan berwacana hal-hal dalaman parti, kerahsian parti adalah kerja-kerja politikus intelek atau golongan profesional. Politikus agama membocor hal-hal kerahsiaan dan dalaman parti pula di mana ?

Membaca blog rakan-rakan bercerita dan menceritakan hal-hal parti secara sensasi memang kerja-kerja blogger, kerana mereka ada kecenderungan iaitu kecenderungan memihak dan mengambil mana-mana persepsi blogger tentang sesuatu isu. Memarahi blogger 'memberi peluru kepada UMNO' supaya tembak PAS khas dalam isu Ust Nasaruddin Mohd Isa selaku Timbalan Presiden PAS dilarang ke Manek Urai yang 'membocorkan' maklumat bahawa Badan Perhubungan PAS Kelantan berbuat demikian dalam mesyuarat mereka 'siapa'.

Persoalannya keputusan Ust Nasa 'dilarang' ke Manek Urai itu dibuat secara 'syura' dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS 'sebulat' suara selepas sesi perbahasan. Maknanya keputusan mereka yang bermesyuarat kita kena hormati dalam adat berjemaah. Allah akan beri pahala kepada mereka atas keputusan tersebut. Maka orang yang mengikut 'nasihat' yang dijemaahkan adalah lebih diberkati. Allah lorongkan mereka berbuat begitu disebaliknya ada hikmah, yang buat keputusan boleh pahala, yang mengikut dan kena patuh itupun boleh pahala. Inilah adat orang berjemaah. Kes ini bukanlah kes baru orang-orang tertentu 'dilarang' berceramah. Kalau dia nak sangat tolong banyak benda dan kerja yang dia boleh buat dan lakukan bagi memenangkan PAS tidak sahaja di manek Urai.

Oleh itu usahlah kita pertikai bab itu, habis masa. Tiada kesudahan. Titik


No comments: